Hubungan

Pertemuan Dengan Seseorang Mungkin Hanya Untuk Menyedarkan Diri Kita

Share

Apabila kita fikir tentang jodoh, kita akan anggap yang jodoh itu berkekalan, selama-lamanya, akan tetapi, kadang-kadang ianya tidak berlaku sedemikian. Ianya tak semestinya berkekalan.

Mungkin ‘seseorang’ yang kita rasakan dia jodoh kita itu cuma hadir untuk mengajarkan sesuatu kepada kita kemudian pergi meninggalkan kita. Maka, yang kekal bukanlah dirinya, yang kekal itu ialah apa yang diajarkan dia kepada kita.

gambar sekadar hiasan

Jika kita belajar akan kekecewaan ketika bersamanya, maka kekecewaan itu kekal dalam diri kita.

Jika kita belajar akan kebahagiaan ketika bersamanya, maka kebahagiaan itu kekal dalam diri kita.

Jadi, kita belum pasti apa yang akan kita belajar dari pasangan kita, mgkin hari ini dia ajarkan kita bahagia, dia ajarkan kita gembira, esok lusa, mgkin dia beri kita kecewa, dia beri kita luka, dia buat kita menangis derita.

gambar sekadar hiasan

Kita takkan pernah tahu sebab manusia itu akan berubah.

Walau apa pun yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku, bersabarlah dengan apa yang kita benci dan bersabarlah juga dengan apa yang kita suka.

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

 

 

 

 

 

Kredit : Firdaus shakirin

IKLAN