Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

Gara-gara wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia, ramai pasangan pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka. Ada yang meneruskan majlis pernikahan tetapi dilakukan dengan cukup sederhana.

Pihak kerajaan juga meminta bakal pengantin supaya menangguhkan majlis sehingga wabak ini terkawal. Di media sosial juga terdapat banyak perkongsian berkaitan majlis pernikahan yang dilakukan secara tertutup.

Kali ini, kami kongsikan kisah pernikahan Nurul Syamimi Ibrahim yang dilakukan secara ringkas. Macam nikah koboi katanya. Pada asalnya, mereka merancang untuk bernikah pada 27 Mac dan majlis akan diadakan pada hari berikutnya.

Namun kerana perintah kawalan pergerakan, majlis terpaksa ditunda dan nikah diawalkan kepada 21 Mac. Namun, atas sebab tertentu, mereka akhirnya bernikah pada 20 Mac 2020 sekitar jam 11.30 malam. Ayuh kita baca perkongsiannya.

Pergi Rumah Tok Kadi Pun Pakai Selipar, Pasangan Ini Bernikah Dengan Suasana Yang Cukup Ringkas
Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

#ininikahkoboi

Tiada photographer, tiada baju nikah, tak bawak hantaran, pergi umah tok kadi dengan pakai selipar.

IKLAN

Sebab Allah sebaik-baik perancang. Detik pernikahan yang ternyata 360 darjah tidak mengikut apa yang dirancang.

Meh kita cerita

Pergi Rumah Tok Kadi Pun Pakai Selipar, Pasangan Ini Bernikah Dengan Suasana Yang Cukup Ringkas
Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

Asalnya rancang nikah 27.03, majlis 28.03. Disebabkan perintah kawalan pergerakan, majlis ditunda dan nikah akan diawalkan kepada 21.03.

Bridal habis bayar (pakej nikah+majlis), catering dah bayar separuh, goodies dah settle tinggal nak tunggu majlis je. So bila keadaan ini berlaku, semua yang dibooking terpaksa ditunda dan ofkos bridal pun tak berani nak buat perkhidmatan bagi pakai baju nikah. Maka, ini lah jadinya.. kita pakai je baju recycle.

IKLAN

20 Mac 2020 (Jumaat) *tarikh kami bernikah…

Pergi Rumah Tok Kadi Pun Pakai Selipar, Pasangan Ini Bernikah Dengan Suasana Yang Cukup Ringkas
Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

Selepas Maghrib, dapat WhatsApp daripada suami “awak, esok kita boleh ke bernikah ni?” dengan bagi satu document pekeliling daripada Jabatan Agama Islam Johor yang menyatakan start 21.03 sampai 31.03, segala majlis pernikahan perlu ditangguhkan. Dapat dokumen tu terus bagi pada ayah, ayah pun apa lagi terus guna kuasa veto nya call Tok Kadi minta Tok Kadi nikahkan kita malam ni juga. Ayah call suami untuk siap terus tak payah bawak apa-apa barang (hantaran), bawak diri je datang umah mai nikah malam ni jugak.

Tepat jam 11.30 malam, alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri di rumah Tok Kadi yang hanya dihadiri oleh 2 orang saksi, wali, juru nikah, pengantin lelaki perempuan dan selitlah ibu sekali.

Pergi Rumah Tok Kadi Pun Pakai Selipar, Pasangan Ini Bernikah Dengan Suasana Yang Cukup Ringkas
Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

Ye, memang ribut kelam-kabut seiring dengan perangai kita yang kelam kabut ni. Pukul 8 dapat tahu pekeliling, pukul 11 lari pergi rumah tok kadi dan merasa lah kita nikah yang betul-betul simple, dengan tak prepare apa-apa malam tu. Dapat masakkan beehun goreng je untuk tetamu daripada pihak suami yang hanya datang 3 orang sahaja. Haa sempoi kan?

IKLAN

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Syukur sebab segalanya dah selesai. Dengan tarikh nikah yang berubah dua kali di saat akhir, dengan sesimple-simple ni dapat rasa keberkatannya. Baik sangat Allah. Pada awalnya terasa beratnya ujian ni, majlis terpaksa ditunda dengan gelisah hati keadaan sekarang takut tak dapat nikah, tapi rupanya Allah nak bagi kami nikah lagi awal dann jatuh pada Hari Jumaat.

#doakankami #kenanganmanis #syukurAllahmudahkan

Pergi Rumah Tok Kadi Pun Pakai Selipar, Pasangan Ini Bernikah Dengan Suasana Yang Cukup Ringkas
Foto: Nurul Syamimi Ibrahim

Pesona Pengantin: Wow memang cukup ringkas majlis nikah yang diadakan oleh pasangan ini. Alhamdulillah kalian telah selamat bernikah. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin…

Sumber: Nurul Syamimi Ibrahim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI