Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat.”
Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.
“Adapun jika berlaku seperti keadaan seperti di atas, dalam keadaan telah suci, tetapi kesukaran untuk mandi di pejabat, maka, wajib baginya untuk menggantikan (qada) solat yang ditinggalkan.
“Ini sepertimana disebutkan oleh Sheikh Hasan al-Kaf dalam kitabnya, al-Taqrirat al-Sadidah pada bahagian ibadah. Di samping itu, mohon istighfar kepada ALLAH SWT atas kekurangan yang berlaku."
Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.