
Bernikahlah agar kamu lebih bahagia. Sesetengah orang berkata begitu seakan-akan hanya ada bahagia dan keseronokan dalam pernikahan. Padahal, pernikahan itu sebenarnya merupakan satu perjuangan.
Pernikahan itu merupakan satu ibadah dan kalau sudah ibadah, tentunya tidak mudah untuk dilalui. Pernikahan itu tidak semanis yang diceritakan kerana kamu harus bersiap sedia dengan ujian-ujiannya.
Oleh itu, sebelum kamu memutuskan untuk bernikah, persiapkanlah dirimu dengan baik. Tidak hanya dengan persiapan harta, tetapi pastikan keadaan batinmu juga sudah bersedia.
Ada banyak tanggungjawab yang menantimu selepas pernikahan, tidak kira tanggungjawab sebagai seorang isteri atau pun suami. Jangan sampai di tengah-tengah pernikahan, ada pertelingkahan yang berlaku menyebabkan kamu ingin menyerah dan menyesal.
Pernikahan ini memang memerlukan kesabaran dan keikhlasan demi kebahagiaan yang berpanjangan. Maka, dari saat kamu memutuskan untuk bernikah, kamu sudah tahu apa yang perlu kamu persiapkan.
Ingat ya, bukan hanya harta semata yang harus kamu fikirkan kerana harta benda boleh dicari. Bersabarlah menempuhi dugaannya. Kamu akan temui kemanisannya nanti.
Fikiran Kena Positif Kalau Nak Berumahtangga. Baru Nampak Ceria!

Bila disua soalan mengenai perkahwinan mahupun perhubungan intim bernama kekasih, anda sering mengelak dari menjawabnya. Ada saja alasan yang diberi dan anda tegar hidup sendiri. Adakah ini petanda anda orang yang takutkan komitmen? Kenali 5 ciri-ciri ini yang membezakan si penakut komitmen dengan mereka yang sekadar belum bertemu jodoh.
1. Satu pasangan untuk sepanjang hidup
Idea untuk hidup bersama dengan si dia dalam susah dan senang membuatkan anda tidak senang duduk. Bagaimana jika dia berpaling arah? Apa akan terjadi jika anda tidak mampu untuk membahagiakannya? Sikap berfikir terlalu jauh ini kadang menyebabkan kekangan untuk rasa gembira. Elak negatif dan hidup dalam aura positif boleh mempengaruhi perlakuan anda ketika berpasangan.
2. Kekangan mencapai impian
Semua orang ada cita-cita masing sama ada dalam kerjaya, hobi atau matlamat hidup. Namun, anda sering beranggapan perkahwinan hanya akan menyebabkan impian untuk mencapainya terhalang. Kerana itu pentingnya komunikasi dan tolak ansur dalam perhubungan.
.
3. Anda sempurna tanpa pasangan
Sering kali berlaku kepada mereka yang mempunyai keluarga bahagia, kerjaya dengan pendapatan lumayan serta berpewatakan menarik. Perkahwinan dianggap hanya sebagai aktiviti sosial yang tidak penting. Tetapi sebenarnya perkahwinan bisa mengajar anda untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan teratur dalam mengawal emosi serta pemikiran.
4. Takut terluka
Semua orang pernah merasai kekecewaan ditinggalkan kekasih. Namun kekecewaan itulah yang mengajar kita erti menghargai orang di sekeliling. Perlahan-lahan, bina semangat untuk mendekati cinta semula. Jangan dibuang terus rasa bahagia itu. Bak kata pepatah, anda akan bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu ‘The One’.
5. Tiada ruang untuk diri sendiri
Menurut pembacaan dan pengalaman rakan-rakan, anda mungkin tidak akan ada masa untuk diri sendiri. Semua perhatian tertumpu kepada pasangan dan rumah tangga. Jangan sesekali jadikan cerita orang lain menjadi cerita anda. Corak hubungan yang baik bersama pasangan dan jadikan dia sebagai kawan baik. Lakukan aktiviti bersama-sama. Berbincang dan minta kebenaran si dia untuk meluang masa bersama teman baik untuk girl’s day out.
Mindset kita sangat penting untuk mengubah kehidupan. Macam mana anda memandang sesuatu, itulah yang akan ditafsirkan oleh minda. Nak kahwin? Cuba tukar mindset sekarang!
