Foto: Pretty Peektures (@prettypeektures)

Perkenalan selama tiga tahun ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Moscow, Russia dalam bidang perubatan menyatukan pasangan Muhammad Hanif Zamri dan Alia Zafira Zaferi.

“Kami bertemu pada pertengahan tahun 2014, pada musim bunga. Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan Hanif 23 tahun. Saya sedang berada dalam tahun pertama, semester kedua, dia pula sedang dalam tahun kelima, semester ke-10. Hanif merupakan kapten pasukan frisbee yang mewakili universiti kami. Hanif pertama kali mengajak saya untuk menyokong pasukan universiti kami di dalam sebuah temasya sukan yang diadakan pada setiap tahun. Dia mesej saya melalui Instant Messenger di Facebook. Habis satu dorm menjerit kegembiraan,”cerita Alia.

Selepas tamat posting kelima sebagai seorang “houseman”, Hanif bercadang untuk bertemu kedua ibu bapa Alia untuk berbincang dengan lebih serius tentang hubungan kami. Akhirnya tali pertunangan diikat pada 5.8.2017.

Pertemuan Di Moscow Akhirnya Menyatukan Pasangan Ini

”Hanif tidak melamar saya secara romantis seperti di dalam filem, tetapi dia terus berjumpa dengan kedua ibubapa saya untuk mendapat restu mereka.Perasaan ketika itu amat terharu dan sangat bertuah kerana lelaki idaman saya akhirnya memutuskan untuk memilih saya sebagai teman seumur hidupnya,” ujar Alia.

IKLAN

Hanif merupakan seorang lelaki yang bijak. Bukan sahaja dari segi pelajaran, malah bijak dalam aspek kehidupan, secara umum. Alia kagum dengan kebolehannya yang menyeluruh. He’s definitely one of those guys whom we would call an “all-rounder”.

Pernikahan dan resepsi

Pertemuan Di Moscow Akhirnya Menyatukan Pasangan Ini

Tarikh yang dipilih merupakan salah satu daripada tarikh yang cantik pada tahun 2018 (11.8.18). Tidak ada alasan lagi untuk Hanif terlupa tarikh perkahwinan kami pada masa hadapan.

IKLAN

Tema pernikahan”Spring Garden” menjadi pilihan. Sekeluarga memilih tema berwarna putih dan emas kerana ia melambangkan kesucian dengan sedikit elemen elegan. Hasil dekorasi Adi Putra Decor begitu mengagumkan.

“Winter Wonderland”. pula menjadi tema resepsi. I felt like a princess walking down the aisle with my prince charming and all eyes were on us.Warna biru muda menjadi pilihan kerana ia melambangkan kelembutan dan juga musim sejuk.

”Tema ini menjadi pilihan kerana kami berjumpa pertama kali di bumi Rusia. Rusia terkenal dengan musim salji yang sangat sejuk.Untuk menunjukkan dan menampilkan elemen bumi Rusia, kami memilih untuk mengadakan “Winter Wedding” di mana semua dekorasi adalah berunsur salji. Saya memilih Adi Putra Decor untuk menghiasi pelamin kami kerana saya percaya akan kebolehan Adi dan Azman sebagai “wedding decorator” yang terkenal. Mereka pernah menghiasi pelamin Shila Amzah.

Pertemuan Di Moscow Akhirnya Menyatukan Pasangan Ini

IKLAN

Pereka baju Kashfi Zulkufli menjadi pilihan Alia. Dia merupakan pereka busana yang sangat berkarisma dan berdedikasi. Pertama kali menunjukkan inspirasi busana idaman kepadanya, dia tanpa berlengah terus mengerah idea dan tidak putus-putus memikirkan tentang rekaan busana yang dimpikan. Encik Kashfi dan pembantunya sangat mesra dan tidak lelah melayan karenah Alia dan mama.

Yna Sakinah merias Alia di hari persandingan kerana sentuhannya sangat minimalis, tidak keterlaluan tetapi “flawless”.

Alia sempat berkongsi cabaran beberapa hari sebelum hari nikah. Hanif dilarang oleh ibunya untuk bertemu Alia sehari sebelum bernikah. Hanif merupakan seorang “Medical Officer” di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Oleh hal yang demikian, Hanif tidak kerap pulang ke Semenanjung. Hanif cuma pulang pada 9.8.2018, dua hari sebelum pernikahan.

“Perancang perkahwinan saya telah menetapkan 10.8.2018 sebagai hari “full rehearsal” kami. Tanpa berfikir, saya dan Hanif bersetuju. Namun pada hari tersebut, ibunya telah melarang Hanif untuk keluar dari rumah. Katanya pantang orang tua, bakal suami tak sepatutnya berjumpa dengan bakal isteri sehari sebelum hari pernikahan. Kami cuba memujuk ibunya tapi tidak berhasil. Saya sempat juga menyuruh ibu saya memujuk ibunya, juga tanpa hasil. Akhirnya kami mengadakan rehearsal tanpa Hanif. Rasa kelakar pula bila rehearsal tapi bakal pengantin lelaki tiada.  Disebabkan dek pantang larang orang tua, kami terpaksa mengadakan lagi satu rehearsal pada malam pernikahan kami (11.8.2018). Walaupun penat melayan tetamu, Hanif masih lagi “sporting” dan melayan karenah saya dan perancang perkahwinan,”cerita Alia.

Menurut Alia, hantaran yang paling istimewa adalah bekas cincin yang dibeli dari Moscow. Ia merupakan sebuah replika “Fabergé egg” yang direka khas untuk Empress Maria Fedorovna, isteri kepada Alexander III. Bagi Alia, ia merupakan sebuah simbol perkenalan kami di bandar Moscow.

Harapan kedua agar dapat menempuhi cabaran hidup bersama sebagai suami dan isteri sampai bila-bila. Memandangkan keduanya bekerja sebagai doktor, pasti bakal menempuhi pelbagai dugaan pada masa hadapan.

Akui Alia masih belum sempat berbulan madu kerana harus pulang ke Moscow untuk menyambung tahun akhir pelajaran. Cadangan berbulan madu ialah ke Iceland.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI