Ads

Pengantin Bercerai Lepas Diijab Kabulkan Kerana Panggil Pasangan Bodoh

Di Kuwait City, sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai beberapa minit selepas diijab kabul.

Insiden itu berlaku awal minggu ini tetapi mendapat perhatian meluas selepas kes tersebut tular di Twitter.

Portal Q8 News melaporkan bahawa kedua-dua mempelai memutuskan untuk berpisah, sebelum keluar dari kamar mahkamah di mana mereka baru menandatangani dokumen perkahwinan mereka.

Ads

Menurut sumber, pengantin perempuan kecewa selepas pengantin lelaki menghinanya kerana tersandung semasa berjalan keluar dari kamar mahkamah.

Ketika itu, si mempelai lelaki bukannya menghulur tangan sebaliknya memanggil pasangannya bodoh.

Ads

Reaksi lelaki tersebut telah menimbulkam kemarahan wanita itu yang masuk semula ke kamar mahkamah dan menuntut perceraian.

Ads

Insiden tersebut digelar sebagai “perceraian paling cepat di Kuwait.” – Agensi

Sumber : Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...