
Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan. Allah Maha Mengetahui.
Dia yang menjaga kunci hati setiap hamba-hambanya. Dia Maha Mengetahui waktu yang sesuai seorang hamba menempuhi alam perkahwinan.
Apa yang penting, sebelum menempuh alam perkahwinan, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang.
Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup.
“Mahukan yang terbaik, berusahalah menjadi yang terbaik.”
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Tak semudah melafazkan akad. Perkahwinan menuntut seseorang untuk menggalas satu tanggungjawab besar dalam menunaikan apa yang telah digariskan dalam Islam.
Big things awaits behind ‘aku terima nikahnya’. Tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada si suami, tetapi juga pada isteri.

Bukankah Allah telah berfirman, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah An-Nur: 26)
Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia.
Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu.
Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia.
InshaAllah!
Wahai Isteri, Hati-Hati Kalau Punya Suami Hensem Sangat

Buat pengetahuan para isteri, golongan lelaki yang suka sesama lelaki ada dua jenis. Jenis pertama ialah gay (bernafsu pada lelaki sahaja). Jenis kedua adalah biseksual (bernafsu pada lelaki & perempuan). Kebanyakan suami orang yang suka lelaki adalah jenis biseksual, bukan gay. Ramai lelaki gay yang bukan pondan/lembut. Maksudnya lelaki gay sekarang ramai yang macho dan gagah perkasa. Dari luaran nampak macam normal, tetapi sebenarnya minat pada lelaki dan suami orang.
Jadi tujuan saya tulis di sini adalah kerana nak minta maaf kepada isteri-isteri yang mana saya dah terlanjur dengan suami mereka. Saya tahu isteri diorang adalah pembaca KRT. Saya nak minta maaf kerana terlanjur dengan suami akak-akak pembaca KRT. Saya dalam proses bertaubat dan nak tinggalkan aktiviti songsang ni. Saya juga sedang membantu suami orang yang bernafsu sonsang untuk kembali ke pangkal jalan. Mohon doakan agar kami dapat hilangkan nafsu songsang ini dan menjadi normal.
Sebenarnya bukan saya seorang sahaja, tetapi ramai lelaki bujang di luar sana yang suka suami orang. Jadi nasihat saya kepada golongan isteri, jangan tayang suami anda dekat media sosial seperti facebook, Instagram. Sebab nanti lelaki bujang ni akan jatuh hati pada suami anda dan mula goda suami anda. Mereka akan ‘save’ gambar suami hensem yang di-upload oleh isteri di facebook. Sebelum tidur, mereka akan tengok gambar suami-suami hensem ni. Sedap mata memandang.
Dah ada beberapa kes yang saya jumpa. Asalnya suami orang ni normal, straight, bernafsu pada perempuan. Tetapi selepas digoda lelaki bujang, secara perlahan-lahan nafsu suami orang ni berubah menjadi songsang dan mula bercinta dengan lelaki bujang tersebut. Ada kes yang suami bercinta dengan lelaki lain bertahun-tahun tanpa pengetahun isteri, dan ada kes suami yang bercerai dengan isteri kerana suami mabuk cinta dengan lelaki lain. Ada jugak kes suami orang bercinta dengan suami orang.
Ini kisah benar sebab saya sendiri kenal dengan suami orang yang ada skandal dengan lelaki lain. Golongan suami yang suka sesama lelaki ni pandai cover line, memang susah nak detect/kenal pasti oleh isteri. Hanya kami yang boleh detect mereka, bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam.
Jadi kepada golongan isteri, jaga suami anda baik-baik. Kalau suami suka jumpa kawan lelaki, check betul-betul siapa kawan lelaki dia tu. Boleh jadi kawan lelaki tu adalah kekasih suami.
Sekarang ni bukan anak dara dan janda sahaja yang suka suami orang, lelaki bujang pun dah ramai yang suka suami orang.
Sumber: Facebook/KRT
Kenapa Orang Melayu Selalu Bersaing Antara Ipar Duai Sendiri

Cara bina hubungan baik sesama ipar duai dan ahli keluarga yang lain:
Ketahui perkara yang disukai
Cuba selidik perkara yang disukai oleh ipar duai dan pada masa sama pelajari juga perkara yang boleh menyinggung perasaan mereka. Melalui cara ini anda dapat mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh adik beradik suami.
Waktu bersama
Habiskan waktu bersama dan pilih aktiviti yang disukai sama ada berkaitan dunia masakan, hiasan, pakaian, kecantikan mahupun senaman. Pasti ada satu perkara yang boleh anda lakukan bersama mereka. Jika mereka suka aktiviti kecergasan, sertailah mana-mana acara larian ceria yang banyak dianjurkan kini. Jika tidak, anda boleh merancang untuk keluar makan dan menonton wayang bersama-sama.
Beri hadiah
Hadiah yang diberikan tidak perlulah terlalu mewah kerana paling utama adalah ikhlas. Beri hadiah kecil yang menunjukkan rasa perhatian dan mesra terutama pada ulang tahun hari kelahiran atau apabila anda pergi bercuti. Melalui cara itu, mereka akan berasa lebih disayangi dan berasa diri dihargai.
Tanya pendapat
Jangan segan untuk bertanya pendapat termasuklah tip rumah tangga atau didikan anak-anak kepada ipar duai. Mungkin mereka dapat membantu berkongsi pandangan yang berguna.
Beri bantuan ikut kemampuan
Tawarkan bantuan ketika mereka sedang mengalami masalah. Bantuan itu bukan hanya dalam bentuk kewangan namun ia juga boleh diberikan dalam bentuk nasihat atau pandangan.
Jangan jadi kaki sibuk
Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar duai walaupun kes terbentang di depan mata anda. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat walaupun melalui orang tengah jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.
Berhati-hati
Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh mempercayai tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah. Menjaga hubungan yang baik dengan ipar sangat penting kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kehidupan anda.
Jangan Ketepikan Hukum Allah, Ini Alasan Kenapa Wanita Tak Boleh Mengiringi Jenazah Suaminya Ke Kubur

Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?
Oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid
■ Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
↔ Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
↪ Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat reda Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■ Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■ Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■ Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
↔ Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.
■ Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
■ Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang!
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■ Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■ Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■ Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■ Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■ Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■ Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
■ Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■ Terdapat bayak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.
Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya. Dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan, minuman dan rawatan perubatan sahaja.
Mohd. Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga mengupas:
Hadis Ummu �Athiyyah r.ah. perlu diberi perhatian yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Isteri yang ingin mengiringi jenazah suami atau adik-beradiknya atau sesiapa daripada kalangan orang Islam adalah tidak haram. Sebahagian ulama menghukumnya dengan makruh, ini kerana kemungkinan berlakunya ratapan, teriakkan dan sebagainya.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi atau menziarahi kubur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh menyembahyangkan jenazah terutama jika mayat itu adalah suami atau saudara yang terdekat.
Ia juga disebut sebagai tempoh berkabung. Bagaimanapun ia tidak bermaksud balu berkenaan tidak boleh langsung keluar rumah. Apa yang dilarang ialah keluar untuk suka-suka untuk aktiviti sosial seperti menghadiri majlis keramaian dan menghias diri.
Sebaliknya, jika untuk menuntut ilmu, bekerja atau ke hospital tiada halangan berbuat demikian. Ini termasuklah dalam tempoh idah isteri boleh ziarahi kubur suaminya.
Wallahu’alam bissawab.
Semoga bermanfaat.