Hubungan

Pilihlah Waktu Pagi Untuk Bersama Suami, Anda Akan Rasa Lebih Berbeza

Share

Ramai yang menyangka waktu malam adalah waktu terbaik untuk ‘bersama’ suami. Tetapi bila difikirkan semula, tubuh kita sudah terlalu penat untuk melalui saat bersama suami dengan baik. Mana tidaknya, pada waktu siang kita sibuk bekerja dan menguruskan anak-anak. Tentulah malam menjadi waktu terbaik untuk berehat.

 

Rupa-rupanya, sudah banyak kajian menunjukkan reaksi positif apabila pasangan suami isteri ‘bersama’ pada waktu awal pagi.

 

Suami sudah sedia ‘bangun’ pada waktu pagi

  • Dr Arlene Goldman, seorang pakar terapi berkata “Kebanyakkan suami biasanya paling ghairah pada waktu pagi. Ketika ini hormone testosterone mereka berada pada tahap paling tinggi.”
  • Tambahnya lagi, pasangan suami isteri wajar mengikut tip seks unutk bersama pasangan pada waktu pagi kerana sudah mendapat rehat yang cukup selepas tidur. Kalau tak selesa dengan bau mulut selepas bangun tidur, gosoklah gigi dahulu atau standby sahaja gula-gula getah.

 

Suami lebih berkeyakinan

  • Martha Lee, seornag pakar seksologi berkata, “Ereksi pada waktu pagi mengurangkan rasa cemas pada suami. Jadi dia lebih berkeyakinan.”

 

Mulakan hari dengan kasih sayang

  • Pasangan suami isteri akan lebih rapat dan dekat. Ia merupakan permulaan hari yang lebih baik.
  • Seks mengeluarkan hormon oksitoksin yang membuatkan segalanya lebih positif. Ia akan membuatkan anda rasa lebih gembira dan puas sepanjang hari.

 

Bakar lemak

  • Sebuah kajian mendapati aktiviti seks membakar hampir 4.2kg kalori setiap minit untuk lelaki dan 3.1 kalori setiap minit untuk wanita.

 

Lebih bertenang sepanjang hari

  • Hubungan intim pada waktu pagi memberikan anda lebih bertenaga sepanjang hari.

 

Badan lebih sihat

  • Seks pada waktu pagi membakar kalori seolah-olah kita bersenam
  • Kajian juga mendapati hubungan seksual di pagi hari menguatkan sistem imun, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan sakit sendi.

 

Kulit lebih sihat dan awet muda

  • Kulit akan jadi lebih glowing jika kerap berasmara. Hubungan intim menggalakkan pengeluaran hormon estrogen yang baik untuk kulit muka. Makin cantiklah anda lepas ni!

 

Hidup jauh dari penyakit

  • Debby Herbenick, pengkaji dari Amerika Syarikat telah menjalankan kajian tentang kaitan seks dan daya tahan badan. hasil kajian mendapati pasangan suami isteri yang berasmara pada waktu pagi memiliki sistem imun badan lebih kuat. Malah mereka juga lebih bersemangat di pagi hari.

 

Kredit artikel: The Asian Parent Malaysia

 

 

 

IKLAN