Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan.

Namun begitu seramnya waktu bertunang ini, buat anda yang bakal melangsungkannya di musim PKPP/PKPB ini pastikan majlis anda lancar dan kekal SOP yang ditetapkan. Baiklah kami kongsikan di antara persediaan ringkas bertunang buat pembaca Pesona Pengantin.

Persediaan Bertunang Mood PKPB/PKPP. Masih Meriah Tapi Perlu Sederhana
.

1. Tarikh, Waktu & Lokasi

Sama seperti persiapan perkahwinan, bertunang perlukan masa, tarikh dan tempat yang sesuai. Sebab nak siapkan hantaran tu bukan senang apatah lagi yang nak buat majlis dekat dewan. Tapi, lagi mudah bila korang buat majlis simple dekat rumah dan invite keluarga juga sahabat yang rapat. Bak kata orang, tunang tak perlu dihebohkan.

2. Pelamin Mini

Sekarang ni, bertunang pun ada pelamin. Tapi, terpulanglah kepada korang nak atau tak. Sebenarnya, tak salah nak spend untuk pelamin mini ketika majlis pertunangan sebab bertunang pun moment yang bersejarah untuk diabadikan. Nak mudah dan jimat, DIY je sendiri pelamin mini idaman korang.

Apa pun, pastikan pelamin mini korang dihias secara simple dan tak terlalu kontra dengan baju tunang korang nanti ye. Barulah cun!

“Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan bagi membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.”

Persediaan Bertunang Mood PKPB/PKPP. Masih Meriah Tapi Perlu Sederhana
.

3. Hantaran

Benda wajib yang perlu ada dalam checklist korang! Kena pastikan jumlah pemberian dan tukaran dulang hantaran adalah seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Biasanya jumlah dulang perempuan adalah 7 dan dibalas oleh pihak lelaki sebanyak 5 dulang.

4. Warna Tema

Pemilihan warna tema pada hantaran, pelamin mini dan busana bertunang adalah perkara yang perlu dititik beratkan kerana akan memberikan impak positif kepada pasangan bertunang dan juga tetamu yang datang. So, jangan ambil mudah pasal benda ni kalau tak nak mood korang down bila majlis nanti tak macam apa yang korang rancang.

5. Bincang Jumlah Wang Hantaran & Mas Kahwin Lebih Awal

Jumlah wang hantaran dan juga mas kahwin adalah berbeza di setiap negeri. Selalunya hal yang berkaitan dengan wang hantaran ini sudah dibincangkan awal oleh pasangan yang bakal bertunang sebelum diutarakan lagi di majlis pertunangan nanti. Jangan pulak ada yang bergaduh mulut sebab hantaran tinggi pulak tau!

6. Solekan & Jurugambar

Pemilihan jurusolek dan jurugambar haruslah dibuat dengan betul supaya make up dan gambar korang nanti on point dan cantik untuk simpan di dalam album gambar. Kalau nak lagi gah, hirelah make up artis!

7. Jamuan Makan

Kalau majlis tunang di buat secara besar-besaran, disarankan untuk mengambil katering. Tapi, kalau sekadar kecil-kecilan ketika musim PKP ini sebaiknya makanan untuk tetamu dimasak sendiri oleh tuan rumah secara rewang. Terpulang kepada bajet yang ada dan jangan terlebih bajet macam buat majlis kahwin pulak.
Persediaan Bertunang Mood PKPB/PKPP. Masih Meriah Tapi Perlu Sederhana
.

8. Wakil Keluarga
Mungkin ramai yang terlepas pandang hal yang satu ni. Untuk pengetahuan korang, pemilihan wakil keluarga yang berpengalaman dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik adalah penting supaya perbincangan berjalan dengan lancar dan tak hambar.

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI