Tak semua lelaki memahami perasaan perempuan yang kadang-kadang ok, kadang-kadang moody. Lelaki ni kongsi, apa lelaki kena faham bila bersama dengan seorang makhluk yang namanya perempuan.
Perempuan Unik
******************
Perempuan seringkali dikaitkan dengan makhluk yang penuh complicated. Adakalanya fikiran dorang susah nak difahami.
Perempuan lebih mementingkan relationship ataupun hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi dalam soal percintaan dan kasih sayang. Mereka akan menjaga hubungan yang dibina dengan sebaik-baiknya. Perempuan ni antara makhluk yang paling setia dalam sesebuah perhubungan.
.
.
Antaranya,
1. Jika dia WhatsApp kau “dah makan?”, kau jangan jawab “Dah” lepastu tak mesej dan tanya dia balik. Dia nak jawapan yang panjang. Yang boleh buat dia tersenyum sorang-sorang. Mungkin soalan tu sebagai pembuka bicara.
2. Lelaki kalau warna pink, pink lah. Perempuan warna pink ada dusty pink la, light pink,pink fushia dan macam-macam lagilah. Spesifik sangat. Tu la kalau beli tudung, warna pink saja dah dekat 5,6 helai.
Ads
3. Soalan”Cantik tak?”, “Okay tak?” atau apa-apa saja soalan yang dia jangka daripada kau, jawab seperti dalam kotak fikiran dia. Kalau dia dah berkenan dengan baju tu, jangan la kau cakap buruk ke apa. Di mata dia cantik, tapi di mata kau nampak macam buruk. Biarkan je.
4. Kalau dia duk tengok baju ke kasut ke tapi lama sangat. Lepastu kau tanya “Nak ke?”, dalam hati dia mesti duk kata “Tak faham saya lagi keeeee”. Jangan macam tu. Kau cakap je, “Kalau nak ambil je. Nanti abang bayarkan”. Tak ke melompat keriangan hati dia tu.
5. Kalau mesej WhatsApp dengan dia, dia taip “Haha”. Kau kena taip “Hahahaha”. Lagi panjang daripada “Haha” dia tu. Kalau boleh letak emoticons ?. Taip “K” atau “OK” pun tak boleh. Sekurang-kurangnya “Okay Yang”. Kalau datang mood mengamuk dia, tu pun boleh buat gaduh tau.
6. Perempuan perlukan teman untuk meluahkan isi hati dia. Jadi, kau kena jadi pendengar yang baik. Sebab tulah lelaki yang pandai mengayat akan senang buat perempuan jatuh hati.
7. Kalau mesej dengan dia, dia tanya sepatah dan kau jawab sepatah, memang boleh rosakkan mood dia. Cubalah jawab elok-elok sikit. Karang dah merajuk susah pulak nak pujuk. Kau tu bukannya jenis pandai pujuk perempuan.
Ads
Bluetick WhatsApp tapi dia nampak kau online, siap la nak kena menjawab nanti. Kahkah.
***
Perempuan akan selalu beremosi dan perlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Ada yang sering meluahkan perasaan dekat status FB, Twitter ataupun blog. Salah satu sebabnya, kaulah. Sebab kau tak nak dengar luahan hati dia.
Kadangkala bukan dia nak penyelesaian daripada kau pun. Jadi pendengar yang baik pun sudah cukup bermakna. Dia mesti akan lebih hargai kau.
Ads
Ada hari kau tengok dia gembira. Lima minit kemudian dah masam muka. Bila ditanya diam tak berjawab. Ada la tu sesuatu yang dia tak puas hati dengan kau.
Jadi, kau jangan lah marah sebab perempuan ni kan complicated. Akan ada satu hari tu mood dia barai, koyak habis. Tiba-tiba je menangis. Adakalanya dia sendiri pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Nak jadi penunu bunsen ke, nak makan ke, nak tidur ke. Dia sendiri pun keliru. Kah!
Bunga putih yang digunakan mencerminkan aura yang tersendiri. Untuk tambahan aksesori, gunakan butiran mutiara daripada warna senada agar hantaran yang digubah terserlah indah dan mempesona. Malah, Kebaikan menggunakan bekas kaca ialah ia tersedia tanpa memerlukan pelapik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang yang berpanjangan dalam rumah tangga. Membina kebahagiaan itu umpama menanam sepohon pokok kerana ia memerlukan benih, baja, air dan cahaya yang dipupuk dengan kasih sayang, tanggungjawab, konsisten dan kesabaran.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri haruslah memainkan peranan bersama. Amalan-amalan ini bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh pasangan yang baharu berkahwin tetapi juga boleh diamalkan oleh pasangan lama yang ingin memupukkan kembali rasa cinta dan kasih sayang bak pengantin baru.
