Hampir semua orang berfikir negatif ketika mendengar perkataan malas. Orang pemalas biasanya jadi menjengkelkan buat orang di persekitarannya, termasuk kawan mahupun saudaranya sendiri. Apatah lagi jika yang pemalas itu perempuan! Memang makan cacian lah jawapnya.
Ini kerana, perempuan itu diidentitikan dengan sifat yang rajin. Jangan hanya memandang sesuatu dari satu sisi sahaja. Sebabnya, perempuan pemalas memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Apa saja kelebihan perempuan pemalas?
1. Perempuan pemalas seorang yang sangat kreatif
Apa daya tarikan perempuan yang pemalas? Jawapannya adalah kreativiti. Dalam menghadapi sesuatu situasi, perempuan pemalas bijak menggunakan corak fikir minda mereka. Jadi, dia selalu berfikir untuk mencari cara sendiri untuk melakukan sesuatu tanpa menggunakan tenaga. Inilah yang menjadikannya mampu menghasilkan idea-idea kreatif.
2. Tidak mudah jatuh sakit dan tekanan stres
Dalam dunia pekerjaan, perempuan pemalas tidak suka melakukan pekerjaan yang terlalu berlebihan sehingga mereka letih tubuh badan dan fikiran. Dia lebih suka bersantai dengan menangguhkan kerjanya untuk berehat lebih awal. Selepas badan rasa segar, dia akan meneruskan pekerjaan dengan cara tersendiri dan jarang memikirkan hasilnya agar tidak mengganggu fikiran.
3. Sentiasa optimistik
Sikap pemalas membina keyakinan diri. Perempuan pemalas biasanya biasanya suka menangguhkan sesuatu pekerjaan. Walaupun selalunya tertangguh, sebenarnya dia masih boleh menyelesaikan setiap pekerjaan yang ditangguhkan itu lebih awal. Ya, itu kerana keyakinannya dalam melakukan sesuatu pekerjaan walaupunsuka bertangguh.
4. Lebih cenderung membina empayar perniagaannya sendiri
Perempuan pemalas tidak suka mengikuti peraturan, seperti perlu berangkat awal pagi atau perlu melakukan sesuatu yang terhad dibatasi oleh deadline. Bekerja dengan cara ini bukan seteru dengannya. Dia adalah jenis orang yang tidak boleh terikat dengan peraturan sehingga dia sangat sesuai untuk mengembangkan empayar perniagaannya sendiri. Wow, calon usahawanita yang berjaya!
5. Boleh menjadi pasangan yang memahami
Mengapa? Kerana sifat pemalasnya, dia sering menolak jemputan pasangannya untuk bersiar-siar atau makan bersama-sama dengan sebab “Malas lah…”. Ini memberikan kelebihan kepada pasangannya, kerana ia menjimatkan wang. Wow!
Itulah 5 keistimewaan perempuan pemalas yang jarang disebutkan. Jadi, jangan memandang rendah perempuan pemalas, kerana dia boleh menjadi lebih berjaya daripada anda, siapa tahu?
SUMBER : bukanaku.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI