Setiap kali ada majlis persandingan, yang paling ditunggu-tunggu adalah acara memotong kek. Bertingkat-tingkat kek tu bukan senang nak buat. Bila ditempah, harganya pula bukan murah. Ramai yang memilih untuk menggantikan kek kahwin dengan pulut kuning. Dahlah sedap, harga pun murah. Buat sendiri je!
IKLAN
Perkongsian reseipi dari Puan Maz Samad ni mudah sangat nak disediakan. Mana yang rajin, bolehlah buat bertingkat-tingkat. Nak bentuk apa pun boleh sebab kita buat sendiri di rumah. Jom kita tengok resipinya.
IKLAN
IKLAN
Tips Pulut Kuning tahan lama tidak mudah basi
1) Rendam beras pulut dengan air sejuk
2) Masukkan dua tiga biji garam kasar
3) Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4) Rendam sekurang-kurangnya selama enam jam
5) Pastikan sebelum direndam, bersihkan beras sehingga air jernih. Kemudian baru direndam.
6) Semasa rendam, masukkan dua sudu kunyit serbuk.
Kaedah Kukus Beras Pulut
1- Kukus pertama
Beras pulut di campur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru diletakkan pengukus beras pulut. Letakkan tiga atau empat helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan.
3. Semasa mengukus
Step kukusan Pertama 10 minit
Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
Step kukusan Kedua 20 minit – Pulut di campur bersama 1/2 cawan Minyak @ Majerin
Pewarna Kuning Telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau majerin supaya pulut nampak berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur untuk menaikkan ‘seri’ pulut kuning. Walaupun pulut kuning nampak berbiji-biji namun ia tetap lembut dan sedap.
Dah siap pulut kuning, jangan pula lupa sediakan rendangnya. Tak perlu dihiaskan atas atau tepi pulut kuning pun. Lepas habis acara memotong pulut kuning, bolehlah hidangkan pulut kuning itu bersama rendang secara berasingan.
Alhamdulillah, maka termetrailah ikatan dua jiwa di antara penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu Mesnun, 50, bersama pasangan hidupnya Muhammad Sufian Che Isa, 51.
Berwalikan ayahanda Mas Idayu, Mesnun @Masnun Bin Hassan, dengan hanya sekali lafaz, Muhammad Sufian Isa sah menjadi suaminya. Majlis akad nikah ini diadakan di Magica Hall Quill City Mall Kuala Lumpur.
Perarakan masuk dimulakan dengan lima dulang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pengantin lelaki pula diarak masuk bersama dua orang pengapit.
Tujuh dulang hantaran pula diarak masuk di mana anak Mas Idayu atau mesra di sapa Mummy masuk membawa dulang utama.
Persalinan rona merah jambu dari rekaan Anas Abdullah membalut indah Mummy dengan dihiasi layah panjang. Cantik dan manis sekali! Mengalir airmata Mummy ketuika duduk di pelaminan. Barangkali airmata penuh kegembiraan.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid.
Ketika berlaku pergaduhan dengan suami, dia ada menyatakan, “Awak nak sangat bercerai boleh, tunggu anak ini besar sikit (rujuk anak kami berusia empat tahun), tengok macam mana…”
Kini anak kami sudah berusia lima tahun. Bagaimanapun, kata-kata suami supaya menunggu sehingga anak besar itu tidak dinyatakan berapa usianya.
Adakah jatuh talak apabila kenyataan cerai seumpama itu dilafazkan oleh suami?
Anak kami juga sudah memasuki prasekolah. Adakah boleh dinilai anak sudah besar seperti dinyatakan suami itu boleh menyebabkan jatuhnya talak atau selepas anak tamat sekolah kelak iaitu ketika dia berusia 18 tahun?
Setiap ungkapan bermaksud cerai atau talak perlu diteliti dari aspek rukun dan syarat talak. Prosedur itu biasanya akan dilakukan Mahkamah Syariah ketika mendengar permohonan mengesahkan lafaz talak.
Mahkamah Syariah bertanggungjawab menyelesaikan setiap urusan dan masalah yang timbul dalam perkahwinan orang Islam di Malaysia.
Sebarang kemusykilan menyentuh talak hendaklah segera dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk diberi penjelasan dari segi hukum syarak.
Merujuk kepada persoalan mengenai lafaz yang wujud di dalamnya perkataan cerai, adakah ia benar-benar lafaz cerai dilafazkan suami terhadap isterinya? Adakah lafaz ini sah dan menjatuhkan talak?
Bagi merungkai persoalan ini, lebih baik kita fahami apakah lafaz cerai yang boleh menggugurkan talak.
Talak atau cerai ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan al-Quran, sunah dan ijmak ulama.
Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz sarih (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran). Begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talak raj’ie atau talak ba’in.
Syeikh Shamsuddin Muhammad di dalam Kitab al-Iqna’ jilid 2, halaman 287, dalam bab ‘al-Talaq’ menyebut rukun talak terbahagi kepada lima iaitu sighah (lafaz talak), mahal (orang yang ditalak atau isteri), wilayah (kekuasaan), qasad (niat) dan mutallaq (pentalak).
Persoalan sama ada gugur ataupun tidak talak yang dilafazkan itu bergantung kepada rukun dan syarat rukun sudah dipenuhi atau tidak.
Rukun pertama adalah berkaitan ‘mutallaq’ iaitu suami. Disyaratkan ke atas suami mestilah seorang mukallaf sebagaimana yang ditulis di dalam Kitab al-Iqna’ jilid 2, halaman 287 yang menyatakan: Dan disyaratkan pada orang yang menjatuhkan talak itu walaupun dengan lafaz taklik, mestilah seorang yang mukallaf, maka tidak sah talak orang yang bukan mukallaf.
Ini berpandukan kepada hadis yang bermaksud, “Diangkat qalam (tidak dikira bersalah) seseorang itu kerana tiga perkara iaitu orang yang gila sehingga ia sedar, orang yang tidur sehingga ia bangun dan kanak-kanak sehingga ia baligh.”
Dikecualikan dalam hal talak ini orang yang mabuk. Maka sah talak yang dilafazkan oleh orang mabuk sebagaimana dinyatakan di dalam Kitab Raudhah.
Rukun seterusnya adalah berkaitan wilayah iaitu kekuasaan. Seorang suami berkuasa penuh untuk menjatuhkan talak ke atas isterinya.
Kekuasaan juga membawa maksud tidak dipengaruhi atau dipaksa oleh mana-mana pihak dengan sebarang ugutan atau ancaman.
Rukun yang berikutnya adalah berkaitan sighah iaitu lafaz talak yang dibuat oleh perayu dan juga qasad atau niat untuk melakukan talak.
Terdapat dua jenis talak iaitu yang nyata dan sindiran. Talak yang nyata itu ada tiga lafaz iaitu firaq (cerai), saraah (lepas) dan talak yang nyata (sarih) yang tidak lagi memerlukan niat.
Lafaz cerai dengan perkataan talak seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk) dan memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”
Lafaz sindiran atau kinayah adalah lafaz yang membawa maksud talak dan juga maksud selain talak.
Bagaimanapun, kemungkinan makna talak adalah lebih kuat daripada makna lain.
Merujuk kepada persoalan minggu ini, lafaz yang dibuat suami seolah-olah bermaksud talak tetapi jika diperhalusi semula, terdapat pergantungan kepada syarat iaitu tunggu anak besar (tanpa kenyataan jelas apa maksud besar itu di sisi suami).
Ayat terakhir lafaz itu juga menyebut: “Tengok macam mana.” Syarat talak bergantung kepada keadaan anak itu tidak jelas dan hanya suami yang tahu maksud dan niat beliau menyatakan sedemikian.
Sehubungan itu, suami perlu jelaskan apa maksudnya pada ayat atau syarat anak berkenaan.
Seterusnya, suami juga menggantungkan syarat anak itu besar dan tengok macam mana, seolah-olah suami perlu membuat pertimbangan semula mengenai perceraian yang diminta isterinya.
Kesimpulannya, lafaz cerai yang didakwa itu adalah salah satu lafaz berbentuk sindiran atau kinayah manakala rukun lain seperti suami, isteri dan wilayah sudah jelas.
Namun, dari segi rukun sighah, niat itu tidak jelas dan perlu diterangkan suami.
Puan dialu-alukan untuk mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah berhubung lafaz yang dibuat suami.
Sekurang-kurangnya kedua-dua pihak mendapat penjelasan dari segi hukum yang lebih tepat dan menjadi panduan untuk masa hadapan.
Bertemu jodoh adalah satu rezeki. Tak kisahlah berapa lama usia perkenalan asalkan ada keserasian bila bersama. Dah pasang niat untuk berkahwin, kena juga pasang niat untuk menjadi isteri terbaik untuk suami.
Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan oleh isteri agar menarik bagi suami, iaitu:
1. Menyambut kedatangan suami dengan senyuman
Tanggung jawab suami adalah mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga. Oleh itu, mereka bekerja untuk mendapatkan wang. Hal inilah yang membuat mereka penat ketika pulang dari pekerjaannya. Sesampainya di rumah, seorang isteri harus menyambut kedatangan suami dengan senyuman yang ikhlas.
Secantik apapun seseorang, tidak akan menyejukkan hati suami jika ia tidak senyum di hadapan suami. Ketulusan senyum membuat kepenatan suami berkurang kerana merasa seronok melihat istrinya itu. Cara menjadi isteri idaman suami dapat dilakukan dengan hal ini.
2. Merendahkan suara di hadapan suami
Suami adalah ketua keluarga yang harus dihormati oleh isteri. Bahkan Allah memerintahkan kepada isteri untuk merendahkan suaranya ketika di depan suami. Meskipun sedang dalam keadaan marah sekalipun, seorang isteri juga harus berkata-kata dengan lembut agar masalah tidak semakin besar kerana emosi suami yang terganggu.
Selain itu, dengan berbicara lemah lembut kepada suami untuk mencerminkan rasa hormat kita pada suami. Inilah isteri idaman kebanyakkan lelaki.
3. Memperhatikan keindahan dan kebersihan tubuh
Pastinya kita selalu ingin melihat suami dengan kesegakkannya dan kebersihan. Begitu juga dengan suami yang menginginkan isterinya berpenampilan demikian. Tanggung jawab sebagai seorang isteri adalah mengerjakan urusan rumah, seperti memasak, mencuci, dan banyak lagi.
Meskipun demikian, seharusnya tanggung jawab itu tidak menghalang kita untuk melakukan tanggung jawab lain iaitu membuat suami bahagia dengan berpenampilan cantik. Namun, kita juga tidak harus membazir wang hanya untuk melakukan perawatan. Masih banyak perawatan yang boleh kita lakukan tanpa menghabiskan banyak wang. Ini dilakukan agar tubuh kita nampak cantik di mata suami.
4. Mengendalikan kewangan keluarga
Cara lainnya adalah isteri harus bijak mengatur kewangan keluarga dengan sebaik mungkin. Suami sudah bekerja keras untuk mendapatkan wang. Jadi, kita harus pandai-pandai menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan suami. Keperluannya harus lebih diutamakan daripada keinginan.
5. Membuktikan kemampuan dalam mengurus rumah
Rumah merupakan tempat dimana kita tinggal. Setelah suami bekerja di luar maka ia akan menghabiskan waktunya di rumah. Oleh itu, rumah harus bersih dan indah agar suami seronok untuk tinggal di rumah. Hal ini merupakan kewajiban isteri untuk menguruskan kerja-kerja rumah, seperti meyapu, membersih dan lain-lain.
Selain itu, masaklah makanan kesukaannya. Ia juga menjadi cara untuk belajar menjadi isteri yang solehah. Dengan cara ini, suami akan sering di rumah sehingga hubungan suami isteri dapat terjalin dengan baik dan harmoni.