Mengaku akan kesilapan diri tidak semua mampu melakukannya. Tapi sebaiknya ketahuilah kelemahan diri dalam membimbing seorang yang digelar isteri supaya akan datang tidak menjerat diri. Suami ketahuilah bahawa banyak dosa bakal ditanggung jika anda sendiri mengabaikan apa yang perlu anda buat. Kahwin mungkin mudah, mendidik dan menjadikan keluarga anda sebagai keluarga sakinah adalah satu cabaran yang perlu dilalui bersama-sama pasangan. Ini adalah tiga dosa suami yang semakin ketara hari ini, tapi kurang diendahkan.

Ramai Suami Pejam Mata Kekurangan Diri Sendiri, Tapi Kalau Salah Isteri Nampak Sahaja

1. Tidak mengajarkan isteri ilmu agama

Berapa ramai suami yg mengimamkan isteri solat berjemaah? Berapa ramai suami yg mengaji Al Quran bersama2 isteri? Berapa ramai suami yg selalu berpesan2 kpd isteri akan apa yg baik utk dilakukan, apa yg kurang baik utk ditinggalkan?

Ramai suami yg dia sendiri pun tak solat…ramai suami yg dia sendiri pun dah lama xbaca Al Quran…nak berpesan2 lagilah tidak…kewajipan dan tanggungjawab suami ialah memelihara dirinya, isterinya dan anak2nya drpd azab kubur dan seksa api neraka…Sebagai suami, tanya diri sendiri, kita ada buat x…? Atau kita biar ja isteri dan anak2 jadi baik dgn sendirinya…?

Ramai Suami Pejam Mata Kekurangan Diri Sendiri, Tapi Kalau Salah Isteri Nampak Sahaja

2. Tidak memberi nafkah dan membiarkan isteri mencarinya dengan sendirinya

Isteri bekerja, berniaga, mencari pendapatan bukanlah sesuatu yg asing lagi zaman skrg ni…tujuan kebykan isteri mempunyai pendapatan adalah utk meringankan bebanan yg ditanggung suami…tapi bagaimana jika suami menyalahgunakan isteri yg mempunyai pendapatan ini utk kepentingan dirinya sehingga dia bersikap lepas tgn terhadap apa yg perlu ditanggungnya?

IKLAN

Isteri ada duit sendiri, maka belilah keperluan isteri dgn duit tersebut…ingat, keperluan isteri seperti makan minum, pakaian, perhiasan, perubatan dan tempat tinggal adalah dibwh tanggungan seorang suami..Bukan isteri… Suami akan dianggap "berhutang" dgn isteri sekiranya isteri tidak redha diperlakukan sedemikian rupa…

Ramai Suami Pejam Mata Kekurangan Diri Sendiri, Tapi Kalau Salah Isteri Nampak Sahaja

3. Tidak membantu isteri dalam urusan rumah

Byk suami yg masih ada minded, keje rumah ni keje isteri…sbb keje suami ni hanyalah mencari rezeki sahaja…tugas hakiki isteri ialah melayani suami dan mentaati suami…tapi utk memudahkan urusan suami, utk menjadi isteri yg baik dan solehah, maka isteri buat semua keje2 rumah disebabkan suami dah pun keluar mencari rezeki utk keluarga…kita pun dah sinonim dgn kelaziman tersebut, dibesarkan juga dgn melihat situasi ini, maka kita meneruskan tradisi "keje rumah keje isteri"…

IKLAN

Kita sebagai suami masih perlu utk melakukannya bila kita ada masa…ianya bukan tugas dan tanggungjawab isteri sepenuhnya, ianya masih dibahu kita dan menjadi sunnah utk membantu isteri melakukan keje2 rumah… Byk lagi klu nak dinyatakan disini, tapi ini antara 3 dosa suami terhadap isteri yg ketara di zaman kini…

IKLAN

Jgn ambil mudah akan perkara ini, ubahlah sebelum terlambat…

Nota kaki : Ambik balik tugas, tanggungjawab dan kewajipan kita…ini adalah utk memudahkan urusan kita "di sana"…

sumber : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI