Dalam perkahwinan hubungan intim bukan lagi sesuatu yang tabu bagi pasangan suami isteri. Hubungan intim penting bagi mengeratkan hubungan suami isteri. Seiring peredaran waktu, kesibukan kerja, kehamilan, menjaga anak-anak kadang kala boleh menjejaskan hubungan intim.

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

Berhenti daripada berhubungan intim bukan hanya memberi kesan terhadap kehidupan seksual bahkan kesihatan. Antaranya ialah:

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

MUDAH GELISAH ATAU STRES

Ketika melakukan hubungan intim, otak akan melepaskan zat-zat kimia seperti oksitosin dan endorphin yang memberikan rasa tenang dan bahagia. Sebab itulah selepas berhubungan intim anda akan merasa lebih bahagia dan tenang. Sebaliknya, jika berhenti melakukan hubungan intim hormon ini tidak bekerja dengan baik sehingga menyebabkan anda mudah merasa gelisah dan stres.

IKLAN

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

MUDAH SELESEMA ATAU DEMAM

Salah satu punca selesema atau demam ialah mungkin anda mulai jarang melakukan hubungan intim. Kajian menunjukkan, melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya sekali hingga dua kali seminggu dapat meningkatkan kadar immunoglobulin (IgA) kira-kira 30 peratus bagi membantu badan melawan penyakit.

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

KERAP KEMURUNGAN

IKLAN

Dalam cairan sperma terdapatnya melatonin, serotonin dan okstitosin seterusnya menjadikan seorang wanita merasa lebih baik atau dicintai. Jarang melakukan hubungan intim dengan pasangan boleh menjadikan seorang wanita itu mudah diserang kemurungan. Ia juga boleh berlaku terhadap mereka yang melakukan hubungan intim tetapi menggunakan kondom.

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

 

MERASA KURANG SELESA

IKLAN

Berhenti melakukan hubungan intim boleh menyebabkan seseorang atau pasangannya merasa tidak selesa terhadap pasangan. Salah seorang mungkin akan mula berfikir atau curiga bahawa pasangannya mencari kepuasan atau bersama orang lain. Selain itu, seseorang itu akan merasa kurang percaya diri untuk memuaskan pasangan. Keadaan ini akhirnya mengundang kepada masalah kemurungan.

JANGKITAN SALURAN KENCING MENURUN

Seorang wanita yang berhubungan intim berisiko untuk diserang jangkitan saluran kencing. Sekitar 80 peratus jangkitan saluran kencing pada wanita terjadi dalam tempoh 24 jam selepas berhubungan intim. Ini kerana ketika berhubungan intim bakteria di liang vagina masuk ke dalam uretra seterusnya berisiko diserang jangkitan saluran kencing.

Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu 6 Risiko Ini Jika Berhenti BERHUBUNGAN INTIM Bersama Pasangan!

KANSER PROSTAT BAGI LELAKI

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang berhubungan intim secara rutin risiko untuk diserang kanser prostat adalah 20 peratus lebih rendah berbanding mereka yang mengabaikan rutin ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI