Pesan Yana Samsudin, kalau nak rumahtangga bahagia, suami isteri kena jaga beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang.
Nah, inilah 8 resepi yang Yana nak kongsi. Agak-agak nak lupa, baca post ini berkali-kali ya!
Pesan Yana Samsudin Kalau Nak Rumahtangga Bahagia, Jaga 8 Perkara Ini
Wajib guna diplomasi dan demokrasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.
1-Sentiasa solat berjemaah.
Kau akan faham apa maksud aku ni. Lepas solat, kongsilah doa korang bersama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam , belajar lah sama sama sempurnakan sehari demi sehari.
Cantum kan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang korang minta pada Allah hal dunia & akhirat. Lepas solat, salam cium tangan dan peluk lah pasangan masing masing.. kalau masih nak jaga wuduk, salam lapik pun boleh.
Ads
2-Syura
Nak dapat kan persetujuan mesti ada syura /mesyurat. Di galakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak2 & banyak lagi.
3- Tanggungjawab suami dan isteri.
Kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya hal nafkah atau hal hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.
4- Merajuk jangan lama lama.
Jangan biar lama lama dan cepat lah peluk pasangan jika merajuk.. pastu tanya lah kenapa terasa. Tanya je pun bukan kena bayar pun…. haaa gitew..
Yang merajuk, bagitau je terus terang apa yang di rasa, simpan2 buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran & perasaan sendiri pun kadang2 confuse lagi lah nak faham orang lain dalam masa yang singkat. Takda makna nyaaa dik oiiiii..
Ads
Pastu bila dah bagitau merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambik luahan tu dan perbetul kan keadaan pastu jangan le buat lagi.. kalau berulang ulang benda sama , siapa pun akan menyirap. Say sorry… say sorry .. say sorry!!! Its ok! Saling maaf memaafi…
5- Sentiasa alert perubahan pasangan masing masing.
Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena adapt sebab baru hidup bersama.
6- Sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan.
Masing masing mesti ada perasaan ini. Jangn sebelah pihak je . Berebut lah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.
Nampak suami tercari cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat2 lah bantu angkat dulu. Kalau boleh berebut antara satu sama lain nak bantu .. fuhhh tu lagi sweet. Alaa ala nak ambik barang dua dua capai, maka terpegang lah tangan pasangan haaa gitewwww hahahah.
Ads
Paling penting!!! Suami lah buang sampah kat rumah tu.. orang lelaki ni kudrat kuat. Sampah berat oiiii. Set kan setiap hari jam 11 malam mesti buang sampah masa ni lah check rumah dah kunci ke belum. Cadar tukar berapa hari sekali , siapa buat. Jadual cuci bilik air pun kena ada. Haaa ingat senang nak kawen? Kena ada jadual kebersihan tau…
7- Berlaku Adil pada tempatnya dan sepatutnya.
Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian , kena bercakap lah. Tak kan nak dengar sebelah pihak je kan… mesyuarat nak dapat kan keputusan yang adil. Di persetujui 2 belah pihak.
8- Kebebasan, jangan lah mengongkong sangat.
Suami nak tengok hp pun tak boleh, nak keluar pun tak boleh. Isteri nak ada “me time ” tidur siang sekejap pun tak boleh. Nak terkentut depan pasangan pun tak boleh . Eh semua tak boleh lah… jenuhhhh. Hahahaha.
Haaa… ini lah sebahagian tip yang akak boleh kongsi. Akak pun dapat dari sendiri, mak abah dan gabung pakar pakar psikologi rumah tangga. Guna lah .. elok ni.
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.
Tahniah Aizat dan Elyssa. Selamat melayari bahtera perkahwinan…
Kredit foto: Instagram Aizat Amdan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti yang tidak habis dimakan jangan dibuang. Ada cara bagaimana nak bagi ‘laku’ roti yang kita beli itu.
Marilah kita cuba buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan
Selepas ini tiada lagi roti-roti yang tak habis dimakan dan dibuang. Makan panas-panas dengan kopi ‘O’ terbaiklah!
RESIPI JEMPUT-JEMPUT ROTI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan
4 ulas bawang merah – tumbuk kasar
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa
Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.
2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.
3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.
Jenuh nak tutup jeragat yang ada, nak laser pun kena labur duit yang banyak. Tetapi kalau anda ikut tip yang dikongsikan MUA ini, pasti hasilnya cantik dan puas hati.
Ramai diantara kita gagal menutup cela seperti jeragat dengan baik sebab kurang pandai bersolek dan tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk wajah.
MUA Kongsi Tip Tutup Jeragat Guna Mekap, Pastikan Caranya Betul!
Jangan risau, ini tip yang MUA kongsikan buat anda yang gagal menutup jeragat atau tompok hitam pada wajah walau dah menggunakan concealer paling mahal.
Rawat Kulit Cerahkan Jeragat
Lebih gelap jeragat, lebih payah nak menutupnya dengan mekap. Jadi cuba rawat permukaan kulit yang bermasalah dengan cecair glyclic, salicylic atau lactic acid.
Sapuan ketiga-tiga cairan itu mampu menghakis lapisan kulit paling luar secara lembut -mencerahkan parut dan jeragat pada wajah secara berperingkat.
Anda pasti teruja melihat tiba-tiba jeragat jadi pudar, malah lebih senang menutup cela dengan bedak asas serta concealer dengan rapi.
Sesuaikan Warna Leher Atau Dada
Ramai orang salah teknik apabila mencari concealer yang sama dengan warna jeragat atau parut walhal, cara terbaik untuk menutup jeragat adalah dengan mencari rona foundation atau bedak asas yang sama dengan warna kulit.
Untuk cari warna yang lebih tepat, cuba padankan foundation atau concealer pilihan dengan warna leher atau warna kulit dada kamu.
Guna Jari
Ramai tak tahu sebenarnya menggunakan jari lebih mudah dan sempurna untuk menyapu concealer dengan baik. Ini kerana jari lebih lembut dan haba dari tangan sebenarnya mampu mencairkan produk pada suhu terbaik agar ia melekat pada kulit lebih lama. Tapi kalau tak mahu menggunakan alat, cuba guna BeautyBlender.
Sama dengan menggunakan jari, cuba manfaatkan gerakan menekan kerana parut atau jeragat akan tertutup bila tekan-tekan lembut sama ada menggunakan jari atau BeautyBlender sekalipun.
Cuba guna warna neutral yang memiliki tona panas seperti pic atau oren. Supaya orang tidak terus nampak tompokan jeragat, boleh alihkan perhatian mereka dengan sebarang sapuan cream blush. Ini kerana cream blush mampu membentuk hasil kemerahan pipi yang asli.
Malah warna-warna pemerah pipi yang natural sebegitu sesuai dengan semua jenis tona kulit baik cerah mahupun gelap.
Sekarang dah faham caranya? Jangan lupa, pastikan sapu bedak asas dahulu sebelum sapu concealer. Barulah jeragat tertutup kemas.