Perkahwinan menjadi adalah pelengkap kepada kehidupan manusia. Namun bagi seorang lelaki bukan mudah untuk memilih pasangan yang bakal menjadi teman sebantal, sehidup dan semati. Hendak memilih baju sahaja pelbagai kriteria sudah diambil kira dan itu baru mahu disarung pada tubuh badan. Apatah lagi yang mahu diletakkan di dalam hati.

Pilih Isteri Bukan Tengok Cantiknya Sahaja, Pandai Agama Kena Ambil Kira
.

Dalam hal ini, seorang lelaki hendaklah berfikiran jauh kerana memilih pasangan bukan sekadar menjadi peneman hidup tetapi juga wanita itu akan menjadi ibu kepada zuriat dan keturunan kita. Kalau salah pilih, macam mana nasib anak kita?

Dalam memenuhi keperluan ini, kebiasaannya seorang lelaki akan memilih perempuan yang cantik kerana pada hemat kebiasaan manusia berjantina lelaki, yang cantik akan memberi bahagia. Kasih sayang akan bertambah sekiranya melihat wanita yang indah rupa paras mereka sebagai peneman hidup selamanya.

Harus diingatkan bahawa yang bernama kecantikkan boleh jadi hilang di suatu masa atas faktor usia dan sakit. Maka, adakah selepas kecantikan mereka ditarik semula Tuhan, kita tidak dapat lagi mencintai mereka? Bagaimana nasib anak-anak kita ketika itu sekiranya rumah tangga yang dibina tidak lagi diisi dengan kasih sayang kerana kasih sayang yang hilang ekoran hilangnya kecantikan sang isteri?

Sebenarnya, Islam telah memberi panduan dalam memilih calon isteri berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

Perkahwinan Dalam Islam Berlandaskan Rukun Rumahtangga

Memilih isteri yang kuat pegangan agama dapat memelihara kerukunan rumah tangga dan kebahagiaan bersama. Ibnu Hajar berkata bahawa ini adalah suatu saranan yang wajar difikirkan seorang lelaki dalam memilih pasangannya yang mempunyai agama dan akhlak yang baik.

IKLAN

Agama ini akan menjadi penanda aras kepada perlakuan isteri dalam setiap hal yang mereka lakukan. Justeru, tidak mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini dalam kehidupan berumah tangga kerana seorang wanita yang kuat agamanya akan memahami batas-batasnya dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Alangkah sejuknya hati seorang lelaki yang mendapat wanita seperti ini sebagai isteri. Hendak marah pun mungkin tidak jadi.

Benarlah kiranya sabda baginda SAW yang bermaksud:

Pilih Isteri Bukan Tengok Cantiknya Sahaja, Pandai Agama Kena Ambil Kira
.

IKLAN

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita yang solehah.”

Akan tetapi, tidaklah bermakna bahawa Islam tidak mementingkan atau melarang seorang lelaki daripada memilih wanita yang cantik, berharta dan berketurunan yang baik. Cumanya, agama adalah sesuatu yang perlu diutamakan.

Sekiranya anda bertemu dengan perempuan yang beragama, manis wajahnya, baik keturunannya dan berharta maka dialah wanita yang terbaik untuk anda. Walaupun pada realitinya sukar untuk mencari yang cukup pakej seperti ini.

Kecantikan wanita kata Syeikh Daud boleh menyebabkan suami menjadi suka dan menumbuhkan rasa cinta dalam rumah tangga. Begitu juga keturunan dan harta yang akan menjadi nilai tambah kepada kehidupan bersama.

Cumanya, pakej agama adalah menjadi suatu keutamaan sebelum faktor-faktor yang lain. Ini kerana kecantikan, harta dan keturunan bukan semua dapat menggapainya namun dalam soal agama, siapa berusaha pasti akan mendapatnya.

IKLAN

Pilih Isteri Bukan Tengok Cantiknya Sahaja, Pandai Agama Kena Ambil Kira
.

Maka, rebutlah perempuan yang beragama kerana mereka akan mendidik anak kita menjadi anak soleh dan taat pula. Samalah kita berdoa akan dikurniakan seorang bidadari yang lengkap pakejnya kepada kita dalam kehidupan ini.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami beroleh dari isteri-isteri kami dan keturunan kami perkara yang menenangkan hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa

(Al Furqan: 74)
Nota ringkasan dan maksud: Seorang isteri adalah pasangan wanita dalam hubungan perkahwinan yang berterusan (marital relationship). Istilah ini terus dipakai untuk wanita yang telah berpisah kedudukan dengan pasangannya, dan tidak lagi berlaku untuk wanita tersebut hanya ketika pernikahannya telah berakhir, setelah perceraian yang diakui secara sah atau kematian pasangannya.Peranan seorang isteri sangat penting sehingga dia dapat membina atau memecahkan keluarga.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI