Sebagai bakal ayah, korang mesti sukakan saat debaran menunggu bersama pasangan untuk melihat kelahiran orang baru dalam keluarga. Namun harus ingat, dalam keterujaan itu, ini pesanan dari nurse yang selalu kita terlepas pandang.
Pesanan ikhlas dari Cik Misi
. Saya nak pesan sikit pada suami yg isterinya baru bersalin dan naik ke wad postnatal . Tolong la bantu isteri untuk pakaikan baju pada baby.. Sesetengah hospital macam tempat saya kerja baby akan naik dari labor room cuma pakai pamper dan dibedung dgn kain dari hospital. Jangan bagi alasan ‘ x pandai sbb anak pertama’ ‘ takut la pegang baby sbb dok nangis ja ‘ ‘ sy x berani pegang kecik2 ni ‘ 1 lg alasan x leh terima ‘ sy geli pegang baby’ aduhh cik suami .. sebagaimana ibu2 bersedia nak bersalin ni patut suami2 semua pun patut bersedia untuk hal cam ni .. isteri awak bukan nya bersalin harini esok beranak .. 9 bulan kot . Mcm2 boleh belajar .. Berdasarkan pemerhatian saya x semua la kan tp majoriti sibuk dgn handfone .. ada sesetengahnya bagus atur isteri dgn bayi sampai la semuanya ok ..sepatutnya suami kena hargai saat2 cmni sebab tu adalah first time kita pegang anak kita ..
.
Lagi 1 .. cik suami boleh beli makanan untuk isteri lepas bersalin normal ni .. yang ni ada yg ibu naik wad sampai ketar2 x makan .. bila sy tanya suami ada beli apa2 x , suami leh jwb ‘ x beli apa’ ‘boleh makan ka misi?’ jangan la mcm tu .. isteri dah bertarung nyawa .. start dari dia sakit tu memang dia xkan makan dah .. dok lama pulak dlm labor room betarung nyawa pula untuk anak .. naik2 suami dok sengih2 tepi katil .. usha misi buat kerja .. buat x kena nak viral la . Bagi isteri yang beranak Normal x ada masalah apa2 dan x disuruh puasa oleh doktor BOLEH makan ya .. Bancuh air milo suam2 bagi isteri kenyang dan kembalikan tenaga dia .. lagi elok kalau makan nasi terus .. Saya puji dgn org Cina .. mula2 mereka atur dulu baby . Bedung elok2 dan letak dlm cot baby .. baby x kacau terus atur isteri pulak .. bersuap makan .. makanan yang dibekal dari rumah dalam bekas tahan panas .. kadang ada yg nak p kencing terus dipimpin ke toilet .. bagus sebab mereka selesakan isteri .. baru la isteri selesa untuk menyusu .. x dala stress nak menyusu ..
Baru ni sy tengok smpai longlai si isteri sebab lapar .. pastu nak menyusu pulak .. kain n pad penuh darah .. letih masa beranak tu pun x abih lg .. ni nak uruskan diri sendiri .. percayalah bahawa saat tu isteri betul2 x berdaya..Belajarlah.. 9 bulan tempoh yang lebih dari cukup untuk belajar dan ambil tahu pasal penjagaan bayi .. Sekarang ni pun di media sosial banyak artikel yg berkaitan untuk penjagaan bayi .. Patut bila isteri tag ambil masa untuk baca ?
.
# Pesanan sy bg suami yg naik tengok isteri sejurus selepas isteri keluar dari labor room , selalunya kalau isteri yg suaminya dok jauh atau ada masalah kami akan bantu ..
Dilema berkahwin dengan suami yang begitu manja dengan ibunya atau digelar ‘anak emak’ antara topik yang sering menjadi igauan ngeri buat sesetengah isteri dan ia seboleh-bolehnya mahu dielakkan.
Namun, kalau sudah jodoh, apa yang boleh dikata. Terima pasangan seadanya dan cubalah untuk mencari jalan supaya anda berdua boleh mencapai kata sepakat dalam kebanyakan perkara terutama apabila membabitkan ibu mentua.
Ada yang menganggap keadaan ini boleh menimbulkan konflik antara suami isteri. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Masalah akan berlaku apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa. Lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.
Tapi ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? Mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Tip buat suami yang rapat dengan ibunya atau anak emak:
• Tinggal di rumah sendiri dengan isteri. Tinggal di rumah ibu tidak membantu perhubungan. Biasanya apabila tinggal berasingan, hubungan akan lebih baik.
• Balik ke rumah ibu dalam kadar yang bersesuaian. Jika ibu dan isteri tidak boleh menjalinkan hubungan, singkatkan kunjungan.
• Baliklah ke rumah ibu bersendirian pada waktu tertentu untuk menumpukan perbualan dengan ibu sahaja. Isteri perlu memberi galakan untuk keselesaan suami tanpa ada prasangka. Bagaimanapun, janganlah suami ambil kesempatan atas kepercayaan isteri.
• Suami perlu kuat dalam menangani emosi diri sendiri.
• Pastikan kedua pihak rasa penting dalam kehidupan. Beri mereka peluang meluahkan pendapat.
• Perbualan dengan ibu bolehlah dibuat secara persendirian supaya isteri tidak mendengar butir perbualan yang mungkin mengecilkan hati. Begitu juga sebaliknya.
• Jika ibu memberitahu sesuatu yang tidak disukai tentang isteri, beritahulah ibu dengan baik apa yang diperkatakannya itu kurang tepat. Beritahu juga anda terasa hati dengan komen yang kurang enak mengenai isteri. Begitu juga jika isteri berpendapat yang tidak baik tentang ibunya.
• Didiklah kedua wanita yang penting ini untuk menerima antara satu sama lain tanpa perlu memilih.
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Berusaha untuk menjadikan seseorang sebagai pasangan ke akhir hayat ada ciri-ciri tertentu. Buat seorang wanita, inilah antara ciri-ciri suami yang menjadi dambaan untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.
Ciri-Ciri Suami Mithali
PPN_20190101_6_94TO95_IMG_6289
1) Seorang yang soleh
• Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada.
• Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik.
• Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya.
• Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa.
2) Berwajah manis
• Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri.
• Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir : i. Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri. ii. Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu. iii. Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah.
3) Panggilan mesra
• Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna. i. Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik. ii. Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut. iii. Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut. iv. Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai. v. Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya.
4) Tolong-menolong
• Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga.
• Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain.
• Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat.
• Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian.
5) Bersuka ria
• Bergurau senda dan bersuka ria menurut Rasullah merupakan tiang kebahagian dalam membangunkan sebuah tuntutan rumahtangga.
• Di antara perkara-perkara yang harus diperhatikan: i. Beristirehat di sebuah taman dapat menghilangkan penat dan jemu setelah melakukan pekerjaan seharian. Tetapi hendaklah dengan menghindari kebiasaan membuka aurat dan perilaku maksiat serta menghindarkan diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. ii. Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasullah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri. iii. Mandi dalam satu bilik mandi sambil bergurau tidak dilarang oleh Islam kerana dapat menghidupkan rasa bahagia dalam kehidupan rumahtangga seperti saling bergantian dalam menyiramkan air ke atas tubuh dan saling menggosok badan dengan tangan. iv. Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan oleh Islam. Hal tersebut harus dipegang teguh sehingga dalam bergurau tetap tidak menyimpang dari kebenaran serta mengandungi hikmah dan makna.
6) Bermusyawarah
• Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagian dalam mengharungi hidupn berumahtangga.
• Musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam baik dalam rumahtangga mahupun yang lain.
• Musyawarah merupakan sebahagian tuntutan Rasullah dalam pergaulan antara suami isteri dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan. • Bermusyawarah dapat mencipta ketenangan dan ketenteraman di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai terhadap suami.
