Ads

Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.

Ads

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ads

Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.

Ads

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Sumber: gempak.com Instagram Hlive & Reen Rahim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Majlis Sehari, Hutang Bertahun! Jangan Biar Impian Kahwin Jadi Beban Rumah...

Setiap pasangan tentu mengimpikan majlis perkahwinan yang indah. Dewan cantik, busana memukau, dekorasi mewah, makanan terbaik dan gambar yang sempurna untuk dikenang. Namun di...