Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz
Berita baik untuk bakal pengantin tahun 2020! Glitz (hub bakat dan model Nu Ideaktiv Sdn Bhd) tampil bersama Pesona Pengantin, dalam acara pertunjukan fesyen perkahwinan ulung mereka iaitu Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz pada 1 Disember 2019, di GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen berlangsung dari jam 11 pagi hingga 7 malam ini tampil dengan lebih 100 rekaan para pereka terkenal tanahair dan yang sedang meningkat naik. Apa yang bakal disaksikan adalah rekaan terkini yang bakal menjadi pilihan hangat sepanjang 2020.
Pertunjukan fesyen yang pertama kali dianjurkan ini merupakan platform terbaharu buat para pereka muda mengetengahkan idea segar dan terkini bagi penampilan berbeza dan eksklusif. Ia juga sebagai usaha memberikan pengalaman lebih bermakna buat bakal pengantin melihat lebih dekat rekaan dan merasai sendiri tekstil yang digunakan.
Acara ini bakal menjadi acara tahunan yang ditunggu bakal pengantin kerana ia mengetengahkan rekaan mampu milik pada rekaan premium. Malah skop pilihan bukan terhad pada pakaian bersanding sahaja, malah ia termasuk pakaian nikah, bulan madu serta aksesori.
Menurut penyelaras acara, Oda Yunus, acara ini terbuka kepada para pereka yang bercita-cita besar untuk tampil ke hadapan dan ingin pergi jauh dalam industri. Sehubungan dengan itu, penganjur menawarkan Pakej Morning Show, Tea Show dan Gala Tea kepada pereka untuk membuat pilihan. Selain diberikan slot pertunjukan fesyen, rekaan mereka juga memudahkan team editorial untuk memilih rekaan yang menarik untuk dipaparkan dalam majalah Pesona Pengantin. Ini juga adalah impian setiap pereka untuk memaparkan idea rekaan dalam majalah dan media sosial Pesona Pengantin.
Antara para pereka ternama yang bakal beraksi di pentas peragaan Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz ialah Salikin Sidek dengan 10 rekaan terkini, Istana Puteh dan juga Wan Huzairil. Kejutan juga dilakukan oleh jenama Elyza’s Home apabila tampil dengan 10 rekaan pakaian pengantin bertema Inggeris Kontemporari. Kemeriahan pertunjukan fesyen turut diserikan dengan para pereka meningkat naik seperti Adi Suhaizad Sulong, Muni, Azzim Aziz , Nabil dan Zuerry Faeiz. Kesemua ini dibawakan khas untuk bakal pengantin 2020 dan setiap satu rekaan adalah eksklusif.
Secara ringkasnya, anjuran pertunjukan fesyen ini bakal menjadi satu medan persaingan sihat dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pereka dan juga masyarakat umum. Lebih mengujakan, pertunjukan fesyen berdurasi 8 jam ini dapat disaksikan dengan ambiens selesa pada harga tiket yang sangat berbaloi.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi urusetia di talian 011-5951 8757