Kredit: IG antzcreator

Sedalam mana pun cinta anda terhadap pasangan, semuanya tidak berguna jika hanya anda seorang sahaja yang menyayanginya sedangkan perasaannya pada anda hanya biasa-biasa sahaja.

Dalam memilih pasangan, pilihlah mereka yang akan berjuang untuk memiliki diri anda juga. Pilihlah dia yang mahu mempertahankan hubungan kerana kasih sayang dan cintanya terhadap diri anda.

Janganlah berjuang sendirian kerana ia bukanlah satu perkara mudah. Pilihlah si dia yang mahu bersama dengan anda, bukan anda sahaja yang ingin bersamanya. Barulah hati tenang dan tidak makan hati sepanjang masa.

Pilihlah Pasangan Hidup Yang Sama-Sama Ingin Berjuang Dalam Perhubungan

IKLAN

Memendam perasaan seorang diri hanya kerana sayangkan perhubungan yang dibina amat tidak berbaloi kerana akhirnya, anda sendiri yang kecewa dan makan hati.

Jika anda fikir dia akan berubah satu hari nanti, hentikan segera pemikiran seperti itu. Anda perlu sedar bahawa mereka tidak akan berubah selagi tidak kehilangan anda.

Mereka tahu anda begitu takut jika kehilangan mereka. Jangan kerana cinta, anda sanggup melukakan hati dan perasaan sendiri. Jangan buta! Buka mata dan lihat apa yang telah dia lakukan untuk anda? Tiada kan?

IKLAN

Jangan fikir yang mereka nampak segala yang anda lakukan. Ia amatlah mustahil. Mereka tidak pernah nampak atau fahami apa yang anda lakukan. Mereka yang buta sebenarnya.

Pilihlah Pasangan Hidup Yang Sama-Sama Ingin Berjuang Dalam Perhubungan

IKLAN

Jadi, berfikirlah secara realistik. Jangan hidup dalam angan-angan dan berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Terimalah kenyataan walaupun ia menyakitkan. Anda juga berhak untuk bahagia.

Jika kehilangan dirinya memberi kebahagiaan untuk diri anda, lakukanlah. Pilihlah pasangan yang mahu bersama anda dengan ikhlas dan mahu mempertahankan segalanya bersama anda. Bukan hanya biar anda seorang perjuangkan hubungan ini.

Kredit: baituljannah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI