Kebanyakan wanita hari ini punya kerja dan ada pendapatan sendiri. Kemampuan ini sekali gus menjadikan kaum hawa semakin berdikari malah boleh dikatakan terlalu independent. Lihat saja isteri sekarang, ramai yang mengambil alih tugas suami kerana selesa menguruskan urusan itu sendiri. Tapi buat suami jangan terlalu senang hati bila punya isteri yang serba boleh ini.
.
Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
.
Ini tanda isteri independent
IKLAN
Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dalam sesebuah perhubungan kena ada sikap tolak-ansur dan tolong-menolong antara pasangan. Zaman sekarang ramai wanita mampu berdikari dalam banyak hal tanpa memerlukan pertolongan kaum lelaki. Tapi tu tak bermakna peranan lelaki sebagai pasangan wanita tersebut boleh diambil mudah!
Seorang suami berkongsi cara paling mudah untuk menghargai wanita yang pandai berikari dan menguruskan banyak hal tanpa meminta bantuan orang lain. Agak-agak kaum lelaki kat luar sana boleh buat tak?
IKLAN
Langsung Tak Tanya Rutin Pasangan
Tahu tak,kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship, i tell you .Yup, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri. Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari .
IKLAN
Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri. Samada kewujudan kamu disedari atau tidak. its the same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat, apa guna ada kamu lagi? So, hati-hat.
“Don’t Take Them For Granted”
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life . But dont take them for granted .Call, text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-benda ni. Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu .
At least ask her – How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.
Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu. Namun begitu ada perkara lain yang membuatkan si lelaki jatuh hati hanya dalam hanya 10 saat mengenai wanita.
Bukan bersandarkan paras rupa semata-mata, jom kita lihat 5 perkara yang membuatkan lelaki terpukau mengenai wanita.
Senyuman
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, lelaki boeh jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Siapa sangka, hanya dengan senyuman, hati lelaki terus cair dan boleh jatuh hati.
Bijak
Kredit: Google
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang.
Contohnya, jika dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, seorang lelaki suka melihat wanita yang fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan.
Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.
Hormat Orang Tua
Kredit: Google
Aduhai, boleh gugur jantung seorang lelaki jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini.
Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat
Berbaju Kurung
Kredit: SalamToday
Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Biarpun sesetengah orang beranggapan baju kurung kelihatan kampung dan old school, namun baju kurung boleh mencerminkan peribadi seseorang wanita itu. Baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi.
Berkaca Mata
Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy,asalkan wanita itu bijak bergaya dan sentiasa tampil menarik dan anggun.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam melayari bahtera kehidupan, sebagai manusia yang bersifat sebagai masyarakat madani, maka perjalanan adalah sentiasa menuju ke arah ketamadunan dan kemodenan di samping susun atur kehidupan bermasyarakat. Maka kerjaya adalah salah satu perkara sebagai manusia yang melaksanakan pelbagai bentuk pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bahkan bagi menambahkan keselesaan. Pada zaman dahulu, pekerjaan adalah melalui pertanian, penternakan dan juga perniagaan. Ketiga-tiga bidang ini kemudian dikembangkan lagi dengan lebih khusus mengikut keperluan semasa.
Tugas pekerjaan bagi sesebuah keluarga pada awalnya dipikul oleh suami atau bapa. Ini sudah menjadi uruf dan adat. Begitu juga tradisi kebanyakan kaum serta bangsa. Akan tetapi setelah arus kemajuan serta kehidupan mula berubah, wanita dan lelaki seolah-olah seiring bahkan berlumba-lumba sepertimana dalam bidang pendidikan serta mencari peluang pekerjaan.
Justeru, kami bahaskan secara khusus pada kali ini berkaitan dengan isu wanita yang bekerja. Secara umumnya wanita juga bekerja pada peringkat awal sebagai membantu kepada suaminya dalam menyelesaikan isu keteraturan rumahtangga. Dengan sebab itu, perempuan digelar rabbatul bait. Kerjanya adalah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, mengasuh anak-anak bahkan sebahagiannya pula bercucuk tanam di hadapan rumah, menjalankan ternakan ayam, itik dan sebagainya yang menjadi penghasilan kepada masyarakat sekitar. Ini biasa dilakukan oleh wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kemudian wanita mula menceburi dalam bidang perguruan serta kerjaya yang bersesuaian. Sebahagian mereka melaksanakan perniagaan dengan mengambil kira apa yang dilakukan oleh Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah R.Anha sebagai salah seorang tokoh korporat yang berjaya. Begitu juga, melihat peranan oleh al-Syifa’ R.Anha yang menjadi penyelia kepada pasar. Ada juga dalam kalangan sahabat yang membantu merawat tentera yang terluka dan cedera dalam peperangan. Begitu juga menjadi bidan kepada wanita yang bersalin seperti Ummu ‘Atiyyah.
Justeru, kerjaya bagi wanita tidaklah pelik dan bukanlah asing. Kami catatkan di sini kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya (Fatawa Mu’asirah (terj.), 2/202-205) yang menyebut: Walau bagaimanapun kerjaya pertama dan terbesar wanita yang tidak dapat disangkal dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pesaing adalah mendidik seluruh generasi. Tugas ini disediakan oleh Allah SWT untuk wanita secara fizikal dan mental. Wanita perlu untuk tidak disibukkan daripada mesej agung ini dengan kesibukan isu kebendaan ataupun moral walau apa cara sekalipun. Ini kerana, tiada sesiapa yang mampu mengambil alih tempat wanita dalam tugas besar ini. Pada tugas ini juga terletaknya masa hadapan umat Islam. Melalui tugas ini juga terbentuknya kekayaan-kekayaan terbesar, iaitu kekayaan umat manusia.'
Semoga Allah SWT merahmati penyair Mesir, Hafiz Ibrahim ketika beliau bermadah:
Ibu itu adalah sekolah jikalau dia menyediakannya
Menyediakan sebuah masyarakat yang baik asasnya
Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan, dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.
Ini tidak bermakna pekerjaan wanita di luar rumah adalah haram menurut syarak, kerana tiada sesiapa pun boleh mengharamkan sesuatu tanpa ketetapan syarak yang betul dan pembuktian yang jelas. Sedangkan asas untuk semua perkara dan perbuatan biasa adalah harus. Ini seperti mana yang sudah kita ketahui.
Dengan asas inilah kita katakan, sebenarnya pekerjaan wanita itu sendiri asalnya dibolehkan. Iaitu ia boleh jadi tuntutan sunat ataupun wajib sekiranya wanita itu memerlukannya. Contohnya, balu ataupun janda yang tiada sumber pendapatan dan orang yang menanggung, sedangkan dia berkemampuan bagi meraih pendapatan yang dapat mencukupkan tuntutan keperluan ataupun kebajikannya.
Selain itu, boleh jadi keadaan keluarga wanita itu memerlukan dia bekerja seperti membantu suami, mendidik anak-anak ataupun adik beradiknya yang masih kecil, ataupun membantu bapanya yang sudah tua. Contohnya, kisah dua orang anak perempuan seorang lelaki tua yang dinyatakan Al-Quran dalam surah Al-Qasas. Kedua-dua anak perempuan itu mengambil alih tugas bapa mereka dengan menggembala kambing:
Maksudnya: Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga para penggembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”
Surah Al-Qasas (23)
Begitu juga dengan kisah Asma' binti Abu Bakar, pemilik dua tali pinggang (gelaran untuk Asma') yang membantu suaminya, Zubair bin Al-Awwam menguruskan kuda dan memahat batu bagi meleraikannya. Ini sehingga beliau sanggup memikul batu di atas kepala bagi membina dinding kebun yang sejauh jarak dari Madinah.
Boleh jadi juga keadaan masyarakat itu sendiri yang memerlukan tugas wanita seperti mengubati dan merawat golongan wanita, mengajar anak-anak perempuan, dan segala tugas yang seumpama dengannya, yang mengkhususkan kepada golongan wanita. Namun apa yang paling utama, wanita bekerja sesama wanita, bukan bersama lelaki.
Manakala penglibatan lelaki dalam beberapa situasi tertentu adalah antara bab terdesak yang perlu ditetapkan had batasan, dan bukan menjadi satu kaedah tetap.
Apabila kita membolehkan wanita bekerja, maka ia perlu dibatasi dengan beberapa syarat:
Pekerjaan itu sendiri adalah pekerjaan yang mengikut syarak. Pekerjaan itu sendiri tidak haram ataupun cenderung ke arah melakukan yang haram. Contohnya, wanita yang bekerja sebagai orang gaji kepada lelaki bujang, setiausaha khas kepada seorang pengarah yang memerlukan mereka berdua-duaan. Selain itu, penari yang merangsang segala nafsu dan keinginan dunia, pekerja kelab-kelab yang menghidangkan arak yang dilaknat oleh Rasulullah SAW. Sama ada pemberi minum, pembawa, dan penjualnya. Juga, pramugari kapal terbang yang tugasnya memerlukan dia menghidang benda-benda memabukkan dan bermusafir jauh tanpa mahram yang menyebabkan dia perlu bermalam seorang diri di negara-negara Barat. Ataupun segala jenis pekerjaan selain daripada itu yang diharamkan oleh Islam kepada wanita, terutamanya ataupun kepada semua golongan lelaki dan wanita.
Sentiasa menjaga adab wanita Muslimah apabila keluar dari rumah. Sama ada dari segi penampilan, gaya berjalan, pertuturan, dan pergerakan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
Maksudnya: Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Surah al-Ahzab (32)
Jangan pula pekerjaan itu menyebabkan mereka mengabaikan pekerjaan-pekerjaan lain. Contohnya seperti kewajipan mereka kepada suami dan anak-anaknya, iaitu kewajipan pertama mereka yang menjadi pekerjaan asas wanita. (Lihat Fatawa Mu’asirah –terj., 2/202-205)
Walaupun begitu, suka kami tegaskan, wanita yang berkerjaya mestilah memahami tugas hakiki sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya yang inginkan dambaan kasih sayang serta bantuannya ketika berada di rumah. Ini akan melahirkan perasaan kasih sayang, rahmah dan sakinah di alam rumahtangga yang akan menatijahkan Baiti Jannati. Memahami tanggungjawab dan hak sebagai ibu atau isteri serta dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin sudah tentu ia akan lebih dihormati dan perjalanan kehidupan kekeluargaan dalam keadaan harmoni.
Akhir kalam, kami menutup perbincangan ini dengan berdoa:
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.