Perkara Perlu Tahu Semasa Memilih Barang Hantaran

Share

Dalam persediaan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, gubahan hantaran menjadi perkara penting dan didahulukan dalam acara tersebut. Gubahan hantaran sudah menjadi adat dan tradisi  dalam masyarakat Melayu untuk menjalinkan hubungan yang rapat bagi kedua-dua pihak keluarga.

Gubahan hantaran digubah  pelbagai gaya dan semestinya cantik  dan menarik perhatian semua tetamu. Untuk menghasilkan gubahan hantaran yang menarik pertimbangkan perkara berikut:

Tentukan Jumlah Dulang

Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.

Buat Senarai Barang Hantaran

Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli-belah.

Tema Warna
Warna hantaran biarlah sepadan dengan tema yang anda pilih untuk menjadi tema warna perkahwinan. Dengan mengenakan tema warna tersebut, ia akan menjadikan hantaran kelihatan senada dan bergaya.

Saiz
Sebaiknya letak barang yang praktikal dan juga tidak lebih daripada dulang hantaran yang disediakan supaya nampak kemas dan tersusun.

Berat barang
Elakkan letak barang  yang terlalu berat. Ini mengelakkan bila memegangnya jadi tidak stabil.

Tentukan Siapa yang Akan Menggubah Dulang

Antara tip seterusnya dalam memilih barang perkahwinan adalah menetapkan siapakah yang akan menggubah dulang tersebut. Ia adalah untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yelah, barang dah ada, dulang dah ada, yang tidak ada adalah orang yang hendak menghiasnya!

Berikut contoh hantaran buat bakal pengantin.

pic-Kusya Wedding
pic-Kusya Wedding

 

pic- pinterest
pic :pinterest
pic- pinterest

 

pic-pinterest

 

pic- Ratio Design
IKLAN