Jika anda seorang wanita yang sedang mencari pasangan di luar sana, ini adalah satu kajian untuk anda sebagai rujukan dalam mencari lelaki. Sebuah kajian ilmiah menyatakan bahawa ramai perempuan ternyata lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik dibanding dirinya.

Ramai Perempuan Akan Lebih Bahagia Dengan Pasangan Berwajah Biasa-Biasa Sahaja

Penemuan ini merupakan hasil kajian Florida State University yang menganalisa hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin pada awal usia 20-an. Tujuannya adalah mencari sebab adakah penampilan menarik seseorang merupakan faktor penentu kebahagiaan dalam hubungan rumah tangga.

Ramai Perempuan Akan Lebih Bahagia Dengan Pasangan Berwajah Biasa-Biasa Sahaja

Penelitian di atas sebenarnya bukan benda baru, kerana pada tahun 2011 laporan dari Journal of Personality and Social Psychology telah menyatakankan bahawa lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya memiliki perkahwinan yang lebih serasi dan bahagia.Penemuan terbaru ini menyokong perkara itu, di mana ramai perempuan ternyata memang lebih bahagia dengan lelaki ‘muka tongkang pecah’.

IKLAN

Dalam kajian itu, para peneliti memberi beberapa pertanyaan pada para peserta dengan maksud mencari sebab sejauh mana keinginan mereka menjadi seksi dan bagaimana usaha yang dilakukan untuk tampil menarik.

Ramai Perempuan Akan Lebih Bahagia Dengan Pasangan Berwajah Biasa-Biasa Sahaja

Pada akhir kajian, didapati bahawa perempuan yang memiliki suami menarik ternyata lebih sering bimbang soal penampilan mereka sehingga melakukan berbagai usaha seperti diet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut suaminya akan direbut orang lain atau berlaku curang.

IKLAN

Sebaliknya, para isteri yang memiliki suami biasa-biasa sahaja, ataupun kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri mereka dalam hal penampilan. Mereka juga tidak merasa perlu bersaing dengan perempuan lain untuk nampak cantik. Kerana dapat menikmati hidup tanpa perasaan risau, para isteri ini lebih bahagia.

Ramai Perempuan Akan Lebih Bahagia Dengan Pasangan Berwajah Biasa-Biasa Sahaja

“Hasil kajian itu menunjukkan bahawa memiliki suami handsome dan menarik mungkin memberi kesan negatif bagi para isteri, terutama bila mereka tidak semenarik pasangannya,” ujar peneliti Tania Reynolds. “Itu juga sebabnya banyak kes diet yang keliru dari mereka demi menjaga penampilan.”

IKLAN

Jadi kesimpulannya para wanita di luar sana, carilah lelaki yang sedang-sedang sahaja supaya anda tidak memaksa diri untuk kelihatan cantik lebih dari pasangan anda dan bimbang suami anda berlaku curang. Apa-apapun ini hanyalah sebuah kajian sahaja. Selebihnya kita sepatutnya lebih peka dan arif untuk menilai pasangan kita.

Ramai Perempuan Akan Lebih Bahagia Dengan Pasangan Berwajah Biasa-Biasa Sahaja

Untuk Lelaki yang kurang menarik di luar sana, dengan terbitnya hasil kajian ini diharapkan lebih mudah untuk anda mendapat pasangan yang cantik jika mereka mengambilkira hasil kajian ini sebagai rujukan mencari jodoh.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI