Kesihatan dan kecantikan badan perkara utama yang diteliti bakal pengantin sebelum melangsungkan perkahwinan. Malah, kedua-duanya penting waima selepas kahwin. Bahagian payudara yang menjadi aset utama perlu diberikan perhatian supaya tidak nampak ‘jatuh’ selepas melahirkan bayi pertama anda nanti!

 

Kedudukan payudara pada tubuh wanita begitu sempurna sekali. Bagi seorang wanita Muslim, bahagian ini menjadi aurat yang perlu disembunyikan dari pandangan bukan muhrim. Nak jaga kesihatan payudara kena ada caranya.

 

Seperti yang dikongsikan Puteri Kasim di Tik Toknya, rahsia untuk mendapatkan payudara cantik tidaklah susah. Ini langkah-langkahnya:

 

  1. Berenang

Seronok bila kita pandai berenang. Bukan hanya untuk menjaga pernafasan dan kesihatan, berenang juga boleh membantu kaum wanita mendapatkan payudara yang cantik. Bagi anda yang berkelapangan untuk melakukan aktiviti renang, bolehlah praktikkan selalu ya!

Pelihara PAYUDARA Dari ‘JATUH’ Selepas Kahwin. Ini 7 Tip Untuk Anda Ambil Tahu!

2. Urut dengan minyak

IKLAN

Apabila melakukan urutan pada bahagian payudara, pastikan anda menggunakan minyak dan urutlah dengan lembut.

Pelihara PAYUDARA Dari ‘JATUH’ Selepas Kahwin. Ini 7 Tip Untuk Anda Ambil Tahu!

3. Lakukan senaman tangan

Terdapat banyak jenis senaman tangan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Baik apabila berada di rumah, pejabat atau di dalam kereta, senaman tangan ini membantu membentuk payudara yang cantik.

Pelihara PAYUDARA Dari ‘JATUH’ Selepas Kahwin. Ini 7 Tip Untuk Anda Ambil Tahu!

4. Pakai bra yang menyokong payudara

IKLAN

Jangan malu untuk meminta pandangan jurujual pakaian dalam. Sokongan pada bahagian payudara meberi kesan terbaik untuk postur badan serta sokongan yang bagus untuk payudara.

Pelihara PAYUDARA Dari ‘JATUH’ Selepas Kahwin. Ini 7 Tip Untuk Anda Ambil Tahu!

5. Duduk dalam posisi yang betul semasa menyusu (ibu yang menyusu)

Sekiranya anda sudah mempunyai anak dan menyusu badan, pilihlah posisi yang paling selesa dan sesuai untuk anda dan bayi. Jangan terlalu memberi tekanan pada bahagian tulang belakang atau memberikan keadaan yang tidak selesa pada bahagian leher akibat terlalu menunduk.

 

6. Memakai bra yang selesa

IKLAN

Bra yang selesa tidak semestinya bra mahal. Asalkan anda tahu saiz dan ‘cup’ yang betul, anda sebenarnya memberi sokongan kepada bahagian payudara anda.

 

7. Tidak meramas terlalu kuat ketika bersama suami (untuk yang sudah berkahwin)

Bahagian payudara adalah bahagian yang paling digemari ketika bersama suami. Pasti ketika bersama, payudara tidak diramas terlalu kuat. Sepertimana kulit, payudara juga perlukan sentuhan yang lembut dan mesra.

 

Tak susah kan nak dapatkan payudara yang cantik? Asalkan anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda tidak perlu risau masalah payudara ‘labuh’ atau ‘jatuh’.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI