Istimewa buat raja sehari, pakar dalam merealisasikan perkahwinan impian, AVANTÉ Hotel menjanjikan majlis gilang gemilang dengan apa sahaja tema yang anda inginikan. Tidak kira majlis bertemakan Melayu, Cina, India ataupun Barat, anda juga boleh memilih tema mengikut idea dan cita rasa yang diinginkan.
Bermula daripada persiapan awal sehinggalah pada hari bersejarah anda dan pasangan, semuanya diatur dengan sempurna. Tiada yang lebih bermakna selain meraikan pasangan mempelai pada hari bersejarah di AVANTÉ Hotel.
AVANTÉ Hotel terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Hanya lima minit berjalan di laluan pejalan kaki berbumbung bertingkat ke Stesen MRT Bandar Utama, ia menghubungkan anda dengan One Utama Shopping Centre yang merupakan antara pusat beli-belah terbesar di dunia.
Dengan 610 bilik hotel yang disediakan, pasangan pengantin dan ahli keluarga tidak perlu risau dengan barisan Bilik Superior, Deluxe hingga Suite. Dan pastinya Suite Pengantin yang luas (eksekutif) mempunyai ruang tamu berasingan, dapur kecil dan suite khas buat anda dan si dia yang tercinta!
Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan di AVANTE Hotel di aras 15. Bermula dengan kolam air masin infiniti, jakuzi yang bersambung dengan kolam renang, CHXpress Fitness 24/7 (dibuka 24 jam), pusat rawatan kecantikan dan kelab kanak-kanak.
Ads
Jika terasa lapar pula, boleh sahaja menjamu selera di Chek’s Coffee House, Poolside Bar, King Cole Jazz dan Whiskey Lounge dan tempat makan di SkyDeck.
Beralih ke lokasi majlis yang mencipta lebih banyak momen indah, Grand Ballroom dilengkapi dengan sistem bunyi terkini, candelier geometri dan susun atur dewan tarian yang menarik membawa kepada pemandangan terus dari empat Skrin LED di dalam dewan. Tidak hanya itu, siling Grand Ballroom setinggi sembilan meter turut menyerlahkan kemewahan majlis bersama dua bilik utama untuk tetamu kehormat (VIP) anda.
Merentasi Aras UC, G dan 1 pula, terdapat 11 bilik dan dewan yang boleh digunakan untuk mesyuarat, makan malam korporat, konvensyen, pameran, perkahwinan romantis dan banyak lagi.
Ads
Dengan pakej perkahwinan Mahligai Impian bermula dari RM1,888 dan ke atas, AVANTE hotel menyediakan pelbagai menu pilihan. Tetamu juga akan menerima minuman koktel dan snek ringan ketika menjejakkan kaki ke AVANTE hotel.
Berlatar belakangkan hiasan menawan dan bunga-bungaan, dekorasi dewan turut dihiasi dengan lampu ‘fairy light’, pasangan pengantin pasti akan dilayan seperti di alam fantasi dan cerita dongeng yang mengagumkan.
Tetamu pastinya tidak sabar menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat, bermula pembuka selera iaitu sup, hidangan utama dalam dome dan pencuci mulut. Anda dan ahli keluarga (maksimum 10 orang) diberi peluang untuk menikmati sajian terlebih dahulu (food testing).
Ads
Untuk melengkapkan malam indah itu, anda berpeluang menayangkan kenangan manis pasangan pengantin pada skrin LED yang dibina khas dengan sistem bunyi mengagumkan. Istimewa untuk tetamu anda, mereka bakal menikmati tempat letak kereta dengan kadar istimewa. Jadi tetamu anda boleh meraikan hari bahagia anda!
Selepas majlis perkahwinan diraikan, nikmati penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Suite Eksekutif yang mewah untuk pasangan pengantin berserta bufet sarapan pagi di Chek’s Coffee House. Ahli keluarga yang menginap juga akan menikmati dua Bilik Superior percuma dengan sarapan pagi.
Pakej perkahwinan Mahligai Impian sah sehingga 31 Disember 2023. Tempahan minimum 30 meja diperlukan untuk layak mendapat pakej penuh.
Untuk informasi lanjut, hubungi pakar perkahwinan kami di talian 03-7681 7777/03-7681 7769 (DID), WhatsApp: 016-302 6808 atau e-mel kepada cne@avantehotel.com.my. Untuk butiran lanjut, layari laman web https://www.avantehotel.com.my/weddings/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya bila masuk fasa tawar hati dalam hubungan, semua akan jadi rapuh. Jadi hilang mood dan akhirnya makan dalam. Banyak punca dan sebabnya.
Begitulah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, fasa tawar itu bila kau malas nak tegur, malas nak nasihat, malas nak cakap banyak. Jadi tak excited nak cerita, kau tak beriya-iya nak sembang.
