Hubungan

Perkenalan Mereka Di Portal Cari Jodoh Akhirnya Ke Jinjang Pelamin

Share

Siapa sangka pasangan Zulkifli Mohamad & Siti Farah Ismail yang berkenalan di satu portal pencarian cari jodoh akhirnya ke fasa yang lebih baru.

 

1.Detik perkenalan

 

Kami berkenalan melalui portal carian jodoh, Tilljannah.MY dan waktu itu, Zulkifli memulakan salam perkenalan. Selepas 2 bulan berkawan dan rasa ada keserasian, kami bercadang untuk berjumpa buat pertama kalinya. Agak kekok pada mulanya kerana sebelum ini hanya berhubung melalui mesej. Setelah kedua-duanya serius untuk mendirikan rumah tangga, kami mengambil keputusan berbincang dengan keluarga dan Alhamdulillah mendapat restu mereka.

 

  1. Keistimewaan pasangan

Zulkifli merupakan anak sulung manakala Farah anak bongsu. Gabungan ini melengkapi kerana anak sulung seorang pembimbing dan anak bongsu suka dibimbing. Saya seorang yang periang dan menyenangkan selain mudah dibawa berbincang. Manakala Zulkifli banyak memainkan peranan merancang hala tuju keluarga dari segi kewangan, kerohanian dan sebagainya.

 

  1. Detik lamaran

Tiada detik romantik tetapi lamaran dibuat secara ikhlas. Kami berbincang melalui whatsapp dan selepas bersetuju kami terus merancang untuk persediaan majlis dan kehidupan selepas berumah tangga.

 

  1. Destinasi bulan madu

Kami berbulan madu di Damai Laut Beach Resort Lumut. Di taja oleh abang saya dan kami bercadang berbulan madu di luar negara pada tahun hadapan jika ada rezeki dan kesempatan waktu.

 

IKLAN