• Musyawarah juga dapat mengabdikan hubungan cinta kasih antara suami isteri.
sekadar gambar hiasan
7) Memberikan nafkah
• Kewajipan yang paling penting bagi suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi isteri pula, pemberian nafkah adalah hak yang mesti harus diterima.
• Seorang suami harus memiliki sifat pemurah dalam hal member nafkah. Islam menjanjikan pahala yang besar kepada suami yang memberikan nafkah kerana ini dapat membangunkan kebahagian rumahtangga.
• Orang yang bertanggugjawab serta tidak bakhil dalam memberikan nafkah adalah lebih baik daripada orang yang bakhil lagi tidak bertanggungjawab.
• Seorang suami harus selalu berusaha memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada keluaraga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan oleh Islam.
• Suami yang member kelonggaran dalam hal nafkah, maka akan diberi kelapangan rezeki pula oleh Allah. Sebaliknya, bila dia bakhil, akan diberi kesempitan rezeki.
• Seorang suami yang memberikan nafkah secara baik kepda keluarganya akan mendapat hisab secara mudah.
• Seorang suami yang berupaya memenuhi kewajipannya dapat menambah rasa cinta kasih, melahirkan kebahagian, menegakkan ketaatan dan menabur kesetian kepada isteri.
• Seorang suami yang soleh akan menjauhi perangai syaitan dan menghindari penterbukaan.
• Seorang suami harus berbuat ekonomi tanpa harus bakhil dan murah hati tanpa harus terbuka.
• Semua ini dapat membahagiakan isteri agar mereka tidak merasa bosan dalam mencari nafkah dan dalam mencukupi keluaraga.
8) Menjaga rahsia
• Menjaga rahsia adalah sebahgian dari cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami isteri.
• Membuka rahsia keluarga terutamanya kenikmatan bersenggama kepada orang lain adalah hal yang sangat tidak terpuji.
• Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan sikap yang bijak serta rahsia tersebut benar-benar dijaga.
Sebagai suami dan isteri adalah tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan dalam rumah tangga. Suami isteri perlu bertolak ansur dalam segala hal yang rumit. Isteri pula adalah tulang belakang bagi suami.
Oleh itu, suami perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Namun, jangan pula suami merungut dan mengeluh kerana itu tidak mendatangkan keberkatan. Mungkin dengan mengeluh juga dengan sekelip mata hilangnya nikmat yang Allah tarik. Ini sebab kenapa hilangnya rezeki suami.
Sering Bergaduh
Usahlah bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi mengenai duit. Bila pasangan tidak redha maka ini lah punca disitulah rezeki anda disekat.
Rasa Anak Adalah Beban
Anak adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah. Oleh itu, anda dipertanggungjawab untuk mengajar dan menjaga nya sebaik mungkin. Suami isteri perlu berusaha untuk mencari rezeki tanpa merungut anak adalah bebanan anda.
Kedekut Dengan Isteri & Anak-Anak
Jangan terlalu berkira dengan isteri dan anak anda. Anda perlu memahami mereka dan berkongsi rezeki yang anda ada kerana itulah kiriman daripada Allah.
Mengeluh Dengan Apa Yang Dimiliki
Elakkan daripada terlalu mengeluh dan banyakkan rasa syukur dengan apa yang anda ada sekarang. Syukur itu adalah rezeki yang melimpah ruah.
Gagal Kawal Marah & Emosi
Dalam rumah tangga kalau anda sedang marah jangan sesekali tinggi kan suara kepada pasangan anda. Jangan gunakan kata-kata yang jahat sebaiknya gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hati pasangan. Bincanglah secara elok.
Kurang Sabar
Bersabar lah dengan apa yang sedang anda hadapi. Itu tanda Allah sedang menguji anda. Sebaiknya minta pertolongan dari Allah agar dipermudahkan segala urusan anda.
Kurang Sembahyang & Berdoa
Sebagai seorang muslim adalah tanggungjawab kita untuk menunaikan solat. Jika kita tidak mengerjakan solat dan berdoa kepadanya. Nescaya Allah akan tutup pintu rezeki buat kita.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...