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Bila Terlalu Lama Single, Susah Nak Terima Bila Ada Yang Mendekati

Selama ini anda senang hidup bersendirian tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Kemudian anda bertemu dengan dia dan mula bercampur dengan orang lain. Peralihan dari single ke dating merupakan perkara baru dalam hidup anda. Anda berdepan dengan cabaran dan gangguan serta pelbagai lagi yang akan datang, semuanya harus ditempuhi dengan sebaik mungkin. Supaya tak keruan, jom kenali wanita sebegini…
1 Bila dia jadi lupa
Keadaan di mana dia mungkin lupa bahawa dia sudah ada peneman sekarang. Almaklumlah single terlalu lama membentuk tabiat yang biasa dilakukan sendirian, dia biasa bertindak tanpa memikirkan orang lain.
.
2 Dia boleh lakukan sendiri tanpa pertolongan kamu
Bukanlah dia lupa pada kamu cuma perkara seperti servis kereta, hal rumah dan sebagainya semua dilakukan sendiri selama ini.
3 Dia perlukan ruang sendiri
Jangan marah jika dia memilih untuk tidak bertemu kamu sepanjang masa. Sebelum ini, dia menghabiskan banyak masa sendirian jadi dia memerlukan masa untuk membetulkan keadaan dan mindset tentang perkara sekarang.
4 Kamu jangan terlalu tergesa-gesa
Baru sahaja mengenali satu sama lain, kamu sudah fikir nak melamarnya. Bukankah itu terlalu cepat baginya? Itu tidak bermaksud dia tidak mahukan kamu cuma berikan dia masa berfikir sedalam-dalamnya dan bila sudah bersedia.
.
5 Dia sukar menerima perubahan
Berbalik pada konsep dia hidup bujang terlalu lama sehingga sukar hendak menerima orang baru menyebabkan kenapa dia sukar menerima perubahan. Dia tidak menentang perubahan tetapi memilih menyesuaikan secara perlahan. Sebagai contoh, dia melihat cara kamu mengemas dapur, menyusun kasut di rak dan siapa tahu dia akan mula mengikut cara kamu.
6 Bila kamu kena berdepan dengan rakan sejatinya
Ya, sampaikan kamu terfikir kamu dating dia atau rakannya? Rakannya adalah pelindung dan tidak mahu melihatnya terluka, ini bagi memastikan anda tidak berbohong, menipu atau melakukan perkara tidak diingini. Apapun kamu kena sentiasa bersedia kerana kamu dalam pemerhatian mereka.
Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!

Kalau dah jodoh, jumpa kat mana pun tetap ‘menjadi’. Dari hobi, akhirnya pasangan Mohammad Jazlan Nangar, 34 bertemu dengan surihati Lidia Haron, 38. Paling comel. Perkenalan di media sosial menjadi titik pertemuan mereka dan topi keledar tembikai yang membuatkan pasangan ini akhirnya disatukan.
12 Oktober 2021 menjadi tarikh paling membahagiakan buat Jazlan dan Lidia. Pernikahan di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu diadakan secara sederhana memandangkan negara masih berada dalam fasa PKP.
“Kami kenal di Facebook. Itu pun kerana kami mempunyai minat sama iaitu basikal lipat. Ketika itu, Lidia mengeluarkan baju untuk pengayuh basikal lipat atas jenamanya sendiri iaitu FOLDIE (Geng Foldie) dan saya adalah salah seorang pembelinya. Kebetulan, Lidia pula penonton setia Youtube channel saya, Geng Basikal Lipat, dari sebelum kenal lagi sampailah sekarang.”
“Kebetulan juga, nama Geng Foldie dan Geng Basikal Lipat lebih kurang sama pula. Kali pertama berjumpa adalah ketika saya dalam perjalanan balik ke Shah Alam sesudah selesai kayuhan di Klang. Ketika itu, Lidia sedang berbasikal bersama kumpulannya.
Trademark topi keledar corak tembikai hijau yang Lidia pakai tu yang buat saya kenal itu adalah dia. Saya terus berhenti dibahu jalan untuk menegurnya. Bermula dari situlah kami mulai rapat.”kata Jazlan.
Siapa agaknya yang mengorak langkah dulu?
“Dalam masa enam bulan perkenalan dan percintaan, kami banyak meluangkan masa dengan berbasikal santai dan ‘coffee hunt’ kerana Lidia peminat kopi. Kerana sering bersama membuatkan saya terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap seterusnya. Alhamdulillah keputusan saya direstui kedua belah pihak. Segala urusan dipermudahkan walaupun ketika itu kita masih dalam fasa PKP dan banyak SOP perlu dipatuhi.”
Apa yang membuatkan anda tertarik pada pasangan?
“Lidia cantik dan comel. Sikapnya yang happy go lucky dan sporting membuatkan saya terus jatuh hati. Dia juga adalah orang yang selalu menceriakan hari-hari saya dengan telatah dan kasih sayangnya. Dia juga pandai menyesuaikan diri bersama keluarga dan sahabat-sahabat saya sejak dari awal perkenalan sehinggalah sekarang. Satu lagi, Lidia juga meminati irama lagu rock 90an dan dia adalah ‘cikgu’ saya kalau saya salah lirik!” kata Jazlan.
Bagi Lidia pula, kesungguhan suaminya untuk menjadikan dia isteri sudah cukup menjadikan itu satu tarikan utama.
“Bagi saya, Jaz adalah lelaki yang sangat gentleman dan stylo. Semua perbuatannya adalah ikhlas. Sangat penyayang dan menghormati semua orang yang lebih berusia darinya. Dia juga melayani keluarga dan sahabat-sahabat saya dengan sangat baik. Manja pun ya juga!”
Pasangan yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata, Aliya, 3 bulan, ini masih tetap aktif berbasikal. Selepas kahwin rutin berbasikal sedikit berbeza namun masih menyeronokkan.
“Sebelum kahwin, kami berkayuh dengan geng-geng. Tapi bila dah kahwin, kami lebih teruja dan seronok kerana dapat kayuh bersama tidak mengira masa dan dimana sahaja. Ada masanya kami hanya kayuh berdua sahaja. Sahabat – sahabat dia adalah sahabat – sahabat saya juga.
Yang syoknya, sebelum ini bergambar dengan basikal, tapi sekarang dah ada partner di sebelah. Persedian sebelum berkayuh pun dah berbeza. Sebagai suami, kenalah pastikan segala kelengkapan termasuk memastikan basikal isteri dalam keadaan baik dan susun atur basikal di dalam kereta.
Dan Lidia pula, sebagai isteri biasanya dia akan sediakan bekalan makanan dan minuman, pakaian yang siap digosok untuk dipakai ketika kayuhan. Inilah kami…”
“Buat masa ni, kami masih belum dapat membuat kayuhan berdua untuk jarak yang jauh. Kebanyakkan kayuhan kami berkonsepkan kayuhan santai antara 30km ke 40km sahaja. Kami sempat menyertai kayuhan sambil berkelah bersama sahabat-sahabat lain dari Kapar ke Pantai Remis Jeram, Selangor dalam 40km sebelum Lidia hamil.”
Masih banyak lagi destinasi yang belum diterokai pasangan Jazlan dan Lidia. Namun, mereka menyimpan hasrat untuk menakluki Singapura, Pantai Merdeka dan Pantai Timur untuk destinasi kayuhan santai seterusnya atau lebih dikenali sebagai kayuhan pelancongan sambil bercuti.
“Kami pun berhasrat nak bawa anak kami, Aliya, untuk bersama-sama kami mengayuh. Bukan itu sahaja, saya juga bercadang untuk mempelbagaikan lagi content menarik dalam Youtube Geng Basikal Lipat. Yang penting, bila suami isteri ada hobi yang sama, inilah tip yang kami nak kongsikan…
- Keizinan dari suami/isteri adalah sangat penting dari segi apa sekalipun.
2. Jadikan sahabat-sahabat basikal pasangan kita sebagai sahabat kita juga.
3. Membahagikan masa sebaiknya antara hobi, anak dan keluarga.
4. Sentiasa memberikan galakkan yang positif kepada suami/isteri.
5. Membatasi pergaulan antara satu sama lain ketika berbasikal di dalam kumpulan.
6. Mengekalkan hubungan mesra rumahtangga dengan memanfaatkan masa diluar ketika berbasikal sebagai hobi dan senaman dalam merpatkan hubungan kekeluargaan.
KELEBIHAN KONGSI HOBI BERSAMA ISTERI
- Dapat memanfaatkan masa hujung minggu kami bersama-sama
- Berkongsi idea dan pendapat atau cadangan dari basikal lipat
- Saling mengenali sahabat-sahabat sehobi yang sama
- Mencipta dan mengabadikan kenangan bersama.
- Nak pergi jalan-jalan di bandar-bandar sesak, kami kayuh basikal je senang. Jimat segalanya.