
Wah…berseri-seri malam berinai Dynas yang berlangsung di kediaman ibunya di Shah Alam malam semalam.
Pagi ni majlis akad nikah telah selamat dilaksanakan dengan baik Alhamdullilah buat Dynas dan Shazrik yang sah bergelar suami isteri pagi ini.
Hantaran tujuh berbalas sembilan dengan jumlah mas kahwin sebanyak RM 10,000 ini sudah memadai bagi Dynas Mokhtar. Harapannya kali ini biarlah kasih sayangnya sehingga akhir hayat.
Sebalik himpunan hantaran ini ada kisah yang cukup istimewa buat Dynas. Salah satu hantaran tersebut cukup menyentuh jiwa Dynas. Set barang kemas itu cukup bermakna dan amat istimewa untuknya.
Kreatif Sungguh Pelamin Ala Yuna Ini. Hanya Berlatarkan Kebun Pisang Ayah.

Siapa sangka pelamin Yuna yang sangat mewah rekaan The Calla menjadi insprasi oleh banyak pengantin-pengantin baru. Mungkin tidak memiliki bajet sebanyak yang dikeluarkan Yuna, namun kreativiti perancang perkahwinan nyata memberikan kelainan terhadap majlis resepsi yang diadakan. Seperti yang kita tahu baru-baru ini tular tentang ramai yang mahukan pelamin ala-ala Yuna namun dengan permintaan bajet yang tidak munasabah serendah RM200. Nak beli bunga pun tak lepas tu!
Namun kini tular ‘Pelamin Yuna Tak Yuna Sangat’ yang dihasilkan secara kreatif oleh Butik Pengantin Setia. dalam status laman facebook mereka perancang perkahwinan butik ini berkata, “Selesai pelamin petang ini. Kerja saya adalah untuk merealisasikan impian pengantin. Lagipun ini kerja mulia, dapatlah buat pelamin Yuna Tak Yuna Sangat sesuai dengan harga bayaran. Mungkin kalau bajet lebih lagi saya dapat buat 90% sama. Lagipun artis banyak duit, kita pula buat cara duit tak banyak. Kami cuba buat mengikut barang yang sudah sedia ada dengan garapan idea sendiri berlatarkan pokok pisang dan pokok serai yang segar. Pengantin suka dan kita pun suka bila pengantin nampak gembira.”
Dalam satu temubual bersama laman sesawang mstar, perancang perkahwinan butik ini ada menyatakan yang menelan kos antara RM1000 ke 1500 bergantung kepada penggunaan bunga, kerusi serta kos pemasangan dan penghantaran. Dan pelamin yang diadakan berlatar belakang pokok pisang ini merupakan pelamin kedua yang digunakan untuk tujuan bergambar kerana pelamin utama berada di dalam rumah.
Kredit foto: Butik Pengantin Setia
Konsep Pelamin Berasas Kayu Yang Nampak ‘Have-Have’!

Sudah menjadi perkara wajib bila setiap kali bertunang atau bernikah mesti ada mini pelamin kan? Tak salah sebenarnya. Kalau ada bajet apa salahnya, untuk anda juga. Namun, kalau bajet pun biasa-biasa sahaja jangan lah pula ‘demand’ nak yang mahal.
Tidak semestinya dekorasi yang simple itu tidak nampak menawan. Malah, ia boleh kelihatan seperti mahal jika anda pandai memilihnya. Dekorasi berasaskan kayu tidak lapuk juga dengan pelbagai hiasan yang digabungkan membuatkan ia nampak unik.
Tak percaya? Mungkin pelamin-pelamin ini boleh menjadi ilham untuk anda. Simple but nice.
Sumber : Kotak kayu deco
Lelaki Ini Hadiahkan Hantaran Pada Isteri Senaskan Al-Quran Yang Ditulis Sendiri

Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat dan sebagainya. Namun berlainan dengan lelaki ini, dia menghadiahkan senaskah Al- Quran yang ditulisnya sendiri.
” Haritu aku ada shoot member aku nikah. Apa yg buat aku kagum dgn dia ni, hantaran yang dia bagi adalah senaskah Al-Quran yang dia tulis sendiri ! Ambil masa 3 tahun untuk tulis Al-Quran tu masa dia belajar dulu. And now dia bg kt isteri dia
Semoga kekal hingga Syurga.”
Sumber : Twitter Raja Nazrin