Zaman sekarang, cinta sahaja tak boleh menjamin kebahagiaan. Sebab tu kalau nak kahwin, kita kena ada persediaan mental dan fizikal. Dari segi kewangan apatah lagi. Sayang dan cinta tu hanyalah sebahagian daripada daripada proses perjalanan sebuah perkahwinan.

 

Kenapa cinta je tak cukup?

 

Selepas kita dah berkahwin, dah tidur sebantal, tinggal serumah, kongsi semuanya bersama barulah kita tahu siapa pasangan kita sebenarnya. Selama kita bercinta, yangkita nampak hanyak sebahagiaan sahaja daripada siapa pasangan kita.

 

Kita tak tahu macam mana perangainya bila bangun dari tidur, rajin ke dia basuh pinggan setiap kali selepas makan atau adakah pasangan kita sejenis cepat stress kalau ada masalah. Bila kita tegur, baru kita tahu….

 

Bercinta berpuluh tahun pun, belum cukup untuk kita kenal seseorang.

 

IKLAN

“Kahwin ni sebab nak menghalalkan hubungan…”

 

Biasa dengar kan? Nak dating halal, boleh pegang-pegang tangan, boleh bawa ke mana-mana tanpa risau apa-apa. Pendek kata, yang kita selalu fikir benda yang best-best je. Kita yang single ni pula, bila tengok kawan-kawan yang dah kahwin keluar dengan isteri, bawa isteri jalan-jalan, tengok pula kat media sosial gamabrromantik suami isteri, terus rasa cemburu.

 

Ingat… apa yang digambarkan di media sosial tu hanyalah apa yang terindah. Ada ke orang post gambar rumahtangga mereka yang sebenar? Gambar menangis di bucu katil sebab ada perselisihan faham dengan pasangan? Gambar kepayahan mengendalikan urusan rumahtangga? Kita kena hidup dalam realiti. Amanah dan tanggungjawab tu kena pikul betul-betul.

 

IKLAN

Bila kita asyik gunakan alasan kahwin untuk elak maksiat, itu tak cukup untuk kahwin awal. Maksiat bukan sekadar sebelum kahwin. Selepas kahwin pun kita kena jaga soal maksiat ni. Kita kena fikir macam mana pula nak jaga maruah selepas berkahwin.

 

Para suami pula selalu menjangkakan yang paling indah dalam kehidupan berkahwin. Dah kahwin ada orang jaga makan pakai. Sedangkan hidup zaman bujang, boleh je buat semua benda tu. Adakah bermakna, lepas kahwin nanti semuanya diserahkan kepada isteri? Ingat… urusan rumahtangga seperti membersih, memasak dan menguruskan anak-anak bukan sekadar atas bahu isteri. Malah tanggungjawab suami lebih banyak dari isteri.

 

Dah bersedia ke apabila penat balik dari pejabat, sampai di rumah isteri tak masak. Malah, isteri siap pesan minta suami bungkuskan makanan dari kedai sebelum sampai rumah. itu belum bila isteri hamil dan alahan mengandung membuatkan isteri lebih selesa berehat sebaik pulang dari kerja. Dah bersedia?

 

IKLAN

Saat itu, bersediakan anda untuk terus tersenyum dan memasak untuk anda dan isteri yang sedang lapar sedangkan anda sendiri penat. Bila dah ada anak, anda juga yang akan menguruskan anak-anak yang baru sahaja diambil dari pusat asuhan. Nak dimandikan, nak diberi makan, diberi susu.

 

Jangan waktu itu, sengaja anda balik lambat ke rumah, kenyangkan perut sendiri dulu kemudian baru balik. Isterilah yang mengawal semuanya seorang diri.

 

Begitu juga si isteri. Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidupmu? Melalui fasa berkahwin, hamil, mempunyai anak dan seterusnya bergelar ibu dan isteri? Selagi anak masih kecil, selagi itu kurangnya ‘me-time’ yang pernah menjadi saat paling indah buat anda dulu.

 

Betul…CINTA TAK CUKUP untuk seseorang memasuki fasa perkahwinan. Anda perlu bersedia untuk berkorban kehidupan bujang kerana Allah Taala. Setiap apa yang dilakukan dalam hidup, lakukan kerana Allah Taala agar ia tidak menjadi beban kepadamu. Lakukan kerana Allah Taala agar setiap langkahmu lebih ikhlas dan reda.

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI