Pertunangan menjadi sebati dalam adat istiadat masyarakat Melayu. Jarang ditemui pasangan yang berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

Selain masyarakat Melayu, kaum Cina, India dan bangsa-bangsa lain di bumi ini turut mengamalkannya.

Islam memandang pertunangan itu sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat yang besar iaitu berkahwin tetapi ia tidak menjadi syarat sah sebuah perkahwinan. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam isu berkenaan. Baginda telah bertunang dengan Saidatina Aishah dan Saidatina Hafsah. Menerusi ikutan ini, maka pertunangan ialah satu perkara yang sunat di sisi Islam.

Galakan dalam Islam bagi mengadakan pertunangan adalah untuk saling mengenali tabiat dan akhlak pasangan sebelum perlangsungan akad nikah.

Dengan itu juga, ia dapat mempersiapkan diri pasangan untuk meneruskan tujuan murni yang utama iaitu kahwin. Ia dapat menguat dan mengekalkan hubungan cinta di alam rumah tangga yang bakal ditempuhi.

Sabda Nabi Muhammad SAW kepada seorang sahabat yang ingin bertunang: Lihatlah wanita tersebut, sesungguhnya ia sangat baik bagi mengeratkan hubungan di antara kamu berdua.(Riwayat Ibnu Majah, hadis sahih)

Ads

Dalam adat istiadat orang Melayu, beberapa proses perlu dilalui bermula dengan berbisik-bisik, merisik, meminang dan pemberian cincin belah rotan. Perkara adat seperti ini, selagi ia dilakukan tanpa melanggar hukum syarak, maka ia boleh dilaksanakan.

Adat berbisik-bisik dan merisik bersesuaian dengan ajaran Islam kerana ia dapat mengelak daripada bertunang dengan kepunyaan orang sama ada yang sudah berkahwin, dalam idah atau bertunang dengan orang lain dan sangat ditegah. Sabda Nabi Muhammad SAW: �Janganlah seseorang meminang di atas pinangan orang lain.� (Riwayat al-Bukhari).

Dalam adat bertunang juga, seseorang yang hendak bertunang boleh meminta nasihat daripada orang lain mengenai bakal tunangnya.

Ads

Cara ini berlaku, apabila Fatimah Qais meminta nasihat daripada Rasulullah SAW tentang bakal tunangnya iaitu Abu Jahm dan Muawiyah (Riwayat Muslim)

Adapun membuat majlis pertunangan merupakan satu adat yang mengandungi acara kenduri dan berkompang, ia tidak menyalahi hukum syarak. Bagaimanapun, merahsiakan pertunangan itu lebih baik mengikut sesetengah pandangan ulama.

Menurut mereka, perkara tersebut ditakuti kerana ada hasad dengki yang ingin memutuskan hubungan pasangan yang bertunang. Sabda nabi SAW: �Bantulah untuk menjayakan hajat-hajat kamu dengan menyembunyikan kerana setiap nikmat itu ada yang didengki.� (Riwayat al-Tabrani, hadis sahih)

Ads

Pertunangan Untuk Pasangan Saling Mengenali Tabiat Dan Akhlak Pasangan Sebelum Akad Nikah

Pertunangan yang berlangsung sepatutnya dibuat dalam bentuk sederhana, tidak membebankan dengan menyediakan hadiah-hadiah dan hidangan kenduri.

Terimalah bakal pasangan yang berpegang dengan agama terlebih dahulu sebelum mengira aspek-aspek yang lain dan janganlah pula menyakiti hatinya jika tidak menyukai.

Tempoh pertunangan dan bayaran mahar yang dipersetujui sebaik-baiknya bersesuaian bagi pasangan tersebut, tidaklah salah seseorang itu tertunggu-tunggu dan terbeban dengan wang.

Dalam tempoh pertunangan juga, menjaga batasan-batasan agama dengan tidak duduk berkhalwat dan berbicara dalam telefon atau sebagainya seperti saling bermesej tentang asmara adalah perkara yang perlu dielakkan oleh setiap pasangan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI