Cinta memang buta, tapi janganlah sampai buta hati pula, terima bulat-bulat semua yang dibuat padamu walaupun perkara itu sangat menyakitkan. Cuba perlahan-lahan cari apa kurangnya si dia dan fikir sendiri adakah anda layak untuknya. Pastikan anda tahu list ini dahulu sebelum ambil langkah untuk ucap selamat tinggal.
Tanda 1: Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu
Lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.
Tanda 2: Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua
Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.
Tanda 3: Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu
Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu. Ketika kamu sedang sakit, dia tidak begitu kisah dan bersikap sambil lewa.
Tanda 4: Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.
Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu. Tapi untuk dia, dia tak mahu lakukan perubahan, katanya susah untuk lakukan berubahan..
Tanda 5: Dia tidak percaya dengan kamu
Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? Sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.
Tanda 6: Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita)
Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor, tetapi apa yang si dia katakan bahawa "tak payahlah jadi doktor, perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga". Malah bila kamu buat sesuatu yang kamu minat seperti masuk pertandingan badminton, dia tidak pernah datang menonton perlawanan kamu untuk memberi semangat.
Tanda 7: Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood
Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.
Tanda 8: Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat
Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai? Kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa, "awak saya tak makan mee goreng la, lain kali tanya dulu sebelum masak tu, sama ada saya suka atau tidak". Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna".
Tanda 9: Tiada chemistry atau keserasian
Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? Bagaimana nanti bila dah berkahwin?
Tanda 10: Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.
Tujuan kita perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa? Bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan? Jika hanya untuk couple, rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu? Itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.
Tanda 11: Dia selalu membuat perbandingan dan mahu kamu menjadi seperti orang lain.
Dia selalu membandingkan kamu dengan orang lain seperti ahli keluarga atau kawan2nya dan mahu kamu menjadi seperti mereka. Ayat yang selalu keluar dari mulutnya, "Kenapa awak tak manja macam dia?", "Kenapa awak tak pakai baju macam dia?", "Awak pakai cermin mata ni tak sesuailah, lainlah macam dia", "Hobi awak ni macam lelaki sangatlah, tak boleh ke awak jadi macam dia minat benda2 perempuan?".
Tanda 12: Macam2 yang tidak kena dan susah menerima kamu seadanya.
Setiap insan tak dilahirkan sempurna, punya kelebihan dan kelemahan. Namun apabila setiap kelemahan dan keburukan kamu diungkit2, susah untuk menerima keadaan kamu seadanya seperti tidak bersyukur walau kamu telah membuka hatimu kepadanya, adalah sangat sukar untuk hidup bersama orang yang sentiasa merasakan itu tidak kena, ini tidak kena pada diri kamu sedangkan itulah diri kamu sewaktu dia baru mula mengenali kamu.
Tanda 13: Tidak menghormati kawan2 kamu.
Sebelum setiap hubungan cinta terjalin, kamu sudah mempunyai ramai kawan malah mempunyai sahabat baik, namun setelah bersama, pasangan kamu langsung tidak menghormati rakan2 kamu, tidak mahu berkenalan dengan rakan2 kamu, cuba menjauhkan diri kamu daripada rakan2 kamu serta tidak mahu turut serta dalam segala aktiviti yang melibatkan kamu dan rakan2 kamu. Akan tetapi dalam masa yang sama dia selalu menyuruh kamu hormat rakan2 dia.
Tanda 14: Sentiasa buat keputusan seorang diri dan tidak mahu mengalah.
Semua apa juga keputusan tidak dibuat bersama, si dia hanya putuskan seorang diri tanpa berbincang atau merujuk dengan kamu. Malah dalam apa jua perkara, pasangan kamu sentiasa merasakan hanya diri dia sahaja yang betul dan tak pernah salah. Bila berlaku konflik, kamu yang akhirnya selalu memendam rasa kerana si dia pernah tidak mahu mengalah.
Tanda 15: Dia selalu mengongkong kehidupan kamu.
Sebelum ada ikatan perkahwinan lagi, dia sudah mengongkong hidup kamu, aturkan jadual kehidupan kamu, tidak memberi kebebasan untuk kamu buat apa yang kamu suka, menghalang aktiviti kamu dengan rakan2 kamu malah jika ada aktiviti bersama keluarga juga perlu mendapat kebenaran kamu. Jika sebelum berkahwin kehidupan kamu sudah dikongkong sebegitu rupa, bagaimana jika sudah berkahwin nanti?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI