Mengapa saya diberikan isteri yang jauh perangai berbeza dengan saya? Saya seorang yang rajin sedangkan dia seorang yang pemalas. Kerjanya asik tidur sedangkan rumahtangga bersepah. Sepatutnya isterilah yang lebih rajin daripada suami dalam urusan rumah tangga tetapi ini tidak Jarang seorang wanita banyak mulut bertemu jodoh dengan lelaki yang banyak mulut juga. Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza.
Adakah itu dikira serasi?
Ya, itulah keserasian. Bayangkan jika kita seorang yang bising dan isteri kita pula seorang yang kuat melalak, bagaimana rumahtangga kita? Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar. Malah, jarang juga kita jumpa suami isteri adalah pasangan penjenayah. Jika suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim, isterinya pula sangat berbudi dan baik hati.
Pentingnya Perangai Berbeza
Seorang pelawak selalunya tidak berpasangan dengan pelawak juga. Lihatlah pelawak di negara kita, rata – rata pasangan mereka bukanlah pelawak. Bukanlah baik andainya pelawak berkahwin sesama pelawak supaya gegak – gempita rumah tangga dengan hilai ketawa.
IKLAN
Itulah pentingnya perangai berbeza.
Sekarang lihatlah pasangan kita, bagaimanakah dia? Redhalah dengan isteri atau suami kita, kerana itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Saidina Umar juga seorang yang kuat mengomel. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti – henti membebel. Tidak tahan dengan situasi itu, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar sedang membebel tidak henti – henti.
IKLAN
Tidak terdengar pula suara Umar membalas.
Katanya dalam hati, jika isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba – tiba Sayidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?“ Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteriku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan sedemikian terhadapmu“
IKLAN
Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak bersabar dengan ragamnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak – anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaan itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).“
Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri.
Yang kanan biasanya lebih kuat daripada kiri. Tetapi andainya kedua – dua tangan boleh bekerjasama, banyak kerja dapat diselesaikan dengan sempurna.
Dalam gembira berhari raya tadi, aku terima 1 mesej. Puan ini minta nasihat untuk masalah dia.
Ringkasnya begini;
Dia ini dulu janda. Ada 4 orang anak. Bertahun tanpa suami. Namun akhirnya bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tadi tak cerita latar belakang sebenar. Dah jatuh hati dan rancang nak kahwin baru tahu rupanya suami orang.
Atas pujuk rayu dan janji yang lelaki tadi beri, dia percaya. Berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Dekat Thailand sana. Ini berlaku pada tahun 2016 dulu.
Perkahwinan cuma dirasakan baik selama 5 bulan sahaja. Lepas itu isteri pertama tahu. Maka berlaku sengketa. Dia ditinggalkan. Suami dah tak balik bertemu dengan dia. Lebih setahun.
Tapi masih balas mesej. Macam biasa memberi janji itu dan ini. Cuma terbaru ini, dah beberapa bulan suami mendiam terus tanpa berita. Call tak dapat, mesej tak dapat.
Jadi dia tertekan.
“Akak cuba jadi madu yang tak banyak kerenah. Lebih setahun suami tak balik, akak tak paksa. Faham dengan keadaan. Mesej sahaja pun akak masih bertahan dan ok,” kata puan ini.
Dia kata lagi, “Saya cuba minta bantuan JAKIM. Saya hubungi JAKIM. Yang jawab panggilan saya seorang ustazah. Saya kena marah. Hina sangat ke isteri nombor 2 ni?”
Saya cuma balas nanti saya akan tulis sikit untuk puan ini. Sebab saya sendiri terganggu emosi bila ada cerita suami macam ini.
Ikutkan pengalaman cerita sekeliling banyak saya dapat bila berkahwin poligami ini diam-diam, ada 2 keadaan yang selalu berlaku.
Pertama; lepas isteri pertama tahu suami akan tinggalkan terus isteri kedua. Kalau tak secara terus, perlahan-lahan dia akan biarkan isteri kedua.
Ada kes saya jumpa isteri pertama tahu sahaja, tak sampai seminggu terus ceraikan isteri kedua. Dia ingat hati perempuan ni boleh buat main macam tu je. Baler.
Apa sahaja alasan suami ini tadi, dia akan tinggalkan isteri kedua. Yang lagi rumit dan teruk, sudahlah ditinggalkan, tergantung pula. Tanpa ada lafaz cerai. Tinggal begitu sahaja.
Jadi isteri kena tuntut fasakh. Buat semua urusan sendiri. Padahal sebelum itu berjanji macam-macam.
Kedua; lepas isteri pertama tahu, suami bergaduh dengan isteri pertama. Pung pang pung pang entah macam-macam. Sudahnya dia ceraikan isteri pertama.
Tinggalkan isteri dengan anak-anak. Kata isteri tak faham perasaan suami. Ah kau! Geram pula aku.
Jadi dia teruskan hidup dengan isteri kedua. Tanpa pedulikan dah isteri pertama tadi.
Baik, pada aku suami untuk keadaan pertama atau kedua, dua-dua setan.
Haa! Kan dah.
Kau nak kahwin lebih daripada 1, perkara pertama kau kena jaga adalah tanggungjawab. Itu tugas kau terhadap 2 jiwa yang kau kena jaga.
Termasuk dalam hal tanggungjawab juga adalah kau berani nak berdepan dengan isteri beritahu yang kau nak kahwin lagi.
Teringat kata-kata seorang ustaz ni, dia ada 2 isteri. Dua-dua isteri tadi tinggal serumah.
Dia kata, “kalau nak kahwin lebih pun tak berani nak cakap dekat isteri pertama, apa jaminan dia berani nak berdepan dengan banyak lagi ujian dengan isteri-isteri lepas ni?”
Iya, betul lah tu. Sebab tu aku tak sokong kau nak berkahwin lebih tapi diam-diam. Kalau hal sebesar ini kau diamkan, apa lagi pula yang kau diamkan dekat luar sana.
Jadi macam yang aku pesan sebelum ni, nak berkahwin lebih ni, kau bincanglah dulu dengan isteri pertama. Memang ngeri. Aku faham.
Gigil kau akan lebih daripada masa kau nak akad nikah dengan isteri kau dulu. Tapi itulah yang kau kena hadap.
Bagi rasional apa yang kau nak kahwin lebih. Apa pula usaha yang kau akan buat lepas dah hidup ada 2 isteri nanti.
Begitu. Kalau ini kau tak berani nak buat, elok kau tangguh lah hasrat kau tu. Serius ni aku pesan.
Dah, aku nak fikirkan jawapan untuk puan tadi. Kau tolong doakan aku ya.
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
Zikir Untuk Mendapat Anak
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
Pupuklah kasih sayang dari awal perkahwinan agar dapat membantu kerukunan rumah tangga. Antara yang boleh diamalkan oleh suami mahupun juga isteri adalah dengan mempraktikkan 10 amalan ini.
1. SALAM
Membudayakan ucapan salam adalah salah satu sunnah Rasulullah. Lebih-lebih lagi ucapan itu di antara suami dan isteri. Di dalamnya ada terkandung doa untuk kesejahteraan yang boleh membawa kepada kebahagiaan.
2. SENYUM
Perbuatan yang tidak memerlukan kata-kata, tetapi difahami oleh pasangan kita apabila kita melakukannya. Jelas menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan positif apabila kita melakukan sedemikian.
3. SAPA
Sewajarnya kita perlu saling bertanya khabar tentang pasangan kita termasuklah kesihatan, pekerjaan atau soal anak-anak, walaupun setiap hari tinggal sebumbung. Apatah lagi sekiranya berjauhan disebabkan tugasan yang terpaksa dilaksanakan.
4. SABAR
Pastinya dalam setiap kelebihan yang ada pada pasangan kita, ada pula kekurangan pada dirinya. Belajarlah dengan penuh sabar untuk menerima kekurangan itu agar kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.
5. SAYANG
Sifat ini perlu sentiasa dipupuk. Sayang bukan hanya terletak di bibir, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Suami jangan hanya sibuk mengucapkan sayang pada isterinya sehingga nafkah yang menjadi kewajipan untuk diberikan turut diabaikan.
6. SUKA
Apa yang telah disediakan untuk suami seperti makanan umpamanya, walaupun kurang enak daripada sudut rasanya tetapi tunjukkanlah bahawa kita menyukainya. Jangan terus kritik dengan perkataan kurang sedap kerana isteri pula akan menunjukkan reaksi tidak suka.
7. SIMPATI
Sekiranya ditimpa kesusahan, masalah, musibah, sakit atau seumpamanya maka berikanlah sepenuh perhatian pada pasangan kita. Waktu itu masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali. Simpati sebeginilah yang amat diharapkan dalam rumah tangga.
8. SPONTAN
Sering kali kita melihat, isteri yang melakukan kerja rumah. Apalah salahnya kalau suami juga turut membantu. Tanpa menawarkan diri untuk menolong, adalah lebih cantik sekiranya dilakukan dengan cara spontan tanpa diminta. Sikap ini akan menyebabkan isteri bertambah sayang.
9. SEGAK
Penampilan diri yang baik akan menyebabkan pasangan kita senang. Walaupun hanya berada di rumah, tidak salah untuk suami atau isteri memperelok kemasan pada pakaian. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan sedikit wangian. Barulah akan sentiasa segak di mata pasangan.
10. SIMPLE
Semua pasangan mengimpikan keharmonian dalam rumah tangga. Walaupun tidak mewah tetapi cukuplah sekadar semua kelengkapan asas tersedia tetapi bahagia. Inilah yang terbaik. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walaupun di mata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami dengan kebahagiaan.