Suasana harmoni bagi pasangan yang sudah berumahtangga dan pasangan yang berkasih sayang mempunyai persefahaman yang baik. Suasana bahagia serta ikatan yang di bina bermula dari akad nikah tidak semudah yang disangka. Perkara yang paling penting ialah sikap mendidik yang betul dan berhemah antara satu sama lain.

Rasa Hormat Pada Suami Berganda Bila Kerap Berjemaah Bersama

Sikap bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain merupakan titik pertama mendapatkan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Pertama sekali adalah dari didikan dari hati ke hati merupakan cara yang paling bagus sekali bagi si suami dan isteri adalah menjaga solat bersama-sama sebagai rutin harian.

Sembahyang 5 kali sehari adalah wajib dan ia merupakan tiang agama. Sekianya suami isteri tidk berkesempatan untuk sembahyang jemaah bersama-sama, sekurang-kurangnya ambil masa semasa sembahyang maghrib ataupun isyak. Mungkin dari mata kasar, kebaikannya tidak dapat lihat.

IKLAN

Tapi anda harus mempercayai, ia akan terus tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan. Mungkin permulaannya akan rasa sedikitmenganggu namun percayalah, lakukan jemaah bersama secara perlahan-lahan dan rasai nikmat suasana rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Kemesraan suami isteri

Jalinan jujur yang dibina melalui sembahyang berjemaah bersama pasangan boleh memberikan kemesraan selepas waktu solat. Saat suami isteri bersalaman dan meminta ampun di antara satu sama lain akan menjadikan hati sejuk dan jauh dari hasutan dan anasir jahat syaitan yang sering mengoda.

IKLAN

Bersama menuju ke syurga

Sering berjemaah bersama-sama, secara sekaligus, anda membina sebuah jambatan menuju ke syurga bersama pasangan. Yakinlah kepada Allah SWT yang memberikan banyak pahala buat anda dan pasangan. Munurut hadith Rasullah SAW yang mengatakan bahawa, jika sering sembahyang berjemaah anda akan mendapat 27 darjat berbanding sembahyang sendirian.

IKLAN

Saling hormat menghormati

Sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain dan si isteri akan mula timbul rasa hormat pada si suami. Bagi isteri, si suami merupakan ketua (imam) ketika sembahyang dan berdoa serta turut diaminkan oleh isteri. Bersama-sama dalam menuntut ilmu agama Allah SWT bersama-sama dan dapatkan keberkatan dalam membuat ibadah barulah semuanya memberikan manfaat yang baik.

Kukuhkan tiang rumahtangga seperti anda menjaga sembahyang. Jangan sesekali anda abaikan sembahyang yang memberikan banyak kebaikan untuk diri anda sehingga ke syurga. pimpinlah keluarga dan isteri anda agar bersama-sama menuju ke syurga yang hakiki. Memerik dari laman wanista.com.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI