JANGAN KEDEKUT

Memandangkan alam PJJ memerlukan persediaan mental dan fizikal, kami menasihatkan agar pasangan supaya sentiasa mementingkan keperluan dan kehendak pasangan masing-masing.

“Usah kedekut mengeluarkan duit untuk menampung kos perjalanan bertemu pasangan. Tidak kira sejauh mana pun suami atau isteri, usahakan untuk dekat dengan mereka sekerap mungkin.

“Jika mampu memandu setiap minggu, jenguklah mereka dan habiskan masa bersama. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjauhan atas faktor kerjaya dan gaji. Sentuhan penting dalam perkahwinan. Jangan biarkan pasangan mencari ruang alternatif yang boleh merosakkan hubungan dan perkahwinan.

PJJ, Usah Kedekut,  Jika Mampu Memandu Setiap Minggu, Jenguklah

TIP PJJ

1. Beri sokongan

Ads

Emosi biasanya mudah tercalar dalam hubungan PJJ. Ada masanya suami mungkin memerlukan lebih perhatian dan sebaliknya. Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga anda sendiri.

2. Saling percaya

Ia antara kunci utama dalam perhubungan tidak kira dekat atau jauh. Sentiasa prihatin dan dekat dengan pasangan. Jika timbul rasa gusar, suarakan kepada pasangan dengan baik. Sentiasa berfikir secara positif demi kebaikan serta kebahagiaan berkekalan.

3. Isi masa

Ads

Sunyi tanpa pasangan bila tiba cuti atau waktu senggang. Usahakan untuk melawat pasangan atau sibukkan diri dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti menghadiri kuliah agama, aktiviti persatuan dan sebagainya.

PJJ, Usah Kedekut,  Jika Mampu Memandu Setiap Minggu, Jenguklah

4. Sentiasa berhubung

Bahagikan masa untuk berkomunikasi menerusi telefon, e-mel, menghantar sistem pesanan ringkas atau bersembang di laman media sosial. Ketahui serba sedikit jadual pasangan supaya dia tidak terganggu.

5. Babitkan anak-anak

Ads

Anak adalah pengikat kasih. Ajaklah mereka bersembang menerusi panggilan video. Ini dapat mengingatkan pasangan bahawa dia sudah mempunyai keluarga yang memerlukannya.

6. Rancang kejutan

Kekangan masa dan jarak mungkin mengehadkan kesempatan untuk bertemu. Tempah jambangan bunga atau kejutan ringkas untuk menceriakan pasangan. Dia mungkin rasa anda lebih dekat secara tiba-tiba.

7. Saling mendoakan

Jangan lupa mendoakan pasangan terutama selepas solat lima waktu. Doakan juga semoga anda dan pasangan beroleh kesempatan untuk menjalani kehidupan normal sebagaimana pasangan lain!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI