
Selain pengantin, di dalam kebanyakan majlis kahwin, pengapit atau dayang-dayang juga bakal mencuri perhatian mata-mata yang memandang. Risau tentang warna pilihan,admin sediakan beberapa warna pilihan buat bridesmaid yang sesuai buat majlis kahwin. Yang penting, pilihan warna jangan overshadow pengantin tau!
Kalau tanya admin suka yang mana satu, min suka yang warna yang evergreen. 10, 20 tahun akan datang kalau tengok pon still cantik.
Oh ya, bridesmaid jangan lupa tolong ahli keluarga pengantin kendalikan majlis ye, tolonglah apa-apa yang patut. Dah manis berbaju bridesmaid, bertambah manis diserikan lagi dengan sifat ringan tulang, ye tak? Selamat menceriakan majlis perkahwinan bridesmaid sekalian!
Pengantin Lelaki Pun Boleh Nampak Sasa Dengan Pilihan Suit Kahwin Ini

Asyik tengok baju kahwin pengantin perempuan je, kadang kita nak juga tengok apa yang menarik untuk bakal pengantin lelaki pakai ketika hari persandingan nanti. Majoriti masih memilih songket, tapi buat anda yang ingin kelihatan seperti seorang prince charming, mungkin seleksi suit ini sangat sesuai untuk anda merealisasikan imaginasi fairytale pasangan anda.
Sila pilih suit mana yang korang rasa akan gayakan nanti?
Koleksi suit ini boleh disewa di SELL/RENT WEEDING BALLGOWN / VEIL SAFI SARI ENTERPRISE (PG0433695-T) ~ Boutique : SETIA ALAM, SHAH ALAM SELANGOR �DEPOSIT NOT REFUNDABLE
Cari Baju Kahwin Harga Bajet dan Jimat, Masa Terbaik Shopping Baju Kahwin!

Setiap kali memperkatakan mengenai persiapan kahwin, antara perkara yang menjadi keutamaan bakal pengantin ialah busana yang bakal digayakan untuk majlis akad nikah dan majlis persandingan. Bukan murah ya untuk mendapatkan sepersalinan pakaian yang cantik dan nampak elegan untuk digayakan di hari bahagia. Kebiasaannya, bakal pengantin akan menempah baju akad nikah dan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis untuk disediakan.
Selepas hampir dua tahun acara perkahwinan tidak dapat dilakukan disebabkan pandemik, akhirnya, selepas kelonggaran diberi, majlis kahwin sudah dapat dilaksanakan mengikut bajet pengantin.. Semestinya bakal pengantin lebih seronok dan ingin mencari busana pengantin yang elegan untuk digayakan di hari bahagia.
Buat pertama kalinya, AEON mempersembahkan koleksi pengantin dan bridesmaid yang mesra bajet dan merangkumi pelbagai saiz yang diperagakan di Aeon Taman Maluri.
Kolaborasi dengan pereka yang terkenal antaranya termasuklah famed bespoke and made-to-measure Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim menubuhkan rumah pengantin terkenal seperti Ivory Romance, dijangka bakal berada di pasaran pada bulan September.
Memperkatakan tentang kualiti dan rekaan yang ditampilkan, tidak dinafikan ia bakal memenuhi taste bakal pengantin masa kini yang gemarkan rekaan yang moden, prkatikal serta pada harga yang berpatutan.
Bagi bridesmaid pula, tak perlu bersusah payah nak cari baju untuk digayakan di majlis perkahwinan. Hanya perlu kunjungi AEON untuk mendapatkan busana bridesmaid yang cantik! ..Busana pengantin dan bridesmaid ini akan berada di AEON pada September 2022.
AEON Fashion Preview Julai – Oktober 2022 telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada yang mengumumkan, “Fashion is about living it to the fullest and AEON is all about making sure we are there, helping to create all the right moments.”
AEON Fashion Preview (AFP) merupakan acara tiga tahunan menunjukkan jenama fesyen AEON yang akan berada di AEON. Fesyen yang menyerlahkan trend, gaya, warna dan tekstur terkini mempamerkan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kerjasama yang menarik.
Aeon Fashion Show Preview kali ini menonjolkan tiga jenis pakaian trend iaitu pakaian sukan, pakaian percutian dan pakaian pengantin bermula Julai sehingga Oktober. Baju-baju yang dipamerkan sangat cantik, trendy, selesa dan korang boleh dapatkan baju-baju ni semua di Aeon.
Pesona Pengantin menerima undangan ke AEON Fashion Show Preview kali ini yang menonjolkan tiga jenis pakaian trend iaitu pakaian sukan, pakaian percutian dan pakaian pengantin bermula Julai sehingga Oktober.
Baju di bawah jenama iC (untuk rangkaian sukan) dihasilkan menggunakan 100% kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia. Fabrik yang selesa, ringan dan tidaak melekat di badan menjadikan aktiviti bersukan lebih selesa dalam keadaan cuaca di Malaysia. Ditambah dengan sains dan teknologi yang memastikan penyerapan peluh dan keupayaan pengeringan cepat, anti-bau, anti-bakteria dan dengan perlindungan UVV, sudah pasti ia memberi keselesaan maksimum.
AEON turut memperkenalkan pelbagai jenama pakaian percutian yang selesa yang sangat sesuai untuk percutian. Daripada pakaian peranginan yang baharu hingga ke pakaian jalanan dan pakaian percutian, yang paling bergaya dan mesra saiz, boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja.
Menjadikan acara ini nampak berbeza, AEON turut menampilkan fashion show pelbagai koleksi terbaharu di bawah jenamanya dari dalam gerabak MRT khas untukpihak media dari hentian Surian ke Taman Maluri. Sesuatu yang berbeza ditampilkan oleh AEON Malaysia.Syabas!
Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.
Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok
Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.
Seperti yang diketahui, bahawa Aina merupakan Juri bagi BigStage untuk musim kali ini. Namun, penampilan setiap minggu yang ditonjolkan olehnya sering menjadi perbualan hangat netizen. Minggu ini, Aina hadir dengan fesyen berwarna neon hijau dilengkapi dengan turban yang besar bersama Bird Feather pada bajunya.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan, bahawa mereka tidak gemarkan fesyen Aina yang berlebihan ketika menjadi juri di program tersebut, kerana boleh menganggu individu yang duduk dibelakangnya untuk menonton persembahan.
“Ni hiburan untuk semua. Bukan konsert sediri. Yang datang nak enjoy, nak tengok persembahan peserta. kalau setiap minggu ada gangguan pemakaian yang pelik@ macam juri sorang ni, kesianlah kan penonton yang duduk dibelakang tu. kena adalah sikap hormat kepada yang lain. pakai biasa2 je kan boleh, lagi cantik mata memandang,” komen mereka.
“Boleh tak team Aina Abdul fikir kan cara buatbuatkan outfit ke untuk Aina. Kelihatan begitu menganggu penonton,” tambah mereka.
“Hamba fesyen namanya ni, dan dah macam lapar perhatian pulak,” ujar mereka.
Apa-apa pun, fesyen pakaian pelik yang Aina sering pakai, selalunya hanya untuk memeriahkan sesuatu program. Namun ketika diluar pakaian Aina hanya biasa sahaja.
Aina merupakan selebriti yang berani, untuk bermain dengan fesyen kerana tidak ramai selebriti yang berani dan yakin sepertinya. Keberanian Aina tersebut, telah membuka peluang keemasan dalam industri fesyen untuk menampilkan idea-idea yang lebih kreatif pada masa akan datang.