
Sembang Mesra ( Intimate conversation) seorang isteri:
Tiada objektif tiada tindakan.
Seperti baling-baling bola ke udara untuk disambut dan dibaling lagi hingga penat.
Akhirnya dia puas asalkan suami tidak rampas bola itu.
Contoh:
Suatu petang sambil bersantai di anjung rumah.
Is: ” Boleh saya potong pendek rambut ni tak?”
Su: ” Potonglah”
Is: ” Sepuluh tahun saya jaga rambut panjang ni tau”
Su: ” Tok sah potong”
Is: ” Dia orang kata rambut pendek ni trendy dan fesyen sekarang”
Su: ” Potonglah”
Is: “Tapi kalau saya potong fesyen berubah pulok?”
Su: “Tok sah potong”
Is: “Kawan-kawan kata saya nampak cantik berambut pendek”
Su: “Potonglah”
Is:” Tapi saya rasa muka saya bulat ni tak sesuailah rambut pendek”
Su:” Tok sah potong”
Is:” Tapi rambut pendek senang nak jaga”
Su: “Potonglah”
Is:” Nanti rugi pulok hiasan bunga kepala tak boleh pakai”
Su:” Tok sah potong”
Is:” Tapi tak salah kalau cuba sekali, nanti rambut tumbuh lain”
Su:” Potonglah”
Is:” Ee lambat kena tunggu sepuluh tahun nak panjang macam ni”
Su:” Tok sah potong”
Is:” Saya nak try juga”
Su: “Potonglah”
Is:”Kalau muka saya tak cantik nanti, macam mana?”
Su:”Tok sah potong”.Is:”Bencilah Abang ni”. Bingkas masuk ke bilik tidur merajuk.
Suami tercengang-cengang. Apa salah aku.
Pesanan kepada suami. Biasanya kehendak isteri hanya mengiyakan sahaja apa yang dia kata. Jangan buat keputusan untuk dia. Dia sendiri pun dah buat keputusannya.
Tujuan dialog dia tu untuk menggambarkan yang dia telah fikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk potong rambutnya agar dia dan suaminya tidak menyesal nanti.
Oleh itu, respon suami sepatutnya begini: ” Iya.. Oooh.. laaa… ye… oo ye ke… gitu…. kisahnya… mmmm… oooo…faham… setuju.. ok.. orait.. huh… ooh ye ke…”
Barulah dia rasa suaminya sangat memahaminya.
Selamat mencuba…. Pak Utih.
Kredit: Pak Utih’s Page
Baca Surah Al-Insyiraah Tujuh Kali Selepas Solat, Nescaya Terlepas Daripadanya Kesusahan

Terjemahan Surah Al-Insyirah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Kelebihan Surah Al Insyirah
1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
–Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Sebelum Kahwin, Lihatlah Dulu Wajah Bakal Pasanganmu, Jangan Terus Terima

Faedah Melihat Calon Pasangan Sebelum Bernikah
Bagi lelaki yang terjatuh hati pada wanita yang menutup wajahnya dengan berpurdah, mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membuat keputusan jika berniat untuk menjadikan wanita itu sebagai peneman hidup.
Tapi jangan risau, jika benar niat di hati untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isteri, Islam membenarkan lelaki untuk melihat calon pasangannya walaupun si gadis itu berpurdah. Lagipun purdah atau niqab ini bukanlah satu perkara yang wajib maka boleh saja minta di bukakan sekejap untuk melihat rupa parasnya.

Apakah sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh dengan cara melihat pasangan sebelum bernikah ini? Jika nak tahu, boleh baca semua info di bawah ini sebagai bantuan dalam menetapkan hati dalam misi pencaraian bakal pasangan. Jom kita mentelaah bersama!
1- Mewujudkan Rasa Cinta
Walaupun belum saling mengenali, sekiranya berpeluang untuk melihat calon pasangan, rasa cinta mungkin dapat diwujudkan di antara lelaki dan wanita yang bakal dikahwinkan. Rasa cinta perlu ada untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dijalinkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin Allah.
2- Membina Keserasian
Untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dibina sentiasa harmoni, keserasian perlu ada di antara pasangan. Jadi dengan melihat dahulu calon pasangan, mungkin dapat membina keserasian dengan diadakan sesi perkenalan di antara lelaki dan wanita tersebut.
3- Mengelakkan Kekecewaan
Selalunya, jika pasangan adalah pilihan ibu bapa, lelaki dan wanita yang akan dinikahkan ini mungkin tak pernah melihat wajah masing-masing. Jadi dengan adanya sesi taaruf atau bertemu, mungkin dapat mengelakkan berlakunya kekecewaan dalam diri masing-masing jika pasangan yang bakal dijodohkan kurang menepati ciri-ciri fizikal dan luaran idaman hati.
4- Mengenali Hati Budi
Melalui proses melihat terlebih dahulu calon pasangan, lelaki dan wanita yang akan bernikah mungkin dapat mengenali serba sedikit hati budi pasangan yang bakal jadi teman sehidup semati. Dengan mengenali hati budi begini, dapatlah membina keserasian dan mewujudkan rasa cinta di antara lelaki dan wanita yang akan dinikahkan.

5- Dapat Berkenalan Dengan Keluarga
Apabila berpeluang bertemu mata dengan calon pasangan, lelaki dan wanita yang bakal dinikahkan juga dapat berkenalan dengan dengan ahli keluarga pasangan secara tidak langsung. Mengenali ahli keluarga calon pasangan juga merupakan perkara penting untuk memastikan hubungan kekeluargaan yang bakal terjalin menjadi mesra.
6- Memupuk Kepercayaan
Bagaimana hendak bina rasa percaya kalau tidak pernah melihat calon pasangan yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita kan? Jadi, inilah salah satu faedah yang kita akan dapat kalau berpeluang untuk melihat calon pasangan terlebih dahulu. Rasa percaya mungkin dapat dipupuk apabila dapat melihat sendiri tingkah laku bakal pasangan bila berhadapan dengan kita.
7- Menjauhkan Rasa Tidak Puas Hati
Bila calon pasangan yang bakal menjadi ‘housemate’ kita ditentukan oleh ibu bapa, mungkin akan timbul rasa tidak puas hati pada diri kita. Jadi untuk menjauhkan rasa tidak puas hati terhadap pilihan ibu bapa, mungkin dengan melihat sendiri calon pasangan akan dapat mengelakkan perkara ini berlaku.

8 – Dapat Mengetahui Latar Belakang Bakal Pasangan
Kebiasaanya, bila calon pasangan dicari oleh pihak lain, kita tidak mengetahui latar belakang lelaki atau wanita tersebut secara terperinci. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan secara bertentang mata, dapat berbicara dan berkenalan, mungkin kita akan dapat mengenali serba sedikit latar belakang calon pasangan seperti pendidikan, pekerjaan, minat, dan sebagainya. Ini salah satu faktor yang penting dalam pemilihan calon pasangan sebenarnya.
9 – Memberi Ruang Untuk Berfikir Sebelum Membuat Keputusan
Apabila kita diberi peluang untuk melihat dulu calon pasangan, ini dapat memberikan kita ruang untuk berfikir sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan hubungan ke status suami isteri. Perbincangan hati ke hati juga dapat dibuat samada kedua-duanya redha dan bersetuju untuk dinikahkan. Ini penting untuk memastikan ‘masjid’ yang dibina dapat kekal dan bahagia sehingga hujung nyawa.

10 – Memastikan Calon Pasangan Menepati Ciri Idaman Hati
Salah satu yang penting dalam pemilihan calon pasangan ialah mereka menepati ciri idaman hati kita. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan boleh memastikan perkara ini dengan lebih jelas. Terutamanya dari segi fizikal dan luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar.
sumber : https://www.bidadari.my
Ini 8 Sifat Yang Perlu Ada Pada Setiap Lelaki Untuk Menjadi Suami Kebanggaan Isteri

Suami merupakan pasangan sehidup semati dan teman perkongsian segala suka dan duka. Sebaik-baik jodoh yang bakal dijadikan suami ialah yang cukup pegangan agamanya.
Mizan Dzai kongsi sifat suami yang baik mengikut pandangannya. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang menetapkan adalah Allah S.W.T. sendiri. Sebaik mana pun perancangan manusia, tetapi perancangan Allah S.W.T. lebih baik lagi.
SUAMI YANG BAIK
==============
1. Dia selalu berusaha menyenangkan isterinya kerana suami yang baik takkan pernah membiarkan wanita yang dinikahinya begitu sahaja.
Walaupun dah lama bernikah tapi dia tetap sering mengajak isterinya bergurau senda dan sering memuji untuk menyenangkan hati isterinya.
2. Suami yang baik akan mempercayai pasangannya sebagai tempat meminta pendapat atau idea yang sesuai untuknya.
Dia percaya bahawa isterinya adalah sumber terbaik untuk mencari titik permulaan dan penyelesaian masalah.
3. Membanggakan isterinya. Walaupun isteri tidak selalu disampingnya, dia akan selalu berusaha keras dalam pekerjaan yang dilakukan untuk memastikan isteri serta anak-anak bangga akan dirinya.
Juga dia rasa bangga kerana memiliki pasangan seperti isterinya. Dia takkan malu mengakui kehebatan dan kecantikkan isterinya meskipun hal-hal tersebut adalah remeh dan biasa sahaja bagi sesetengah orang.
4. Menggenggam tangan isteri tanpa peduli dimana pun mereka berada, dia takkan lupa menggenggam tangan isterinya sebelum pergi ke mana-mana.
Sikap ini menunjukkan bahawa suami sangat memerhati isterinya, selain itu ianya bermaksud bahawa suami sentiasa menjaga dan ingin isteri berasa selamat.
5. Makan masakan isteri walaupun tak sedap. Lelaki yang baik akan tetap menghargai usaha isterinya dalam menyediakan makanan meskipun masakan itu bukan seleranya.
Dia tetap menelan makanan tersebut dengan senang hati serta menunjukkan rasa terima kasih dan sayang kerana dia tahu, masakan isterinya akan semakin sedap bila dia memberi sokongan.
6. Suami yang baik takkan teragak-agak untuk membantu isteri menguruskan rumahtangga, anak-anak dan lain-lain kerja yang memerlukan tenaga suami.
7. Sebagai suami yang baik, dia sedar bahawa bukan isterinya seorang yang ada di dunia ini tapi dia akan selalu setia pada isterinya dan menjauhkan diri dari segala hal yang akan mendatangkan fitnah padanya.
8. Suami yang baik akan sentiasa mendorong isterinya untuk menjadi lebih baik. Dia sedar isterinya bukan sempurna tapi dia berusaha untuk beri yang terbaik.
Secara tak langsung, sikap dia sebagai suami itu memberi inspirasi untuk diri dia dan isterinya berubah menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini terutama dalam menjaga solat.
#SuamiMithali