Kalau dulu orang guna servis mak andam tetapi zaman sekarang kalau nak mudah boleh upah bride assistant untuk mudahkan pihak pengantin, yang mana akan membantu daripada A hingga Z.
Pilih Jadi Bride Assistant
Menerusi portal mStar, inilah yang dibuat oleh seorang wanita bernama Nurul Quirratul. Sudah berkecimpung sejak lebih setahun lalu, wanita yang senang disapa Nur berkata, buat masa ini dia menawarkan servis berkenaan secara separuh masa (part-time).
“Servis BA sebenarnya sudah bertapak lama dekat luar negara. Dekat Malaysia, saya rasa baru ada sejak setahun lalu.
“Bagaimana saya bertitik tolak nak buat servis BA ni? Semuanya bermula selepas menonton satu content mengenai BA.
“Memandangkan saya pernah ada pengalaman jadi pengapit sewaktu majlis perkahwinan ahli keluarga dan kawan-kawan, saya rasa mengapa tidak saya cuba.
“Pada September 2023, saya buat servis BA pertama untuk majlis sahabat saya sendiri. Saya juga buat video mengenai tugas seorang BA dan tak sangka video tu blow up,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.
Tugasnya Bergantung Pakej Yang Dipilih
Ads
Menurut Nur, dia tidak menyangka perkongsiannya menerima komen yang sangat positif, dengan rata-rata warga maya memberikan sokongan dan pujian terhadap peranan BA membantu kelancaran majlis perkahwinan.
“Ramai komen ‘untungnya pengantin sekarang boleh hire BA’. Sebab ada juga yang kongsi bad experience ketika majlis mereka kerana bridemaids tak function.
“Bagi yang belum familiar, tugas seorang BA adalah membantu melancarkan urusan pengantin. Bukan setakat bantu bersiap, tapi ia bermula daripada preparation lagi.
“BA juga berperanan sebagai floor manager, pengapit, sampailah photoshoot. Bergantung kepada pakej servis yang ditawarkan BA tersebut,” ujarnya lagi.
Banyak Pengalaman Sepanjang Buat Service
Berkongsi serba sedikit pengalamannya yang sudah menjadi BA kepada lebih 50 pengantin, Nur berkata terlalu banyak kenangan manis yang secara tidak langsung membuatkannya semakin bersemangat untuk memberikan servis terbaik.
Ads
“Sudah tentu apabila dapat feedback yang sangat baik daripada pengantin. Malah ramai yang siap rekomen saya kepada rakan-rakan mereka pula.
“Selain itu, tanpa sangka kita jadi rapat dengan keluarga pengantin dan pengantin sendiri. Daripada klien, boleh jadi coffee buddy.
“Tapi tak nafikan, saya juga pernah berdepan cabaran yang tak dijangka iaitu bride jatuh sakit.
“Ketika itu, bride dah jamah makan lebih awal sebab gastrik. Tapi mungkin makanan lambat hadam, dia muntah beberapa kali. Itulah pengalaman yang agak mencabar namun daripada situ, saya belajar banyak perkara untuk lebih bersedia,” ujarnya yang berasal dari Sungkai Perak.
Ads
Kerjaya Baharu Yang Boleh Diteruskan
Melihat profesion BA mempunyai peluang yang sangat cerah pada masa hadapan, Nur dalam pada itu turut berkongsi nasihat kepada individu yang mahu berjinak-jinak dalam lapangan berkenaan.
“Untuk yang baru nak mulakan job sebagai BA, boleh survey harga market, sediakan job list, dan sebagainya.
“Berdasarkan pengalaman, kerjaya ini memang boleh pergi jauh dan menjadi satu profesion baru, jadi semua boleh bersaing secara sihat.
“Kepada bakal pengantin, sangat digalakkan untuk guna khidmad BA bagi melancarkan majlis. Kadang-kadang kita segan nak minta tolong kawan buat itu ini. Tapi BA akan buat semua sebab anda dah hire dia.
“Malah ramai MUA (make-up artist) even wedding planner dan jurufoto pun suggest kerana dapat membantu melancarkan majls. Jadi pengantin tak perlu serabut, tugas anda adalah jadi raja sehari saja,” akhirinya.
Jadi buat bakal pengantin yang memerlukan khidmat ini, mungkin boleh upah bride assistant untuk lancarkan majlis anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mondelez International hari ini memperkenalkan varian produk terbarunya, Oreo Chocolate Coated cookie, ke pasaran Malaysia. Dengan harga pada RM2.70 setiap paket, produk baru ini merupakan kerjasama antara dua jenama kegemaran Mondelez International – Oreo dan Cadbury Susu Susu.
Gabungan coklat cadbury dan biskut oreo memberikan lagi kelazatan pada makanan tersebut. Kelainan yang dibuat adalah untuk mencipta produk “yang bebas dari acuan konvensional variasi produk lain”.
Pasti dengan Oreo Chocolate Coated akan memberi inspirasi kepada para pengguna untuk terus menikmati dengan cara mereka untuk menghasilkan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk memasuki produk ini.
Produk ini juga menghasilkan sentuhan baru dalam ikon “Twist, Lick, Dunk” yang ikonik dalam memakan cookie.
Dengan biskut Oreo yang dilapisi coklat Cadbury Susu Susu, ungkapan baru “Lick It, Crunch It” diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated.
Mungkin ini adalah salah satu produk yang anda boleh jadikan ‘goodies’ untuk majlis perkahwinan anda! Pasti tetamu menyukainya dengan kelazatan yang baru ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cerita bab adat terima hantaran, biasanya pihak lelaki akan menghantar dulang hantaran kahwin kurang daripada pihak perempuan. Contoh, tiga berbalas lima, lima berbalas tujuh, atau tujuh berbalas sembilan.
Namun baru-baru ini tular satu video yang memaparkan jumlah dulang hantaran melebihi 30 telah meraih perhatian orang ramai susulan ia disifatkan sebagai perkara luar biasa.
Terima 35 Dulang Hantaran, Penuh Satu Rumah Bakal Pengantin
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hamidah Gaffar, menunjukkan dulang hantaran tunang adalah 35 berbalas 13.
Ujarnya, ini telah menjadi kebiasaan buat keluarga mereka untuk memberi dulang hantaran yang banyak sekiranya salah seorang daripadanya mengikat ikatan yang sah.
Penyumbang Utama Hantaran, Saudara Mara
Bagi orang awam, perkara itu kemungkinan adalah baru buat mereka namun pemilik akaun berkata sanak saudara dan jiran merupakan penyumbang utama dalam perkara itu.
“Menjadi kebiasaan dulang hantaran jadi banyak sebab saudara dan jiran-jiran bagi juga.
“Rezeki yang dapat tu, lagi-lagi dapat makanan atau manisan,” katanya.
Video yang tular itu memaparkan keadaan rumah yang dipenuhi dengan dulang hantaran tunang di depan pelamin.
Dulang hantaran tersebut antaranya ialah buah-buahan, manisan dan banyak lagi.
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, Khamis.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Sah Jadi Suami
Terdahulu, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Awang Adam Abdullah iaitu bapa pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
17 Das Tembakan Dilepaskan
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!