Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman mampu menambah keselesaan buat penghuni kediaman. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar.
Persekitaran yang segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.
Penyegar kediaman boleh membuatkan seseorang lebih tenang di samping meningkatkan daya tumpuan. Kewujudan penyegar udara cukup penting untuk membuatkan kita berasa selesa.
Ruangan yang berbau harum akan mencipta kesan yang menyenangkan dan membuatkan kita berasa selesa berada di dalam rumah.
Melalui perkongsian Wawa Nuralsha, wanita ini berkongsi tip tentang ‘mengitar semula’ pewangi kediaman yang telah habis.
Ads
Glade korang habis jangan buang dulu! Dah kering potong kecik kecik. Letak dalam bekas. Masukkan air. Semerbak bau harum balik.
Letak je dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet. Fuhh segar balik baunya.
Kalau anada suka dapur konsep terbuka, boleh lah cuba pusingkan perabot dengan betul atau cedok idea yang dikongsikan wanita ini.
Tak mewah tetapi sedap mata memandang. Apa yang menarik, Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama.
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee.
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan.
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja.
Pandangan dari depan.
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih.
Ini pula sedikit pemandangan ruang tamu di rumah ini.
Haa.. nampak kemas dan tersusun kan? Nanti anda boleh cedok idea ini untuk deko rumah bersama suami tersayang. Boleh pikat encik suami dengan suasana tenang.
Semoga perkongsian ini suntik idea pada anda yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan. Sebaik sahaja bergelar suami isteri pastinya banyak perkara baharu tentang pasangan yang bakal anda ketahui.
Ada ketikanya membuatkan anda rasa sukar untuk menyesuaikan diri kerana masing-masing belum mengenali sedalam-dalamnya. Untuk mengelakkan rasa kekok yang mungkin boleh menimbulkan salah faham, penting untuk anda berdua ketahui 10 benda baharu ini.
Selalunya ketika zaman bercinta memang sukar untuk anda ketahui sifat buruk pasangan. Mesti masing-masing cuba sembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Apabila sudah berkahwin, baru nampak kelemahan masing-masing kerana setiap manusia dilahirkan tak sempurna.
Jadi jangan sesekali anda mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan. Belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada pasangan dengan sama-sama membaikinya ke arah yang lebih baik.
Walaupun anda mengenali pasangan sejak sekian lama sebelum memutuskan untuk berkahwin, ini tidak bermakna anda mahupun pasangan mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Apabila sudah tinggal sebumbung ambillah masa untuk lebih mengenali dan memahami diri pasangan. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh bertoleransi dalam banyak perkara.
Jangan sesekali mengharapkan pasangan boleh membaca apa yang anda rasa atau fikirkan. Mungkin anda boleh tapi pasangan anda mungkin tidak dapat meneka apa yang terlintas di minda, mahupun apa yang anda suka atau tidak suka. Oleh itu untuk membuatkan rumah tangga harmoni, komunikasi dua hala penting agar anda dan pasangan faham apa yang masing-masing inginkan.
Tidak dinafikan bulan pertama selepas kenduri ramai pasangan yang kekeringan kerana banyak duit telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan. Lagipun nak pinjam daripada orang tua mahupun keluarga, gerenti anda dan pasangan segan. Jadi adalah lebih baik anda dan pasangan membuat tabung kewangan lebih awal iaitu sebelum berkahwin sebagai persediaan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.
Apatah lagi selepas berkahwin, banyak tanggungjawab yang anda berdua harus pikul bersama. Jika tidak bijak mengatur tabungan kewangan ada kemungkinan boleh membawa pada pergaduhan. Oleh itu, carilah penyelesaian agar kewangan anda berdua kembali stabil.
Hidup berdua memerlukan anda berkongsi rasa. Jadi apabila ada sesuatu perkara penting yang ingin anda katakan, sebaiknya luah dan beritahu pasangan dengan cara yang baik dan berhemah.
Jangan sesekali memendam rasa atau memberitahu pasangan dalam keadaan yang tidak bersedia atau dalam keadaan marah. Perbincangan penting agar anda berdua dapat mencari penyelesaian untuk perkara tersebut.
Alam rumah tangga memerlukan satu pasukan yang mantap agar hubungan yang dibina kekal bahagia. Dalam satu pasukan anda berdua hendaklah saling bantu-membantu dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Misalnya dalam perihal rumah tangga, suami tidak boleh membebankan isteri seorang diri menguruskan segala perkara. Urusan rumah tangga haruslah dilakukan bersama agar ia memberi kemudahan dan kesenangan dalam kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini akan menjadikan rumah tangga anda berdua lebih harmoni.
Kunci dalam perkahwinan memerlukan anda untuk banyak bermuhasabah diri dan bertolak-ansur. Dalam perkahwinan tidak ada istilah menang atau kalah. Tingkatkan kesabaran dalam apa jua hal yang anda dan pasangan hadapi. Jika sedang bergaduh, anda berdua tidak perlu lawan bercakap kerana bimbang boleh merosakkan hubungan dan membawa pada pergaduhan yang lebih parah.
Bukan itu sahaja, elakkan daripada mencabar pasangan lebih-lebih lagi suami kerana lelaki ada egonya yang tersendiri. Bimbang jika dicabar boleh membawa keburukan dalam hubungan rumah tangga. Jadi berusahalah untuk menjadi pasangan yang terbaik dan bersikap positif.
Tak dinafikan kalau dah hidup berdua mesti ada salah dan silapnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apabila menjadi suami isteri, anda hendaklah belajar untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan, selain memaafkan kesalahan pasangan.
Terapkan dalam diri untuk saling bermaafan agar segala apa yang anda berdua fikirkan tidak berpanjangan dan memendam rasa kerana ia boleh menjadi racun dalam rumah tangga. Lepaskan segala ego yang ada dalam diri anda agar anda menjadi seorang yang pemaaf.
Selepas berkahwin memang banyak tanggungjawab yang harus anda berdua fikirkan. Anda berdua juga akan hadapi segala macam benda dan hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Kadang-kala tanggungjawab yang banyak ini boleh menjadi punca berlakunya perbalahan. Untuk melengkapkan ilmu tentang alam perkahwinan, jangan malu untuk bertanya lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana mereka lebih banyak makan garam.
Malah anda dan pasangan juga harus banyak membaca tentang ilmu rumah tangga bagi memantapkan lagi pengetahuan dan mengelakkan salah faham. Anda berdua juga boleh bertanyakan kepada kawan-kawan tentang pengalaman mereka dan cara mereka mengendalikan masalah. Sekurang-kurangnya perkongsian ini akan memberi anda pengalaman berharga apabila berdepan dengan sesuatu perkara.
Pastinya sebelum berkahwin anda dan pasangan impikan pelbagai perkara setelah berumah tangga nanti. Ketahuilah bahawa tidak semestinya apa yang anda berdua rancang dan impikan itu akan menjadi sebagaimana yang anda inginkan.
Ada ketikanya perancangan itu menjadi sukar untuk dicapai atas sebab-sebab tertentu atau setelah anda mengetahui karakter diri pasangan masing-masing. Oleh itu jangan keterlaluan mengharapkan yang indah-indah sahaja. Belajarnya untuk memberi dan menerima dengan seadanya.
Kebelakangan ini, ramai pula orang yang mengambil kesempatan untuk bercuti. Maklumlah, hampir dua tahun ‘terperap’di rumah dek PKP, bila dah boleh melancong, kita pun ambil peluanglah! Begitu juga dengan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Yang jadi perhatian bukan percutian mereka tetapi membaca ayat ‘bersemut’ Amar!
Memilih Langkawi sebagai destinasi percutian bersama keluarga, Amar memuatnaik satu hantaran foto bersama Amyra dan dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kapsyen berupa pick up line membuatkan ramai yang terhibur.
“Daddy: saya rasa saya tak perlu life jacket kalau saya berenang.
Mommy: sebab apa?
Daddy: Sebab tengok awak dah cukup buat saya terapung-apung dilautan. Air masin pon rasa manis…”
Tidak habis di situ, pasangan ini juga berbalas komen sesama sendiri. Amyra pun ‘melayan’ juga. Bahkan pasangan ini memang sering dilihat memberi komen di status pasangan masing-masing.
Untuk pengetahun, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 22 Julai 2016 bertempat Hotel Premiera Kuala Lumpur. Amyra menerima mas kahwin RM1,111 bersama lima dulang hantaran dari Amar dan berbalas tujuh dulang hantaran. Amyra tampil dengan persalinan indah dengan gaun kembang rona beige rekaan Rizman Ruzaini, manakala Amar pula menyarung sut mewah rekaan Rizman Ruzaini juga.Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...