Jangan Sampai Masuk Fasa Tawar Hati
Perbualan hati ke hati tu, dah lama tak jadi. Dah lama pendam, dah lama simpan. Banyak persoalan tak ada jawapan, banyak masalah tak ada penyelesaian.
Masa tu, hubungan dah tawar. Kau hal kau, aku hal aku. Tapi tanggung jawab tetap tunai, tetap buat.
Kurang Menghargai
Benda ni bukan berlaku selepas 10 tahun ke atas, tapi setahun dua pun dah rasa andai pasangan tu, tak memahami kita, tak menghargai kita, tak nampak apa yang kita buat untuk dia, tak cuba tanya isi hati kita, apa sebenarnya yang kita rasa.
Hubungan pada fasa tawar hati ini, hubungan yang dah reda dengan ketentuan. Panjang pendek, lambat singkat hubungan tu, atas takdir Allah s.w.t.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar cerita Hero Malaysia, Azwan Omar atau lebih mesra dikenali dengan nama Abang Viva. Sejak kisahnya ‘melamar’ jurulatih kesihatan, Evanoza Zakaria, ramai yang cuba menilik bilakah agaknya mereka akan naik pelamin.
Kesempatan bertemu dengan Eva membuatkan Pesona Pengantin pun teruja nak tahu kisah mereka. Kecil molek orangnya, Eva hadir ditemani tunang tersayang.
Azwan membawa bendera Malaysia ke Komanwel
“Masa Azwan buat live tu, kami berada di International Youth Club (IYC) untuk satu program zumba. Kemudian, ada sesuatu yang Eva buat namun tidak disukainya. Dek kerana terlalu penat membuatkan saya tidak berapa nak layan isu yang Azwan bangkitkan itu. Masa tu dia merajuk dan terus nak memandu balik ke Melaka.
Nak dijadikan cerita, Azwan menghubungi saya berkali-kali untuk video call tapi saya tak layan. Terlalu penat. Lepas tu Azwan minta saya masuk live dan saya sangat terkejut bila Azwan tunjukkan cincin. Ingatkan dia main-main. Entah bilalah dia beli cincin tu. Nasib baik muat di jari!”
Azwan Pandai ‘Curi Hati’
Selepas menerima cincin pemberian Azwan, masing-masing bertemu dengan keluarga dan memberitahu tentang hubungan mereka walaupun sebelum ini baik Eva dan Azwan, pernah bertemu keluarga.
“Kesungguhan Azwan untuk kenal saya membuatkan saya tertarik padanya. Dia sanggup terima kelebihan dan kekurangan saya. Begitu juga saya. Selalu kalau kami keluar, memang akan ada sahaja orang yang ingin bergambar. Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat ‘selamat’. Mata dia akan melilau cari saya.”
Sungguhpun belum ada perancangan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, Eva sendiri tidak mengimpikan majlis besar-besaran. Cukup asal mendapat keberkatan dan kebahagiaan yang kekal hingga ke Jannah.
Azwan kini sudahpun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Misi bantuan ini dijalankan bersama Eva dan beberapa anggota lain. Walaupun rajin mengikuti misi bantuan, Eva masih ligat menjalankan aktiviti zumba yang menjadi kerjayanya sejak 12 tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular berita dan gambar penyanyi, Adira Suhaimi failkan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di media sosial.
Malahan peguam syarie yang mewakili suami kepada Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan mengesahkan punca wanita itu memfailkan perceraian kerana tidak ada lagi persefahaman dalam hubungan rumah tangga.
Datuk Red Tidak Bersetuju Dan Mahu Pertahankan Rumah Tangga
Namun menerusi portal Kosmo!, Datuk Red tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat oleh Adira dan masih lagi mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi tersebut.
“Saya tidak boleh mengulas panjang tentang perkara ini. Namun apa yang boleh saya kongsikan, punca Adira memfailkan perceraian adalah kerana tiada lagi persefahaman.
“Anak guam saya (Datuk Red) tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat oleh isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka,” ujar Akmal.
Tidak Dapat Hadir Ada Urusan
Mengulas lanjut tentang sebutan kes yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor, Akmal berkata, proses tersebut adalah bagi melantik wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diperintahkan sebelum ini.
Namun, Datuk Red selaku defendan kes berkenaan gagal membawa wakil disebabkan calon berkenaan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
“Wakil sudah ada, cuma kami baru dimaklumkan pagi tadi dia tidak dapat hadir sebab ada urusan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menangguhkan sebutan kes tersebut pada 18 Disember ini.
Adira Suhaimi Failkan Cerai Kali Kedua
Terdahulu, kecoh apabila Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi tadi.
Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.
Permohonan tersebut diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Tindakan tersebut sekali gus menjadi permohonan kedua Adira selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.
Adira yang baru sahaja diumumkan sebagai naib juara program Famili Duo musim ketiga pada malam tadi menjadi isteri kedua kepada Datuk Red selepas mereka bernikah pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkahwinan bersama, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...