
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu akan lebih bermakna apabila diraikan di lokasi yang sempurna.
Bayangkan berpimpinan tangan bersama pasangan melangkah ke pelamin indah, berlatar belakangkan kehijauan alam dan udara segar yang menenangkan, inilah yang menanti bakal mempelai di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.
Terletak hanya 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, lokasi ini bagaikan oasis cinta di tengah-tengah kota. IWK Eco Park menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden, menjadikannya pilihan ideal buat pasangan yang mahu meraikan cinta dalam suasana eksklusif, mesra alam dan mendamaikan.
Bertempat di 102, Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, Kuala Lumpur, taman ini bukan sekadar laman hijau, tetapi juga simbol kelestarian dan harmoni sempurna untuk mengabadikan kisah cinta yang suci.
IWK Eco Park menawarkan Dewan Merbau dengan ruang dalaman yang luas, berhawa dingin sepenuhnya dan selesa untuk sebarang majlis daripada resepsi meriah hingga jamuan rasmi. Dengan susun atur yang fleksibel, anda bebas menghias dewan mengikut tema idaman, sama ada moden elegan, tradisional eksklusif atau klasik romantik.
Bagi pasangan yang mengimpikan suasana taman di bawah langit terbuka, Laman Teratai menawarkan ruang yang tenang dan menawan. Dikelilingi dedaunan hijau serta udara segar, lokasi ini mencipta latar semula jadi yang sempurna untuk majlis perkahwinan luar biasa. Laman ini turut dilengkapi kemudahan BBQ Pit, ideal untuk majlis keluarga atau sesi santai selepas resepsi.
Untuk majlis yang lebih intim, Dewan Chengal adalah pilihan sempurna. Ruang ini sederhana namun eksklusif, sesuai untuk majlis pertunangan, akad nikah atau acara keluarga kecil yang penuh makna.
Raikan hari istimewa anda dengan gaya tanpa perlu berbelanja besar. Dewan dan laman di IWK Eco Park menawarkan kemudahan lengkap pada harga berpatutan, menjadikan ia pilihan terbaik bagi pasangan yang menghargai keselesaan dan nilai dalam masa yang sama.
Dengan lebih daripada 230 petak parkir percuma, para tetamu boleh hadir tanpa kebimbangan. Kawasan parkir yang luas dan selamat memastikan kelancaran sepanjang majlis berlangsung.
Mungkin ada yang belum tahu IWK Eco Park dibangunkan di atas loji rawatan kumbahan moden yang direka secara lestari dan mesra alam menjadikannya lokasi “eco-wedding” pertama seumpamanya di Malaysia. Dikelilingi landskap semula jadi dan rimbunan hijau, ia melambangkan cinta yang suci dan lestari, seindah alam ciptaan Tuhan.
Selain dewan dan laman, terdapat pelbagai kemudahan lain seperti surau yang luas, kemudahan tandas yang baru dinaik taraf, taman permainan kanak-kanak, kawasan santai untuk sesi fotografi pra-perkahwinan. Pemandangan semula jadinya menjadikan setiap gambar penuh ketenangan dan keindahan abadi.
Begitu dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke IWK Eco Park cukup mudah tanpa perlu menempuh kesesakan panjang. Ia memberi keseimbangan sempurna antara ketenangan alam dan kemudahan bandar.
Rasai sendiri keindahan dan ketenangan lokasi ini tempat di mana cinta diraikan dengan penuh makna. Hubungi +603-2242 0420 atau layari ecopark.iwk.com.my untuk maklumat lanjut serta tempahan pakej perkahwinan eksklusif anda.