Rasa Nak Kahwin Muda? Kena Tahu Dulu ‘Muda’ Tu Diukur Dari Segi Apa…

Share

Dalam masyarakat kita, wanita yang lambat berkahwin akan dilabel anak dara tua (andartu) atau anak dara lanjut usia (andalusia)

Soal kahwin lambat ini selalunya melibatkan kaum wanita. Bahkan, kaum ini amat sensitif bila orang sekeliling mempersoalkan isu kahwin lambat. Manakan tidak, umur semakin hari semakin meningkat tetapi masih tidak kahwin. Lebih stress apabila ada mulut-mulut yang bertanya, “Kau bila nak kahwin?”

Bukan itu sahaja, sekarang ini boleh dikatakan seperti satu trend untuk kahwin pada usia yang muda. Malah rakan-rakan sekeliling juga ramai yang kahwin awal iaitu dalam lingkungan 24 tahun. Mereka kini sudah pun mempunyai 2 atau 3 orang anak.

Nak buat macam mana?

Bukan kita yang minta untuk kahwin lambat. Bahkan kajian juga sudah mendapati 86.8% penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun di negara ini mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun memberi alasan mereka melewatkan perkahwinan disebabkan masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup, selain tidak jumpa pasangan serasi.

Satu perkongsian menarik oleh Mohamad Dhiyauddin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ad-Dien Abd Kadir tentang kahwin muda telah membuka minda para netizen

Ustaz Ad-Dien mempunyai pendidikan dalam bidang Islamic Contemporary Studies dan merupakan penerbit kepada naskhah #AsamGaram.

Dalam perkongsiannya, dikatakan fenomena kahwin muda ini hanya tercetus disebabkan oleh mentaliti orang sekeliling yang merasakan usia yang sesuai untuk berkahwin adalah ketika anda masih muda iaitu dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun dan pada usia 27 tahun, anda dikira sudah lanjut usia.

Walhal, setiap mazhab itu mempunyai definisi umur muda yang berbeza.

Jadi, apakah maksud sebenar kahwin muda?

Baca perkongsian penuh di bawah:

Kahwin muda mesti umur bawah 25 ke?

Fenomena kahwin muda semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Biasanya mentaliti orang kita (khasnya pejuang kahwin muda) anggap kahwin muda tu ialah kahwin di usia muda dalam lingkungan bawah 25 tahun contoh nikah lepas SPM ke atau masa sedang belajar di universiti (umur 19-23). Kalau kahwin umur 27 hingga 30 tu dikira macam bukan kahwin muda lagi.

So, sebenarnya apa maksud kahwin muda ni?

Dalam hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi menganjurkan berkahwin kepada Syabab (orang muda/pemuda) yang sudah ada kemampuan/keinginan.

Isu yang nak difokuskan ialah siapakah Syabab (orang muda) tu? Adakah orang muda tu maksudnya orang yang berumur 18-25?

Jawabnya tidak!

Mazhab Syafie berpendapat orang muda itu ialah mereka yang mula baligh hingga mereka yang berumur 30 tahun sebagaimana yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi.

Imam Al-Qurtubi dan Az-Zamakhshari berpendapat sehingga usia 32 tahun.

Mazhab Maliki berpendapat dikira pemuda mereka yang dibawah umur 40 tahun sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn As-Shas.

Bahkan Imam Ibn Qutaibah menyatakan had pemuda itu sehingga 50 tahun!

Jadi kalau ikut pandangan had pemuda yang paling rendah (kita ambil Mazhab Syafie) , umur 30 tu dikira orang muda lah. Umur 30-40 tu disebut kahl (dewasa/pertengahan umur). Umur 50 keatas baru disebut Syaikh (orang tua).

Tak perlu nak tergesa-gesa, kalut dan set umur tertentu untuk #LifeGoals kononnya;

“Aku mesti kawin sebelum umur 25…”

Tak perlu juga skeptikal, judge dan pandang pelik sangat bila orang kahwin lambat sikit;

“Eii apalah dah umur 29 tak kawin-kawin lagi. Dah tua kot.. ”

Ini lah definisi kahwin muda menurut neraca ilmu.

Jadinya nak bagitau, tak kisahlah kahwin lepas SPM ke, masa study ke, umur 27 ke, 30 ke..semua tu dikira kahwin muda menurut ulama’ silam.

Kalau ada yang nak ambil pendapat Mazhab Malik atau Ibn Qutaibah pun takpe. Itu hak masing-masing.

So, chill okay?

Tak kisahlah kahwin lambat, janji bahagia.

Yang umur dah lebih dari 25 tahun tapi masih belum kahwin tu, chill je. Anda masih muda!

IKLAN