Seperti yang di war-pernikahan tersebut merupakan pesta terbesar di India tahun ini bagi meraikan pasangan Isha Ambani dan Anand Piramal . Setiap hal untuk acara pernikahan anak-anak usahawan terkaya di India itu terasa sangat mewah.

Perkahwinan Termahal Di Dunia! Kad Undangan Perkahwinan Isha Ambani Ini Bernilai RM17 Ribu

Termasuk soal urusan undangan pernikahan Isha dan Anand yang disebarkan kepada sekitar 800 orang tetamu. Pasangan usahawan terkaya di India malah tersenarai orang paling kaya di dunia ini mengagihkan undangan mewah kepada tetamu.

Bentuknya pun bukan sekadar sekeping kad semata-mata, melainkan sebuah kotak berukuran cukup besar.
Kotak dibuat dengan kukuh, yang berisi kotak lain yang dilapisi dengan kain lembut. Ketika dibuka, kotak berhias kain itu berisi kotak-kotak yang lebih kecil dengan bahan berlapis emas dan berisi gambar Dewa dan Dewi dalam kepercayaan Hindu India.

IKLAN

Perkahwinan Termahal Di Dunia! Kad Undangan Perkahwinan Isha Ambani Ini Bernilai RM17 Ribu

Menurut laporan dari Hindustan Times, kos yang diperuntukkan oleh keluarga Ambani untuk undangan ini pun bukan biasa-biasa. Setiap undangan, nilainya sekitar Rs 3 lakh atau lebih kurang RM17,000 setiap satu.

Mereka memberikan undangan ini kepada sekitar 800 tetamu dari dalam dan luar negeri. Dengan jumlah kos keseluruhan sekitar RM13 Juta untuk undangan saja, belum termasuk kos penghantaran kepada tetamu.

IKLAN

Perkahwinan Termahal Di Dunia! Kad Undangan Perkahwinan Isha Ambani Ini Bernilai RM17 Ribu

Acara pernikahan Isha dan Anand sendiri akan diadakan pada 12 Disember iaitu hari ini. Mereka akan melangsungkan upacara pernikahan di rumah keluarga Mukesh Ambani, Antila House di Mumbai.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Superstar dunia, Beyonce dikhabar  membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan antara termewah di India dalam suatu jemputan yang eksklusif.
Menurut BBC, anak perempuan kepada Mukesh Ambani iaitu Isha Ambani bakal melangsungkan perkahwian dengan lelaki pilihan Anand Piramal beberapa hari lagi.

Mukesh Ambani merupakan antara individu terkaya di India.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI