Kau tahu kan macamana seksanya putus cinta tu. Kadang-kadang buat orang yang tak boleh kawal tu sampai boleh hampir bertindak di luar jangkauan. Lelaki ni kongsi, kalau kau dah rapat dengan seseorang tu, janganlah buka harapan pada orang lain.
“Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde nak buat macam mana.”
“Kalau ada jodoh kita ada la. Tapi kalau awak berjumpa dengan orang yang lebih baik, silakan.”
.
.
Tak baik kau cakap macam ni kalau dah lama berkawan dengan anak dara orang.
Selama berkawan tu dah banyak kau tabur janji. Kau bawa dia pergi sana sini. Bergayut kat fon tiap-tiap malam. Tu belum termasuk dengan video call lah, duk mesej kata rindu-rindu, duk panggil sayang-sayang bagai.
Kau asyik bagi hadiah, ucap selamat pagi, hari-hari mesej, tanya dah makan ke belum lepastu kau panggil dia baby la, anje la, memang la dia fikir kau special daripada kawan lelaki dia yang lain.
IKLAN
Dalam diam dia mula menaruh perasaan dan harapan. Tetapi akhirnya harapan hanya tinggal harapan.
Betul kau tak tahu siapa jodoh kau. Tapi, sekurang-kurangnya kau tunjukkanlah kesungguhan dan usaha kau untuk menghalalkan hubungan tu. Selebihnya biar Allah tentukan.
Ini tak. Bila makwe kau tanya bila kita nak kahwin, bila nak jumpa mak ayah dia, kau bagi macam-macam alasan. Kau cakap kita nie belum tentu ada jodoh. Dah tu kenapa kau sibuk nak ada hubungan yang serius dengan dia?
IKLAN
Sebab perangai kau macam ni lah asyik kena label Men Are Trash je nanti. Pesen memberi harapan palsu.
***
Kalau kau nak test market sekali pun, janganlah sampai beri harapan terlalu tinggi. Kesian la kat dia. Dia dah sedia nak terima kau, akhirnya kau kata kau dah berpunya. Bangang apa perangai macam tu.
IKLAN
Kau tengah cari calon bini pun, kalau dah rapat dengan seseorang tu, janganlah buka harapan lain ataupun cari calon lain lagi la. Acah-acah playboy konon. Duit dalam bank pun takde.
Bukan lelaki je perangai macam ni. Perempuan pun ada yang acah-acah suka kat kau. Lepas kau serius nak ajak dengan kahwin dia kata, “saya tak ready lagi”. Datang pakwe naik HRV kerja pilot ke doktor ke, jurutera ke, terus ready nak kahwin.
Jadi, kau jangan la cepat perasan dia nak kat kau selagi dia tak confess ye. Nanti kau juga yang derita dalam dunia percintaan. Kah!
Salah faham, pergaduhan itu mesti akan berlaku dan akan dilalui oleh setiap manusia. Kita bergaul dengan ramai orang. Begitu juga dalam alam rumah tangga. Bukan semuanya manis belaka. Ada pahitnya juga.
Namun, ia terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita mengawal keadaan ketika sedang marah. Sememangnya tidak salah memberi pendapat tetapi biarlah dengan betul. Ikut langkah ini untuk pulihkan kembali hubungan anda dan pasangan. Moga berjaya!
1) Cari apa yang tidak kena
Kenal pasti kesalahan yang anda atau pasangan lakukan untuk pastikan agar semuanya tidak berulang kembali.
2) Mengaku kesalahan
Kejujuran adalah sangat penting dalam perhubungan. Seeloknya mengakulah kesalahan yang telah anda buat walapun kecil.
3) Bagi ruang
Bagi ruang untuk dia berfikir dan tenangkan fikirannya terlebih dahulu. Nanti kalau dia rindu, dia pasti akan hubungi anda.
4) Jangan memaksa
Jangan mendesak pasangan anda untuk berterus terang. Sebaiknya tunggu sehingga dia betul-betul bersedia untuk menceritakan segalanya pada anda.
5) Jaga bahasa
Jika ada salah faham, janganlah terkeluar bahasa yang kurang enak didengar. Takut nanti akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda.
Saya telah lama hidup berpoligami. Tak usahlah saya buka cerita lama tersebut, sudah makan hati berulam jantung. Sehingga kini saya rasa tersinggung tetapi kerana saya memang sudah tidak ada tempat bergantung yang lain, saya terpaksa akur. Kawan saya kini mengalami perkara yang sama. Suami dia ingin berpoligami. Menurutnya, oleh sebab memang sudah ada undang-undang baru di Selangor, izin isteri adalah perlu dan wajib. Masa suami saya kahwin dulu dia tak ada pun minta izin saya. Betul ke ada undang-undang baru di Selangor yang suami kena minta izin isteri?
Suhaida Amin,
Kuala Lumpur.
Jawapan:
Terdapat dua ayat al-Quran yang membincangkan isu poligami. Surah Al-Nisa’, ayat 3 menyatakan:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (Antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya;
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).”
Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim. Tetapi poligami yang berlaku sekarang kebanyakannya adalah tidak menurut asas ini.
Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harus mengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah dengan membawa dua orang saksi lelaki. Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.
Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkan kebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada telah diperoleh.
Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagi suami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.
Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggil suami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.
Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada di dalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapat nafkah secukupnya.
Adalah wajar bagi mahkamah untuk memanggil isteri sedia ada bagi memberi keterangan terhadap permohonan poligami suaminya. Ini kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun bersama suaminya dan dia lebih arif terhadap prilaku suami daripada orang lain. Tentu sekali sekiranya suami adalah seorang yang suka mendera, menipu atau berbohong dia tidak layak untuk berpoligami.
Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada. Suami yang mahu berpoligami haruslah tidak menganggu nafkah keluarga sedia ada.
Dalam kes Rajmah Lwn Abdul Wahab (1990) 7 JH 171, Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak permohonan poligami kerana suami telah gagal untuk membuktikan kemampuan kewangannya untuk berpoligami.
Sememangnya terdapat kes di mana suami tidak memberitahu isteri sedia ada mengenai permohonan poligaminya. Sekiranya suami berkahwin di luar negara maka dia hanya perlu mendaftarkan perkahwinan poligami tersebut.
Proses pengesahan adalah berlainan dari perbicaraan poligami dan isteri sedia ada tidak perlu dipanggil untuk hadir.
Juga sekiranya suami berkahwin di negeri lain dari tempat dia tinggal, contohnya sekiranya dia menetap di Selangor dan memohon untuk berkahwin di Perlis. Undang-undang Syariah di Malaysia adalah berdasarkan tempat dan bermakna keperluan syarat yang ada di Selangor adalah tidak terpakai di Perlis. Oleh itu, isteri sedia ada tidak perlu dipanggil.
Justeru adalah perlu bagi keseragaman undang-undang syariah di Malaysia, bersamaan dengan undang-undang sivil. Apalagi kita merupakan satu Negara dan oleh itu tidak perlu adanya berlainan undang-undang syariah di setiap negeri. ia juga memudahkan masyarakat Islam kita.
Dengan ekonomi yang sekarang anda perlu bijak menggunakan duit dan menyimpannya sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi buat bakal pengantin. Banyak persiapan yang perlu dilakukan dan semua itu perlu menggunakan duit.
Untuk lelaki anda harus lebih bijak mengatur percaturan anda kerana anda lah yang akan bertanggungjawab menampung keperluan keluarga anda seperti rumah, makanan, perbelanjaan, dan sebagainya.
Rumah adalah paling penting sekali kerana disitulah tempat anda sekeluarga berteduh. Banyak sebenarnya kelebihan lelaki yang beli rumah awal ni. Jom tengok!
1. Dilihat bijak mengurus wang
wang contoh
Lelaki yang membeli rumah awal mereka dilihat lebih pandai mengurus wang kerana mereka berhabis untuk aset yang sangat penting dan berguna untuk masa hadapan.
2. Ada wawasan pelaburan yang baik
Mereka juga dilihat mempunyai plan pelaburan yang baik kerana melabur kepada pembelian rumah.
3. Faham keperluan dan kehendak
Lelaki seperti ini tahu apa itu keperluan dan kehendak, mereka tidak membazir kepada perkara yang tidak berfaedah, malah mereka berfikir apa akan berlaku kemudian.
4. Lebih seksi dari lelaki lain
Ya, mereka kelihatan lebih seksi daripada lelaki yang menghabiskan duit kepada benda yang tidak berfaedah. Kerana mereka berfikiran kedepan.
5. Dambaan wanita
Wanita mana yang tidak suka apabila bakal suami mereka bertungkus-lumus untuk membeli rumah demi keselasaan bersama kelak. Kerana itu adalah aset yang paling bernilai. Lelaki seperti ini lebih bekerja keras dan menjadi dambaan wanita.
6. Boleh jadikan hantaran kahwin
Dah beli rumah bolehlah dijadikan sebagai hantaran. Bukan apa takdelah membazir beli benda lain. Lebih baik bina keluarga anda dengan kediaman yang diberi.
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.