Ada pasangan pengantin baru yang menikmati bulan Ramadan ini bersama-sama buat pertama kali. Seronok bila ada teman bangun sahur, makan bersama-sama ketika berbuka dan menyediakan juadah.

Disebabkan ini kali pertama anda menyambut kehadiran Ramadan bersama pasangan, ada beberapa tip yang boleh buat jadual harian anda menjadi mudah dan menyeronokkan. Sambil-sambil kumpul pahala, boleh juga mengeratkan lagi hubungan dan mengenali pasangan dengan lebih baik.

Bersahur Dan Berbuka Bersama

Sebelum ini anda berbuka seorang diri atau bersama kawan-kawan di rumah sewa. Bagi yang tinggal dengan dengan keluarga mungkin tidak terasa sangat. Tahun ini bersahur da berbuka, ditemani suami atau isteri.

Ramadan Pertama Pengantin Baru, Macam-macam Perkara Boleh ‘Explore’ Bersama
Kredit foto: Freepik

Solat taubat

Sebelum masuk bulan Ramadan, bangunlah bersama suami di sepertiga malam unutk mengerjakan solat sunat taubat. Mohon pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa anda di masa lampau dan kini. Mohon juga agar hubungan suami isteri sentiasa di bawah pelindungan Allah.

IKLAN

Berjemaah

Ajaklah pasangan untuk solat berjemaah. Jika ada kelapangan, lakukan di setiap solat waktu terutamanya ketika hujung minggu.

Solat Tarawih

Jika sebelum ini anda pergi solat tarawih dengan famili atau dengan kawan-kawan, tahun ini anda pergi dengan pasangan pula ye. Tentu perasaannya berbeza!

Ramadan Pertama Pengantin Baru, Macam-macam Perkara Boleh ‘Explore’ Bersama
Kredit foto: Pexels

Jadual

Ada pasangan yang masing-masing akan keluar bekerja setiap hari. Ada juga yang hanya seorang sahaja yang keluar untuk mencari rezeki. Biar apa pun, jangan lepaskan peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk anda masak bersama.

IKLAN

Jaga kesihatan

Pastikan kesihatan anda dan pasangan sentiasa terpelihara. Sediakan supplemen tambahan untuk anda dan pasangan agar bila berpuasa nanti tidaklah lemah sangat.

Sukan

Siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam? Apabila anda berpuasa lebih awal, anda melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga. Sambil itu anda juga boleh cuba untuk bersenam bersama pasangan. Jika mampu untuk berpuasa dan bersenam bersama, senanglah nak amalkan masa bulan Ramadan nanti!

IKLAN

Tidur berjadual

Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan diri. Jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Sekiranya anda ingin mendatangi pasangan, beritahulah terlebih dahulu (jika boleh) supaya mereka bersedia dan boleh reschedule waktu tidur dengan lebih baik.

Sumber: Freepik

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI