Hukum Perkahwinan (Munakahat)

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.

— Hadis riwayat al-Baihaqi

 

Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan..

.. mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya khususnya manusia, fitrahnya suka pada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dan mempunyai keluarga.

Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Perkahwinan Itu Amanah Untuk Memikul Tanggungjawab Membentuk Keluarga Yang Lebih Besar

Hubungan suci seorang lelaki dan perempuan yang mukallaff melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah dan dianjurkan oleh Rasulullah.

IKLAN

Rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain, maka insyaaAllah akan tenteram dan sejahtera masyarakat.

Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar

IKLAN

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri & Keluarga

Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri.

Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.

Perkahwinan Itu Amanah Untuk Memikul Tanggungjawab Membentuk Keluarga Yang Lebih Besar

IKLAN

Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah:

  1. Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.
  2. Memberi nafkah batin termasuklah meggauli isteri dengan baik.
  3. Menyara anak-anak
  4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
  5. Melindungi maruah keluarga dan harta benda
  6. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah
  7. Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna
  8. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.

Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

 

Tanggungjawab Seorang Isteri

Selain dari suami, isteri juga mempunyai tanggungjawabnya dalam sesebuah keluarga.

Perkahwinan Itu Amanah Untuk Memikul Tanggungjawab Membentuk Keluarga Yang Lebih Besar

Antara tanggungjawab isteri adalah:

  1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah.
  2. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan perkara maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.
  3. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
  4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak.
  5. Menjaga amanah dan harta suami.
  6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.
  7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali dalam situasi darurat)
  8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI