Pasangan suami isteri, Dr Kathreena Kadir dan Dr Muhammad Lee Weng Ho berjaya membuktikan mereka mampu bahagia walau berlainan bangsa dan budaya. Kini, usia perkahwinan mereka menjangkau 12 tahun dengan kehadiran dua puteri yang comel serta bijak berusia 9 dan 4 tahun.

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin Campur
Pasangan bahagia Dr Kathreena Kadir dan Dr Muhammad Lee Weng Ho.
Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin Campur
Bersama dua puteri comel mereka.

Dalam usia 40 tahun Dr Kathreena punya kehidupan ‘sempurna’ sebagai seorang isteri dan ibu. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah Dr Kathreena merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Klinikal Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), beliau merupakan pakar perunding bagi pesakit yang mengalami kanser. Menariknya, Dr Kath adalah anak jati Sabah pertama memiliki kepakaran dalam bidang diceburi. Manakala suaminya, Dr Muhammad Lee Weng Hong merupakan seorang doktor gigi berusia 41 tahun.

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurDETIK PERKENALAN
“Saya mengenali suami ketika sama-sama menuntut di Dental School, Universiti Malaya. Kami adalah rakan sekelas sewaktu belajar Dentistry selama 5 tahun. Saya merupakan ketua kelas manakala beliau adalah ‘mat photocopy’ dalam kelas kami. So setiap kali dapat nota kuliah dari pensyarah, sayalah orang pertama yang akan dapat. Saya akan serahkan nota itu kepadanya untuk dibuat salinan dan diedarkan kepada rakan-rakan sekelas. Kami tidak pernah ber’couple’ sewaktu di Dental School, hanya teman tapi mesra sebab berlainan agama dan bangsa.

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurBagi saya, suami seorang pelajar yang pandai bergaul, sangat bertanggungjawab, rajin berusaha, independent, dan sangat bijak dalam kelas! Yes, he is one of the best students dalam kelas.

IKLAN

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurSelepas tamat dental school kami ditugaskan di tempat kerja berasingan. Saya dihantar kembali berkhidmat di Sabah manakala suami di Melaka. Kami hanya bertemu semula selepas 3 tahun di salah sebuah persidangan (National Dental Conference) di Kuala Lumpur. Sejak itu kami start dating jarak jauh (melalui telefon saja). Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan hubungan kami. Selepas 3 bulan kami mengikat tali pertunangan. Suami memeluk Islam ketika kami sedang bertunang. Selepas 4 bulan bertunang kami bernikah.

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurSetelah berkahwin dan berkeluarga, suami menjadi seorang yang sangat ringan tulang dalam membantu menguruskan hal-hal rumahtangga. Suami juga seorang bapa yang sangat rapat dengan anak-anak dan jenis family man. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami kerjaya saya. Mungkin kerana bidang kami sama maka tidak timbul masalah. Malah, suami merestui dan mendorong saya untuk berjaya dalam bidang ini. Antara pengorbanan besar suami ialah pernah ‘melepaskan’ saya untuk pergi menjalani latihan sub kepakaran di Shanghai, China selama 12 bulan.

IKLAN

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurBAIK DENGAN KELUARGA MENTUA
Bercakap tentang hubungan saya dan keluarga mentua, syukur mereka menerima saya dengan hati yang terbuka. Seperkara lagi, mungkin sebab saya berasal dari Sabah dan sudah biasa bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama menyebabkan saya tidak kekok untuk membiasakan diri dengan adat serta budaya keluarga suami selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Manakala bahasa ibunda yang digunakan mereka ialah Mandarin dan Kantonis.

IKLAN
Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin Campur
Dr Kathreena sangat akrab dengan keluarga mentuanya.
Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin Campur
Keluarga Dr Kathreena di Sabah.

Bagi saya, antara kelebihan kahwin campur ialah anak-anak mendapat manfaat daripada dua budaya yang berbeza. Mereka menjadi multilingual iaitu dapat menguasai 3 bahasa serentak. Bagi saya berkahwin sesama bangsa atau berlainan bangsa tak banyak bezanya yang penting personaliti, sikap toleransi serta memahami antara suami dan isteri menjadi tunggak kebahagiaan rumahtangga.

Anak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurAnak-Anak Fasih 3 Bahasa, Pasangan Doktor Ini Buktikan Hikmah Kahwin CampurBuat mereka yang pasangannya doktor, lebih-lebih lagi jika isteri seorang doktor bersedialah untuk memahami selok belok kerjaya beliau. Termasuk ‘berkongsi’ masa isteri bersama para pesakitnya. Bantu isteri untuk menjadikannya seorang ibu dan isteri terbaik buat keluarga seterusnya menjadi doktor berdedikasi di hospital. Pengorbanan isteri adalah atas dasar kepentingan tugas yang menjadi fadhu kifayah.”

Kredit Foto: Koleksi Peribadi Dr Kathreena Kadir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI