
Perpisahan itu adakalanya menyakitkan hati dan kadang sehingga bermain di jiwa. Tetapi kita yang mampu berfikiran waras ini, percayalah ada ketika perpisahan itu ialah jalan terbaik untukmu mendapatkan yang lebih baik kerana kadang-kadang yang baik memang Allah hadirkan tapi bukan untuk kamu pilih, tapi sebagai pengingat bahawa kamu berhak mendapatkan yang lebih baik.
Jangan Sesali Perpisahan, Meski Dia Baik Menurutmu Tapi Belum Tentu Baik Untuk Hidupmu nanti

Jangan sesekali menangisi perpisahan yang telah Allah tuliskan untukmu, meski dia baik menurutmu tapi belum tentu dia akan baik untuk hidupmu nanti.
Sebab, hanya Allah yang tahu apa yang memang baik untukmu nanti, maka bila Allah jauhkan itu ertinya tidak baik untukmu.
Pasrah sajalah kepada Allah tentang perpisahan yang kamu alami, meski sangat menyakitkan hati percayalah selepas ini akan ada kebaikan yang akan kamu terima.
Berhusnuddzanlah kepada Allah, mungkin inilah jalan agar kamu akan menemui jodohmu yang lebih sempurna suatu saat nanti dan apa pun yang berlaku, terimalah dengan lapang dan pasrah dengan keputusan Allah.
Tidak Ada Rumah Tangga Sempurna, Kerana Setiap Rumah Tangga Memiliki Ujian Masing-Masing

Jika saat ini rumah tanggamu bermasalah, jangan menyesal dengan pilihanmu walaupun keslahan itu datangnya dari dia sendiri.
Apapun masalahmu cukup kamu sahaja yang tahu. Percayalah, bahawa memang tidak ada rumah tangga yang sempurna, kerana setiap rumah tangga tentu memiliki ujiannya masing-masing.
Oleh itu, bersabarlah, jangan terlalu mengikut emosi dalam keadaan yang membawamu kepada masalah yang besar. Hadapilah dengan lapang dada dan mintalah solusinya kepada Allah.
Ada yang Mendapatkan Isteri Baik, Tapi Suami Bermasalah
Apakah kamu tahu, kehidupan rumah tangga itu kadang, ada yang sudah mendapat isteri baik, memberi perhatian, setia, dan sangat bertanggung jawab menunaikan tugas-tugasnya sebagai isteri, tapi masalahnya ada pada suaminya yang bermasalah.
Ada juga yang suaminya tidak bermasalah, tapi dia tidak taat kepada Allah, dia selalu melampau batas-batas yang telah Allah gariskan.
Ada yang Mendapatkan Suami Baik, Tapi Isteri yang Bermasalah
Ada yang sudah mempunyai suami baik, berakhlak mulia, beragama , memiliki pekerjaan yang bagus, bertanggung jawab, setia, dan memberi perhatian kepada keluarga.
Tetapi Allah uji dengan keadaan isteri yang ego, tidak pandai menjaga kehormatan, dan bahkan tidak diatur dengan baik, sentiasa marah-marah dan tidak mendengar cakap suami.
Ada yang Suami Isteri Baik, Tapi Kadang Mertua yang Bermasalah
Ada yang suami dan isteri sudah sempurna, keduanya sama-sama baik, sama-sama taat kepada Allah, sama-sama setia, sama-sama bertanggung jawab, sampai orang lain pun tidak nampak masalah mereka
Tapi Allah kadang mengujinya dengan mertua yang kurang baik, masalahnya Allah datangkan dari mertua yang kadang ego dan suka-suka membuat cerita mengenai menantu.
Ada yang Suami Isteri Baik, Mertua Juga Baik, Tapi Ipar yang Bermasalah
Ada yang sudah baik antara suami isteri, mertuanya juga sama-sama baik, tetapi Allah mengujinya ipar yang kadang selalu mencari masalah sesama ipar duai.
Ada yang Semuanya Sudah Baik, Tapi Masalahnya Masih Menantikan Kehadiran Seorang Anak
Jadi intinya, semua rumah tangga itu memiliki masalahnya masing-masing, tidak ada yang tidak dihinggapi sebuah masalah, kerana masalah ibarat sebuah bumbu agar rumah tangga yang dibina bisa semakin dewasa dan baik.
Cari Jodoh Bukan Pada Harta Seorang Lelaki, Tapi Pada Nilai Tanggungjawabnya

“Syurga anak, ada di tapak kaki saya, dan syurga saya ada pada abang. Syurga abang pula dekat mana?”
Tak pelik kalau ada suami bergaduh dengan isteri apabila ditanya dengan soalan seperti di atas. Isu yang pada awalnya bermula dengan sesi soal jawab boleh bertukar menjadi sesi bertikam lidah dan seterusnya adegan tampar-menampar.Ini kerana kebanyakkan kita mudah tersinggung apabila isu dosa dan pahala dimainkan. Lebih-lebih lagi kalau ianya berkait rapat dengan soal tanggungjawab lelaki sebagai suami.
Jadi, untuk kesedaran bersama, apa kata anda baca perkongsian daripada Nurul Hallawati di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas di mana terletaknya syurga seorang suami.
.
Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat-sangat memberkas di hati. Tak sedar bergenang air mata saat mendengar tazkirahnya.
Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz. Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya. Lalu Syurga suami itu dimana pula?
“Pada ibunya.” saya menjawab.
Ustaz menggeleng sambil tersenyum.
“Syurga seorang suami itu pada tanggungjawabnya.” kata ustaz.
Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.
“Suami itu syuganya pada tanggungjawab yang ada di bahunya. Sediakan nafkah zahir dan batin. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah-murah, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk isteri dan anak-anak.” sambung ustaz lagi.
Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, haram suami itu tinggal di dalamnya.
Jika isteri yang membayar bil eletrik rumah, haram cahaya itu untuk suaminya.
Jika isteri yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya.
Kecuali, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu syurganya itu.
Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.
Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami.
.
Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan. Maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai ketua keluarga yang selayaknya.Maka kepada semua lelaki, sebelum memasang angan untuk menikah, atau pun kini sudah menikah, ingatlah tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak.
Ada sesetengah lelaki yang saya pernah dengar dan jumpa, yang mencari calon-calon isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan untuk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang. Sedih dengar.
Buat wanita-wanita, cari jodoh bukan pada harta seorang lelaki, tapi pada nilai tanggungjawabnya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya padamu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya.
Itulah suami dan lelaki terbaik sebagai sandaran untuk syurgamu.
gambar sekadar hiasan
Kahwin Bukan Untuk Seronok-Seronok, Baca Pesanan Penting Ini Buat Bakal Suami!

Keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Ini pesanan buat ketua rumah tangga, dan imam buat keluarga oleh Pahrol Mohamad Juoi.
Sebuah rumah tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.
Rasulullah SAW berpesan terus kepada suami: ”sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin) yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.
PENUHI 4 KEPERLUAN ISTERI
Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya.
Pertama- keperluan fizikal dan material, seperti soal makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan sakit demam isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selagi keperluan ini dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun mungkin ada kelemahan dalam memenuhi keperluan-keperluan yang lain.
Kedua- keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu fardu Ain. Soal taharah, wuduk, solat dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain elemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengamalan nilai-nilai mulia pada diri (adab & akhlak).
Ketiga – keperluan emosi. Seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya. Untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendengar yang baik pada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang baik ialah seorang pendengar yang baik.
Keempat- keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan seksual, tetapi keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan pun. Apa yang dipentingkan hanyalah keperluan fizikal dan akal semata-mata.
Islam juga sangat mementingkan persoalan ini berdasarkan perintah Allah dalam Al Quran:“Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada azab api neraka.”
Ada suami yang bertungkus lumus memenuhi keperluan fizikal dan akal isteri dengan anggapan mereka sudah pun menjalankan tugas suami dengan baik, sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah suami yang baik kerana mengabaikan keperluan emosi dan hati isteri. Sebab itulah tidak hairan jika kita dapati ramai isteri yang tertekan emosi dan terdera jiwanya kerana rohani mereka kosong, tidak pernah terisi.
KAHWIN BUKAN UNTUK SERONOK
Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga.
Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.
Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.
Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!
Sumber : JK PEKA IKRAM