Ads

Penting Ke Bagitahu Isteri Apa Salahnya Walaupun Suami Dah Maafkan Isteri?

Seorang lelaki bertanya kepada saya:
Penting ke bagitau isteri apa salahnya walaupun saya dah maafkan dia?

Penting Ke Bagitahu Isteri Apa Salahnya Walaupun Suami Dah Maafkan Isteri?

Penting!.

Maaf itu hak kamu,
untuk dia tahu itu hak dia dan penting untuk dia tahu kesalahannya itu daripada kamu.

Itu namanya ‘leadership’.
Kalau kamu tak bagitau, dia akan ingat salah lakunya betul. Mula-mula kecil, lama kelamaan makin besar.

Ads

Hari ini dia mencebik,
esok dia mendengus,
lusa dia meninggi suara,
tulat dia mengherdik.
Akhirnya nanti dia menghalau kamu dari rumah.

Kenapa?
Sebab dia hilang rasa hormat pada kamu. Dia rasa dia betul sentiasa sebab kamu tak pernah nyatakan dia pun ada kesalahan pada kamu.

Wanita ni derhakanya bukan dalam bentuk kesalahan besar-besar yang nampak terus dimata. Ia proses yang kecil-kecil dan berkembang sedikit demi sedikit.

Ads

Ingat tak hadis Nabi yang mengkhabarkan tentang ramainya wanita dalam neraka?Bila ditanya oleh sahabat kenapa begitu? Adakah kerana mereka berzina?, membunuh anak atau kufur? Jawab Baginda, ‘ianya kerana mereka menggunakan lidah menyakiti suami dan tidak bersyukur atas nikmat yg disediakan suami’.

Wanita selalu terlupa, maklum wanita makhluk yang kaya emosi, letih dengan kerenah anak, hormon tak stabil, bengang dengan jiran, dengan rakan, dengan perkara kecil-kecil yang berlaku seharian.

Ads

Tertinggi suara, tercebik muka terkadang reaksi spontan.

Tegurlah dan bagitau dia cara yang sepatutnya.

Kamu kan diangkat setingkat lebih tinggi kedudukan berbanding dia.

Nukilan Safura Ahmad Sharkaw via Rahsia Perkahwinan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...