
RESEPI DAGING BULGOG
Bahan:
– 400-500g daging
– kucai (dihiris)
– bawang (dihiris)
– lobak merah (dihiris)
– daun bawang (dihiris)
– 2 sudu minyak bijan
– 1 sudu bijan
Bahan perap:
– 3 sudu besar gulang perang
– 1 sudu besar minyak bijan
– 8 sudu besar kicap
– 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
– 2 sudu kecil bawang putih cincang
– 2 sudu kecil halia cincang
– 1 buah pir yang telah diparut
– 1/2 sudu kecil lada hitam
Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
Kredit: Steak and Teeth
Bertunang Bukan Geran Nak Duduk Rapat-rapat. Sekali Mak Bakal Pengantin Sound Tepat!

Sekarang ni memang musim orang berkahwin dan bertunang. Lebih-lebih lagi bila dah nak dekat bulan Ramadan. Yang berkahwin tentulah selamat semuanya tetapi yang bertunang ni belum lagi dapat ‘lampu hijau’ atau geran nikah untuk bersama pasangan. Geran nak bermanja tu belum lepas lagi!
Baru-baru ni ada satu video majlis pertunangan yang dirakam jurufoto terkenal di Pulau Pinang dengan nama akaun di Tik Toknya Zarul Kacak. Majlis pertunangan yang diadakan di lokasi yang tidak diketahui mendapat tontonan sebanyak 203.9k kerana reaksi comel bakal ibu mentua.
Dalam keterujaan pasangan ini melakukan sesi fotografi, tiba-tiba ibu datang ke pelamin dan menegur anak-anaknya dengan baik. “Duduk jauh sikit. Tak dapat lagi geran lagi. Mama ada takpa.” kata ibu sambil duduk di tengah-tengah antara anak perempuannya dan bakal tunang.
Ramai yang salah sangka dan beranggapan bertunang itu adalah tali ikatan yang sah sebelum perkahwinan. Baik anak-anak muda dan yang telah dewasa, ini kekeliruan yang perlu diperbetulkan.
Bertunang tidak bermakna anda akan berkahwin dengan dia. Syaitan memang akan mengganggu perhubungan kerana tidak mahu kita menjadi pasangan yang halal. Jadi, jagalah batas anda ketika bertunang. Ingat, pertunangan bukan ‘lesen’ untuk anda dan pasangan buat apa sahaja mengikut kata hati.
Ketahui adab-adab yang perlu dipatuhi ketika bertunang. Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga urusan anda dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
1. Pertunangan Bukan Lesen Untuk Keluar Berdua
Ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk keluar berdua sehingga tidak menjaga batas pergaulan. Pertunangan bukan seperti ikatan perkahwinan yang sudah sah. Anda masih perlu menjaga batas pergaulan jika bersama pasangan.
2. Jangan Melengahkan Pernikahan
Apabila sudah mengikat tali pertunangan, ini bermakna anda dan pasangan perlu segera membuat perancangan untuk bernikah. Jangan sengaja melengahkan masa dan melambatkan pernikahan. Perlu anda tahu bahawa semakin lama pertunangan, semakin banyak cabaran yang perlu anda tempuhi.
3. Bertunang Tak Perlu Mewah
Jangan terlalu mengikut trend sehingga membazir hanya untuk majlis pertunangan. Lebih baik simpan duit untuk kahwin nanti. Lebih baik jika majlis anda hanya dihadiri oleh saudara-mara kerana jika putus, tidaklah anda malu di kemudian hari.
4. Solat Istikharah Jangan Dilupakan
Walaupun anda rasa si dia adalah yang terbaik untuk anda, mintalah juga petunjuk daripada Allah. Ia lebih menjamin kebahagiaan anda sekaligus membuatkan anda memilih pasangan hidup yang tepat.
Kredit video dan foto utama: Tik Tok Zarul Kacak
Pilu Saat Melihat Ibu Rindu, Inilah Perasaannya Bila Suami ‘PERGI’ Dulu. Nak ‘Move On’ Pun Pedih!

Jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Sama ada kita bersedia atau tidak, waktu itu akan tiba. Bila tengok mak-mak yang tinggal sendirian selepas kematian suami, hati kita auto pilu. Tentu setiap detik kerinduan menyapa hati yang rindu.
Coretan ini dari seorang anak yang sedang menyelami hati ibu yang kehilangan suami. Penulisan tentang betapa pentingnya anak-anak memahami ibu yang kerinduan. Sudahlah berjauhan dengan anak-anak, suami pula tidak ada. Anak-anak balik ke kampung, melihat ibu yang sedih, disuruhnya ‘move on’.
Jangan…itu bukan sesuatu yang anak perlu katakan pada ibu. Perihnya hati untuk didengari. Baca ni.
Bila Ibu kita sudah tua.
Ibu kita ini sering kesunyian. Ibu sering ketakutan. Ibu sering dilanda kerinduan. Dahulunya hidup si Ibu bertemankan suaminya yang dicintai. Kini teman sehidupnya telah lama pergi. Janji semati tidak mampu lagi ditepati. Tinggallah si Ibu sendirian meniti hari.
Jika kita letak diri di tempat Ibu sebegini, mampukah kita menjawab soalan – soalan yang bermain di fikirannya? Dapatkah kita mendengar bisikan hatinya tanpa menitiskan sedikit pun air mata?
Nah, rasakan sedikit apa yang bermain di fikiran Ibu kita.
“Suamiku, kenapa kau pergi dulu? Kenapa tinggalkan sayang sendirian? Suamiku, sayang rindu, bagaimana sayang nak menjalani kehidupan ini? Sayang takut, sayang sunyi. Sayang tak boleh hidup seorang diri. Tolong la kembali suamiku. Sayang tak biasa. Kita selalu buat semua benda bersama. Kenapa pergi dulu? Apa sayang nak buat ni? Sayang takut sangat.”
Pada ketika dan saat saya menaipkan ayat di perenggan di atas, saya benar – benar menangis teresak – esak seperti anak kecil. Itu baru sedikit sebenarnya. Tak mampu untuk saya selami lebih dalam lagi. Hati saya terasa amat kecil seperti dipicit – picit menjadi sekecil guli. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Janganlah ditegur kenapa Ibu sering teringatkan apa yang arwah Ayah suka dan sering lakukan bersama. Berpuluh tahun lamanya, pasti ada perkara yang akan melekat di dalam fikiran Ibu selama – lamanya. Pasti setiap yang pernah disentuh, akan terasa, setiap kebahagiaan yang pernah dikecapi, akan diingati.
Jangan berani cakap mengenai “move on” dan hidup mesti diteruskan. Jika kita tidak pernah merasakan kehilangan teman yang berpuluh – puluh tahun lamanya bersama, kita tidak akan sekali – kali pun faham kerinduan dan kehilangan yang telah Ibu lalui sehinggalah kita laluinya sendiri nanti.
Ibu kita sering disalah erti. Selalunya Ibu sebenarnya tidak maksudkan apa yang kita tafsirkan. Kadang – kala Ibu terlebih berterus – terang kerana telah penat selama ini menahan diri, menjaga hati dan sentiasa mengendahkan sensitiviti.
Sumber: Jentik Hati
Dah Kahwin Nanti, Kalau Dapat Sederet Tiga Anak Perempuan, Jangan Mengeluh Sebaliknya Itulah Rezeki

Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki. Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan Lagi” tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda,“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
SUMBER : http://semuanyajdt.com