1. Luahkan kata cinta terhadap pasangan setiap hari
Amalan meluahkan kata-kata cinta, sayang dan puji-pujian kepada pasangan setiap hari boleh merubah perasaan pasangan yang suram kepada hari yang indah dan penuh bermakna. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan akan rasa lebih dihargai dan bertuah kerana memiliki anda sebagai teman hidup. Jangan segan mengungkapkan kata maaf jika anda melakukan kesalahan dan sentiasalah memaafkan pasangan jika dia pula yang bersalah terhadap anda.
2. Perlu saling lengkap-melengkapi
Alam rumah tangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan berkongsi hidup dalam pelbagai aspek. Tanamkan dalam diri bahawa perkahwinan yang bahagia hanya boleh dicapai jika anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Anda berdua haruslah saling membantu jika pasangan mempunyai masalah, selain cuba mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri pasangan anda dengan sebaiknya.
3. Jauhi sikap suka mengungkit
Untuk mengekalkan kasih sayang, sikap ungkit-mengungkit haruslah dielakkan. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantunya dia, jangan sesekali mengungkit tentang perkara tersebut terutamanya apabila anda berdua bertengkar. Cara ini menunjukkan yang anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan atau barangan tersebut kepada pasangan. Jika sikap ini berterusan boleh membuatkan cinta dan kasih sayang pasangan anda menjadi pudar terhadap anda.
4. Isteri tidur beralaskan lengan suami
Para isteri haruslah mengenepikan bantal-bantal anda dan tidurlah beralaskan lengan suami bermula malam ini. Ini kerana hormon bau phero yang dirembeskan dari ketiak suami dikatakan boleh mengaktifkan hormon isteri hingga isteri berasa tenang dan relaks. Malah pelukan suami akan menerbitkan kasih sayang serta hormat pada suami.
5. Cium tangan, kucup dahi dan peluk
Jadikan amalan mencium tangan suami ketika suami hendak keluar dari rumah sebagai tanda bahawa restu suami amatlah berharga. Selepas isteri mencium tangan suami, suami pula haruslah membalasnya dengan mengucup dahi isteri dan memeluk isteri. Tindakan ini akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai dan dengan sendirinya akan terbit kasih sayang itu dari hati yang ikhlas, selain mengeratkan lagi kasih sayang anda berdua. Malah kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon oxytocin.
6. Sentiasa amalkan mandi bersama
Amalan suami isteri yang sering mandi bersama sememangnya cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri kerana ia dapat mengukuhkan lagi rasa kasih antara anda berdua, apatah lagi apabila adanya sentuhan saat anda menggosok dan menjirus tubuh badan pasangan. Malah amalan ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
7. Solat berjemaah bersama
Sememangnya banyak ganjaran pahala yang boleh diperoleh apabila suami isteri solat berjemaah bersama. Ia akan mengeratkan kasih sayang, apatah isteri akan mengaminkan doa suami dan kemudian anda berdua akan saling bersalaman serta memohon maaf.
8. Sering lakukan kerja rumah bersama
Suami tidak boleh mengabaikan urusan kerja rumah dan hanya mengharapkan isteri melakukan urusan kerja rumah seorang diri. Sebaik-baiknya, bantulah meringankan bebanan isteri di rumah. Apabila anda berdua melakukan urusan kerja rumah bersama, bukan sahaja kerja rumah akan lebih cepat selesai malah anda berdua juga boleh gunakan masa ini dengan bergurau senda dan mengeratkan kasih sayang.
9. Sentiasa ada komunikasi dua hala
Sebuah hubungan rumah tangga dikatakan gagal apabila tiada komunikasi dua hala antara suami isteri. Jika masing-masing memendam rasa tentang permasalahan rumah tangga dan tidak meluahkan apa yang terbuku di hati, masalah tidak akan selesai dan tiada penghujungnya. Oleh itu, pentingnya komunikasi dua hala agar anda berdua boleh berbincang dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan.
Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:
Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah
Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin merupakan ibadat dan sunnah.
Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa ‘Mawaddah wa Rahmah’
Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolah-olah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.
Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab
Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!