Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan. Ada pasangan yang bakal menikmati bulan Ramadan ini bersama-sama buat pertama kali. Seronok kan bila ada teman untuk bangun sahur, makan sama-sama ketika berbuka atau menyediakan juadah bersama-sama di rumah.
Ok, disebabkan ini kali pertama anda nak menyambut kehadiran Ramadan bersama-sama, ada beberapa tip yang boleh buat jadual harian anda menjadi mudah dan menyeronokkan. Sambil-sambil kumpul pahala, boleh juga mengeratkan lagi hubungan dan mengenali pasangan dengan lebih baik.
Solat taubat
Sebelum masuk bulan Ramadan, bangunlah bersama suami di sepertiga malam unutk mengerjakan solat sunat taubat. Mohon pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa anda di masa lampau dan kini. Mohon juga agar hubungan suami isteri sentiasa di bawah pelindungan Allah.
Berjemaah
Ads
Ajaklah pasangan untuk solat berjemaah. Jika ada kelapangan, lakukan di setiap solat waktu terutamanya ketika hujung minggu.
Berpuasa awal
Cadangkan pada pasangan untuk berpuasa lebih awal, sekadar untuk mempersiapkan diri. Andainya melakukan puasa sunat pada Isnin dan Khamis sudah cukup untuk menjadi persediaan anda berdua, pun sudah memadai.
Ads
Jadual
Ada pasangan yang masing-masing akan keluar bekerja setiap hari. Ada juga yang hanya seorang sahaja yang keluar untuk mencari rezeki. Biar apa pun, jangan lepaskan peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk anda masak bersama.
Jaga kesihatan
Pastikan kesihatan anda dan pasangan sentiasa terpelihara. Sediakan supplemen tambahan untuk anda dan pasangan agar bila berpuasa nanti tidaklah lemah sangat.
Ads
Sukan
Siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam? Apabila anda berpuasa lebih awal, anda melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga. Sambil itu anda juga boleh cuba untuk bersenam bersama pasangan. Jika mampu untuk berpuasa dan bersenam bersama, senanglah nak amalkan masa bulan Ramadan nanti!
Tidur berjadual
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan diri. Jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Sekiranya anda ingin mendatangi pasangan, beritahulah terlebih dahulu (jika boleh) supaya mereka bersedia dan boleh reschedule waktu tidur dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, antara tip untuk memikat hati suami adalah melalui masakan dan air tangan isteri. Bila perut kenyang, suami pun rasa gembira. Bila tengok suami makan dengan penuh berselera, hati isteri pun jadi seronok.
Apatah lagi di musim PKP ini. Memang setiap masa kita akan masak demi memenuhi selera suami dan anak-anak tercinta. Tidak dapat dinafikan kadangkala agak penat untuk memasak setiap hari. Itu belum lagi pening kepala memikirkan menu yang mahu dimasak.
Sebaiknya, janganlah merungut apabila suami meminta kita untuk memasak kerana ada sebab disebaliknya yang kita sendiri tak tahu. Perkongsian oleh Auzlien Sham di laman Facebooknya sedikit sebanyak membuka mata kami tentang hikmah disebalik masakan seorang isteri buat suaminya.
Semoga bermanfaat untuk isteri di luar sana.
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…
Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…
”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”
”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…?? ” soalku lembut.
”Ermm tak. Kenapa sayang??? ” pendek dan ringkas jawapan dia.
”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…
”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.
Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…
”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…
”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.
”Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ”
Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…
”Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…
”Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…
”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…
Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri…
Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa… bersyukurlah…
Wallahu A’lam..
LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia banyak MENGALAH dari umur yang sangat muda.
Dia membelanjakan semua duit, untuk beli HADIAH, untuk yang dia CINTA, hanya untuk melihat dia TERSENYUM..
Dia KORBANKAN masa Bujangnya hanya untuk seorang WANITA…. Dia KORBANKAN masa mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.
Dia bina MASA DEPAN mereka Sekeluarga dengan hutang dan membayar hutang sampai stress..
Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain
Kalau dia keluar rumah,kata org dia MERAYAU…
Kalau dia tinggal dirumah,kata org dia MALAS….
Kalau dia marahi anak2,kata org dia GALAK…
Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS…
Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGONGKONG…
kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI
Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI (Geng Takut Bini)
Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG…
Kalau tak mahu tolong wanita lain, katanya KEJAM..
Tapi di tengah terpaan segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR…. KUAT
Dialah LAKI-LAKI….
HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang sudah dilakukan buat Anda.
Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa LAKI-LAKI itu amat BERHARGA…. walau seburuk apapun suami mu….
Ada yang rezeki mereka awal dan ada yang rezeki mereka lambat bila berbicara soal zuriat. Ada yang kahwin 10 tahun tapi masih belum nampak tanda-tanda yang mereka bakal dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Tapi rezeki harta mereka lebih banyak dari mereka yang mempunyai zuriat.
Ada juga yang baru sebulan berkahwin sudah mendapat berita gembira tapi masih kekurangan dari segi harta. Cantiknya perjalanan yang diaturkan yang Maha Esa. Jangan risau jika anda masih belum dikurniakan zuriat. Allah pasti tahu mana satu yang terbaik untuk anda.
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...