Nampak tidak logik, tapi itulah yang telah dilakukan oleh wanita ini. Dia telah nekad berkahwin dengan selimut atas sebab tiada jodoh untuk bersama lelaki. Seorang wanita di England geram kerana jodohnya tidak sampai-sampai, bercadang mengahwini selimutnya dalam satu majlis secara besar-besaran.

Beliau turut mendakwa mempunyai hubungan intim dan rapat dengan selimutnya itu. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana hubungan intim dengan selimutnya boleh berlaku. Nama sebenar, Pascale Sellick berumur 49 tahun telah merancang sebuah majlis perkahwinan mewah dengan bantuan seorang perunding perkahwinan untuk ‘meraikan’ hari yang bersejarah dengan selimutnya itu.

Putus Asa Tidak Temui Jodoh, Wanita Kahwini Selimut Kerana Geram

Bekerja sebagai seorang artis, Pascale mengatakan dia sukar mendapat pasangan kerana sikapnya yang kasar. Beliau bercadang untuk menjemput semua sahabat handai yang sudi berkongsi kegembiraan pada hari perkahwinannya. Pascale berkata, hubungannya tidak pernah bertahan lama, kecuali dengan selimutnya.

IKLAN

Putus Asa Tidak Temui Jodoh, Wanita Kahwini Selimut Kerana Geram

“Saya mencintai selimut saya kerana ia sentiasa berada di sisi untuk memberikan pelukan. Majlis perkahwinan kami akan diadakan secara besar-besaran dengan muzik, persembahan dan hiburan,” katanya.

-Pascale

 

IKLAN

Pascale bercadang untuk memakai baju tidur khas dan selipar pada hari istimewanya bersama selimut. Walau bagaimanapun, beliau merahsiakan pakaian ‘suaminya’ pada hari itu. Majlis dijangka akan dilangsungkan pada 10 Februari di Rougemont Gardens di Exeter disusuli dengan sambutan keraian di The Glorious Art House.

IKLAN

Putus Asa Tidak Temui Jodoh, Wanita Kahwini Selimut Kerana Geram

Tetamu dikehendaki memakai pakaian tidur atau pijama dan selipar ke majlis khas itu. Mereka juga digalakkan membawa patung beruang atau botol minuman panas.

Kredit:Bukanaku.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI