
Perempuan adalah insan paling rapuh. Sekali kau layan dia dengan baik dan sayang dia seadanya, dia akan cuba buat apa sahaja untuk buat kau bahagia. Itulah keistimewaan orang perempuan meskipun disakiti berulang kali.
Nak tahu tanda-tanda perempuan kalau dah sayang seseorang itu? Ini perkara yang pasti mereka akan lakukan pada anda.
1. Dia terima awak seadanya
2. Maafkan walaupun kesilapan awak lakukan berulang kali
3. Dia akan pertahankan hubungan
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan
6. Dia selalu nak bahagiakan awak
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya
10. Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah saying, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sesekali Luang Waktu Dengan Pasangan, Terjah 5 Tempat Menarik Ini!

Pasangan yang sudah berkahwin mungkin akan mengalami sedikit kesibukkan kerja diantara anda berdua sehingga kadang kala hujung minggu anda berdua juga terjejas.
Oleh itu, anda dan pasangan anda perlu pandai membahagi masa untuk anda berdua agar hubungan sentiasa aktif dan berkomunikasi.
Banyak sebenarnya tempat yang anda boleh luangkan waktu hujung minggu. Ini adalah senarai lokasi yang menarik anda boleh pergi.
1. District 21, Putrajaya
Bagi anda dan pasangan yang sukakan aktiviti lasak boleh cuba ini. Tempatnya begitu ‘fun’ dan banyak aktiviti yang boleh buat dekat sini.
2. Sunway lagoon, Petaling Jaya
Selain melakukan aktiviti lasak anda juga boleh mencuba aktiviti air yang pastinya menarik. Banyak juga aktiviti yang disediakan di sini.
3. Selfie meseum, Kuala Lumpur
Kalau anda gemar bergambar, tempat ini wajib ada dalam ‘list’ kerana ini juga adalah salah satu tarikan menarik yang anda boleh pergi. Muzium ini masih baru dibuka. Bolehlah anda dan pasangan ‘selfie’ banyak-banyak.
4. Lost in KL : The haunted house, Kuala Lumpur
Sebut pasal ‘rumah hantu’ mesti anda sudah terbayangkan apa yang sudah ada di dalamnya. Bagi anda yang gemarkan menonton filem hantu. Kami cabar anda dan pasangan untuk pergi ke tempat ini!
5. Genting awana skyway, Genting Highlands
Tempat ini sering dikunjungi ramai orang dan pelancong asing. Tarikannya sangat menarik. Aktiviti seperti taman tema juga terdapat di sini. Tapi apa yang lebih menarik ialah ‘glass cable car’ yang anda boleh lihat sendiri apa ada di bawah. Confirm gayat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Takut Tersalah, Di Mana Saf Yang Betul Buat Isteri Ketika Solat

Soalan
Bagaimanakah kedudukan saf yang betul apabila seorang isteri solat berdua bersama dengan suaminya?
Jawapan :
Isu ini disebutkan oleh para fuqaha apabila mereka membincangkan berkenaan susunan saf di dalam solat yang melibatkan orang lelaki, perempuan, khunsa, serta kanak-kanak. Di antara dalil yang menjadi madar (ruang lingkup) perbahasan berkaitan isu ini adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A yang menyatakan :
أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا ، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ
Maksudnya : Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah S.A.W memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda : Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua. Kemudian Rasulullah S.A.W berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.
Riwayat Al-Bukhari (380)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan seperti berikut:
- Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan solat sunat secara berjamaah.
- Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.
- Baginda S.A.W mahu mengajarkan kepada mereka pergerakan-pergerakan solat.
- Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan. Ini kerana, sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah ketika di masjid. Maka apabila baginda solat di rumah Mulaikah ini, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajarinya, dan seterusnya mengajarkan kepada orang lain.
- Hadis ini juga menunjukkan sahnya solat kanak-kanak yang mumayyiz.
- Hadis di atas turut menjelaskan bahawa kanak-kanak juga turut mempunyai tempat di dalam saf.
- Begitu juga orang perempuan berdiri di belakang orang lelaki semasa solat.
Demikianlah beberapa faedah daripada hadis yang diistinbatkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis di atas. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/293).
Justeru, dapatlah difahami bahawa jika seorang perempuan itu menjadi makmum kepada orang lelaki, sama ada lelaki tersebut adalah ayahnya, abang, adik, atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam. Ini juga bertepatan dengan nas yang turut diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A yang mengatakan :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ أَوْ خَالَتِهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرْأَةَ خَلْفَنَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.
Riwayat Muslim (1056)
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132).
Di dalam kenyataannya yang lain Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Kesemuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisihinya adalah makruh namun tidak membatalkan solat.
Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum tersebut merupakan khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangnya (imam) secara bersendirian.
Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang sahaja wanita, maka perempuan tersebut berdiri di belakangnya dan bukannya di sebelahnya. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W :
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Maksudnya : Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik- baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.
Riwayat Muslim (440)
Kesimpulan
Setelah kami mengemukakan beberapa pendapat para fuqaha berserta dengan nas-nas syarak di atas, maka kami menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita solat bersama suaminya secara berjamaah, maka kedudukannya adalah di belakang suaminya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Ke Pasangan Mengidap HIV Positif Teruskan Juga Pernikahan? Ini Jawapan Ustaz

Saya ingin bertanya jika pasangan kita telah disahkan mengidap HIV positif, adakah Islam membenarkan perkahwinan ini jika kedua-duanya bersetuju?
Islam memuji umatnya yang memilih jalan kebaikan dengan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pernikahan itu akan menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan wanita yang pada asalnya tidak dibolehkan.
Islam juga menganjurkan kepada kita, sekiranya ingin memilih pasangan hidup, maka pilihlah dalam kalangan orang yang baik-baik. Keutamaan pula dalam sudut agama yang ada pada diri seseorang.
Adapun sekiranya pasangan kita mengidap HIV positif, maka hal ini tidak digalakkan walaupun kedua-dua pasangan bersetuju. Ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pula kepada anak yang bakal lahir dalam keluarga.
Firman Allah SWT yang bermaksud:“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah bahaya kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Al-Baqarah: 195.
Tetapi sekiranya ingin juga berkahwin maka perkahwinan itu tetap sah selagi mana memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Oleh: Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI